♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Sakit tiga jam dek cincin RM5 #Metro AHAD

Sakit tiga jam dek cincin RM5 #Metro AHAD

eyka | 10:55 PM | 2Comments |

SEBERANG JAYA: Seorang ibu terpaksa menahan sakit hampir tiga jam selepas cincin dipakainya gagal dikeluarkan sehingga menyebabkan jari tangan kanannya membengkak di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 malam, A Devika, 22, menahan kesakitan selepas kakitangan hospital turut gagal membantunya sehingga mereka terpaksa minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Devika berkata, dia memakai cincin itu sejak seminggu lalu sebelum jari telunjuknya membengkak empat hari kemudian.
“Selepas jari membengkak, saya cuba menanggalkan sendiri cincin itu dengan pelbagai cara tetapi gagal,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Menurutnya, tidak mampu menanggung kesakitan, dia ke HSJ jam 4 petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan, namun kakitangan hospital juga gagal menanggalkan cincin sehingga terpaksa meminta bantuan bomba.

Katanya, cincin berharga RM5 itu dibeli di pasar malam berhampiran rumahnya di Butterworth dan dia tidak menyangka kejadian itu berlaku akibat memakainya.

SAKIT.... Devika menunjukkan cincin yang menyebabkan jari telunjuknya membengkak.
Devika menunjukkan cincin yang menyebabkan jari telunjuknya membengkak.

“Mula-mula pakai cincin ini, saya rasa selesa, jadi saya tidak sangka lama-kelamaan jari saya membengkak,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Perai, Ismail Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.15 malam dan tiba beberapa minit kemudian.
“Kita terpaksa menggunakan ‘ring cutter’ untuk memotong cincin dan jari mangsa juga membengkak,” katanya.

NOTA JARI : nak beli cincin yang jual kat kedai dengan harga yang murah boleh .... tapi ,, kita kena tau juga NEGATIVE and POSITIVE nya ..... FIKIR dulu sebelum membeli sesuatu barang yang kita tak tau kualiti nya .... :)

2 comments:

ZieRa said...

cincin rm5 punya pasal, tangan cedera.. nasib baik tak putus.. ish3..

eyka said...

zaman sekarang ni ziera ,, semua benda yang kita beli kita kene pastikan barang tu betul2 berkualiti & yang pasti di jamin selamat ....