♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Penyakit Baru 'LEPTOSPIROSIS'

Penyakit Baru 'LEPTOSPIROSIS'

eyka | 7:00 PM | 0Comments |



hari ni aku nak SHARE dengan korang tentang satu penyakit baru di dalam MALAYSIA ni .....
penyakit LEPTOSPIROSIS ini disebabkan oleh bakteria leptospira .....
bakteria ini boleh hiup di air tawar selama lebih kurang sebulan .....

PUNCA BAKTERIA :
bakteria Leptospira boleh terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia yang terjangkit seperti :
  • tikus 
  • kucing
  • anjing
  • lembu 
  • kambing
  • khinzir
  • kuda
  • dan haiwan lain yang berbulu 

FAKTOR RISIKO :
melakukan pekerjaan yang terdedah kepada tanah dan air yang tercemar dari haiwan yang dijangkiti ....
mereka yang bekerja sebagai PETANI ,, PENTERNAK ,, PELADANG ,, PEKERJA RUMAH ,, PENYEMBELIHAN ,, DOKTOR HAIWAN ,, PEMOTONG KAYU ,, PEKERJA SISTEM  PEMBENTUNGAN ,, PESAWAH dan ANGGOTA TENTERA .....
aktiviti di kawasan rekreasi air yang tercemar atau semasa banjir ....
peralatan dan makanan yang dicemari oleh kencing haiwan yang dijangkiti ....

CARA JANGKITAN :
  • ia boleh berjangkit dari haiwan kepada manusia secara langsung atau tidak langsung ....
  • melalui sentuhan langsung dengan air atau tanah yang dicemari air kencing atau najis tikus atau haiwan liar ....
  • minum air atau makan makanan yang dicemari najis atau air kencing tikus atau haiwan liar ....
  • sekiranya anda dijangkiti oleh bakteria Leptospirosis tanda-tanda penyakit akan kelihatan selepas 5-14 hari ......
TANDA -TANDA :
pesakit boleh mengalami pelbagai gejala jika dijangkiti bakteria Leptospira seperti :
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Loya ,, Muntah
  • Sakit otot 
  • Kemerahan pada mata
  • Ruam kulit
  • Sakit perut
  • Batuk
  • Sakit pada betis
  • Jaundis ( mata kekuningan )
  • air kencing berwarna kehitaman ( seperti air teh 'o' pekat )

NOTA JARI : bagi sesiapa yang ada pelihara haiwan seperti yang tersenarai di atas ,, korang boleh lah bawa haiwan peliharaan korang tu pergi buat rawatan ke klinik ...... bagi memastikan haiwan yang korang pelihara tu sihat & tidak ada jangkitan LEPTOSPIROSIS ini ..... sumber yang aku dapat ni daripada akak aku ,, so aku share lah dengan korang ..... kalau ada sebarang kesilapan ,, aku mintak maaf ye .... aku hanya menyampaikan maklumat ni & share dengan korang semua ..... sebarang pendapat atau apa2 sahaja ,, boleh lah kemukakan pendapat anda di ruangan komen tu ok .... thanx .... :)




No comments: