♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Pemilik kenderaan yang ingkar notis cermin gelap bakal disenarai hitam #Metro

Pemilik kenderaan yang ingkar notis cermin gelap bakal disenarai hitam #Metro

eyka | 10:24 PM | 0Comments |


KUALA TERENGGANU: Pemilik kenderaan bercermin gelap yang gagal mematuhi notis arah periksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini akan dikenakan tindakan disenarai hitam kerana ingkar arahan.
Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie berkata kebanyakan pemandu terbabit diberi notis berkenaan ketika operasi penguatkuasaan JPJ. 
"Kebanyakan mereka yang gagal hadir adalah pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap dan enggan membuang lapisan 'tinted' yang telah dipasang.

"Setiap kali operasi dibuat, kita memang memberi notis amaran dan tempoh kepada mereka untuk membuang 'tinted' dan seterusnya perlu datang ke JPJ untuk pemeriksaan kembali bagi memastikan tahap ketelusan cahaya itu menepati standard keselamatan yang ditetapkan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 3,605 notis arah periksa cermin gelap telah dikeluarkan JPJ Terengganu.

Mereka yang dikenakan tindakan disenarai hitam akan menghadapi kesukaran untuk berurusan dengan JPJ termasuk untuk memperbaharui cukai jalan, katanya.

Justeru itu beliau meminta pemilik kenderaan yang menerima notis itu agar mematuhi dan menghantar kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan di mana-mana pejabat JPJ dalam tempoh 10 hari selepas notis dikeluarkan atau bakal berdepan dengan kompaun RM200 serta tindakan lain.

Katanya cermin kenderaan pada bahagian sisi perlu melebihi 50 peratus kecerahan sementara 70 peratus kecerahan dikehendaki pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. - Bernama


NOTA JARI : kepada blogger yang duduk kat terengganu and kereta dia yang ada TINTED melebihi tahap keselamatan elok buang lah TINTED nya sekarang ,, sebelum POLIS mengambil tindakan ... 

No comments: