♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Haram pakai emas kuning bagi LELAKI #Metro

Haram pakai emas kuning bagi LELAKI #Metro

eyka | 6:22 PM | 0Comments |

soalan : APAKAH hukum lelaki memakai cincin emas putih?
jawapan : DALAM berhias, Islam melarang lelaki daripada memakai perhiasan emas tetapi mengharuskan perak. Manakala dalam berpakaian pula Islam melarang lelaki memakai sutera dan membenarkannya bagi wanita. 
Islam melarang lelaki menyerupai wanita dalam berhias dan berpakaian dan mengharamkan makan serta minum dalam bekas diperbuat daripada emas dan perak secara umum.

Emas diharamkan itu ialah emas kuning. Emas putih atau platinum tidak termasuk pengharaman emas ke atas lelaki kerana bukan emas dan ia adalah sejenis logam ini tidak dikenali di zaman dulu. 



di HARAM kan memakai cincin emas bagi lelaki ....

Hukum asal pada tiap sesuatu adalah mubah (harus) kecuali ada nas mengharamkannya. Al-Barra’ bin `Azib (r.a.) berkata bahawa Rasulullah s.a.w memerintahkan kami tujuh hal dan melarang tujuh hal.

Baginda memerintahkan kami mengikuti jenazah, melawat orang sakit, menghadiri undangan, membantu yang teraniaya, menjawab salam, menyebar luas salam dan mendoakan orang yang bersin.

Beliau melarang kami memakai bekas perak, cincin emas, sutera, termasuk sutera halus (dibaj), sejenis pakaian daripada sutera (qisi), sutera tebal (istabraq) dan pelana dari sutera (almathirah al-hamra’).



EMAS PUTIH tidak termasuk dalam pengharaman emas ke atas lelaki ....

NOTA JARI : harap korang faham lah ye .... kalau ada apa2 pendapat ,, sila tinggalkan komen anda di bawah ye .... THANKS .... :)


No comments: