♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Gempa Bumi Acheh: Kedutaan Malaysia buka bilik gerakan kecemasan #Metro

Gempa Bumi Acheh: Kedutaan Malaysia buka bilik gerakan kecemasan #Metro

eyka | 8:16 PM | 0Comments |



MEDAN: Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Medan, Indonesia akan membuka bilik gerakan kecemasan dan telah mengeluarkan arahan prosedur standard operasi (SOP) Bencana kepada setiap pelajar di sana, kata Atase Pendidikan yang juga Setiausaha I Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Ludinata Misnun.
Arahan SOP dipraktikkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam menghadapi gempa bumi dan ancaman tsunami. 
Tambahnya, air di kawasan berdekatan sudah mula memenuhi longkang sekitar jam 5.15 petang (waktu Medan). Namun, keadaan masih terkawal tetapi pihak Kedutaan Malaysia mengarahkan pelajar ke kawasan tinggi.

Mereka akan melihat dahulu keadaan dan sekiranya semakin teruk akan ke sana untuk memberi bantuan dan menyelamatkan pelajar, katanya.

Terdapat 206 pelajar Malaysia di Acheh, 139 pelajar di Medan dan 1,535 pelajar di Medan, katanya.

Penduduk Acheh cuba untuk pergi ke kawasan yang lebih tinggi selepas amaran TSUNAMI dikeluarkan akibat GEMAP BUMI kuat yang melanda pantai Barat,Sumatera,Banda Acheh

No comments: