♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Ribut landa pekan Kuala Nerang, hampir 20 rumah rosak #Metro

Ribut landa pekan Kuala Nerang, hampir 20 rumah rosak #Metro

eyka | 4:57 PM | 0Comments |

ALOR SETAR: Ribut kuat disertai hujan lebat kira-kira 15 minit di pekan Kuala Nerang dekat sini, petang semalam menyebabkan hampir 20 rumah dan berbelas kedai serta gerai rosak.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata, rumah-rumah yang rosak teruk ialah di Kampung Bendang, Kampung Baru, Kampung Semeliang dan Kampung Seberang serta beberapa taman perumahan di pekan Kuala Nerang. 
"Saya bersama Pasukan Bertindak Adun Kuala Nerang melancarkan operasi memberi khidmat bantuan kepada mangsa-mangsa ribut dan menebang pokok yang tumbang menimpa rumah dan gerai-gerai sehingga tengah malam tadi.

"Khidmat ini disambung hari ini. Bantuan segera RM500 diberi kepada pemilik rumah yang mengalami kerosakan teruk manakala pengusaha gerai antara RM100 dan RM200," katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang ibu tunggal, Rokiah Ahmad, dari Kampung Seberang berkata ribut dan hujan lebat pada kira-kira pukul 6 petang itu berlaku hanya beberapa minit. - Bernama

No comments: