♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: IBU PALING UNIK & ANEH DI DUNIA

IBU PALING UNIK & ANEH DI DUNIA

eyka | 4:40 PM | 0Comments |




ASSALAMUALAIKUM ....

hye bloggers ,, hari ni aku nak share cerita sikit kat korang tentang ibu2 yang unik & aneh ....
korang mesti pelik kan bile nampak title entry aku macam tu ....
okay ,, kita jangan buang mase lagi ,, now ,, kita teruskan dengan apa yang di maksudkan ibu-ibu unik dan jugak aneh ......

Berikut ini adalah ibu2 yang pernah ada di dunia dan merupakan ibu-ibu yang paling unik dan aneh yang pernah ada di catatkan ....
  • MELAHIRKAN 8 ORANG BAYI DENGAN SELAMAT ....


Dikenali sebagai "OCTOMOM",, Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez menarik perhatian antarabangsa setelah melahirkan kembar 8 (octuplets) pada bulan JANUARI 2009 .. Reaksi masyarakat untuk kelahiran kembar 8 ,, pada awalnya positif sehingga berita mulai bocor bahawa Nadya tidak berkahwin ,, menganggur dan sudah memiliki enam anak lain di bawah usia 8 tahun .... 















Bayi yang Nadya lahirkan itu juga ialah Octuplets kedua yang lahir dan hidup di AMERIKA SYARIKAT dan juga menjadi satu set lengkap kembar 8 hidup paling lama dalam sejarah dunia ....


  • IBU DENGAN KELAHIRAN TERBANYAK (69 ANAK)












Menurut Guinness Book Of  Records ,, ibu yang paling produktif sepanjang sejarah adalah seorang petani dari Shuya , Rusia yang dikenali hanya sebagai isteri Feodor Vassilyev , yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak , dari 27 kehamilan ... Gambar sekadar hiasan kerana tiada gambar beliau yang sebenar disebabkan beliau hidup di abad 18 ....


  • LELAKI MENJADI IBU YANG PERTAMA DI DUNIA

Thomas Beatie adalah lelaki pertama yang menjadi seorang ibu .. Sebenarnya dia dilahirkan sebagai wanita dan menjadi lelaki setelah dia menjalani pembedahan dan perawatan selama 10 tahun dan sekarang hidup sebagai seorang lelaki di Oregon ... Dia hamil kerana pembedahan rahim .... Thomas memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri , melalui persenyawaan menggunakan sperma penderma dan sel telur milik Thomas sendiri .....



  • IBU TERKECIL DI DUNIA 

Ibu terkecil di dunia ini telah melahirkan untuk kali ketiga, meskipun dia diingatkan akan membahayakan hidupnya. Stacey Herald, yang memiliki tinggi 2 kaki 9 inci, diberitahu bahawa kehamilan mampu membunuhnya. Namun dengan berani dia menentang para doktor untuk memiliki dua bayi. Dia disahkan menderita osteogenesis imperfekta, yang menyebabkan rapuh tulang dan paru-paru sehingga menyebabkan dia tidak berkembang. Herald, yang menggunakan kerusi roda dan suaminya Will, yang memiliki tinggi 6 kaki 4 inci, tidak sabar menunggu kelahiran bayi ketiga mereka. Dia mengaku ketika sedang hamil adalah tidak selesa dan hanya terbaring di tempat tidur selama berminggu-minggu.




  • IBU DENGAN BAYI TERKECIL DI DUNIA 


Mahajabeen Sheikh melahirkan Rumaisa Rahman pada tanggal 19 September 2004 di Loyola University Medical Center. Bayi yang beratnya hanya 244 gram dan panjang 10 inci merupakan bayi terkecil di dunia. Bayi tersebut dilahirkan setelah 25 minggu enam hari kehamilan ibunya. Rumaisa, yang tinggal dengan kedua orang tua di Hanover Park, Illinois, A.S beratnya hanya 244 gram ketika lahir, tapi membesar seperti manusia normal.





◕‿◕ THANX READERS◕‿◕




No comments: