♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Tujuh kereta terperangkap dalam air #Metro

Tujuh kereta terperangkap dalam air #Metro

eyka | 2:09 PM | 0Comments |


KUALA LUMPUR: Hujan lebat lebih satu jam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air terutama di Segambut Dalam dan Kepong menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kereta terperangkap, semalam.
Kejadian pada jam 5.30 petang itu menyebabkan tujuh kereta terperangkap di Segambut Dalam dibawa keluar dengan menggunakan trak penunda.

Mangsa, Mark Bay, 35, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri dan tiga anak di tempat kejadian, keadaan jalan sesak sebelum keretanya terperangkap.
Katanya, hanya dalam lima minit kereta Nissan Serena miliknya dinaiki air separas tayar dan enjin mati.

“Keadaan kelam-kabut dan saya membawa keluar isteri bersama tiga anak untuk menyelamatkan diri. Bagaimanapun, tidak sampai lima minit air naik separas stereng.

“Saya hanya melihat kereta tenggelam dalam air dan dibantu orang ramai yang cuba mengeluarkannya sebelum trak penunda tiba,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dia yang tinggal di Mont Kiara berkata, air mengalir deras menyebabkan orang ramai mengalami kesukaran untuk bergerak ke tempat lebih tinggi, bagaimanapun semuanya terselamat.

Seorang lagi mangsa, Hassan Abdullah, 40, berkata air naik dengan cepat hingga menyebabkan pengguna jalan raya tidak sempat menyelamatkan kereta.
“Kami minta pihak berkenaan mengambil tindakan kerana arah aliran air naik dengan cepat ekoran sungai berdekatan seperti tersumbat,” katanya.

ROSAK...Mark (kanan) melihat keretanya yang rosak akibat ditenggelami air, semalam.
ROSAK...Mark (kanan) melihat keretanya yang rosak akibat ditenggelami air, semalam

NOTA JARI : bila hujan lebat ,, banyak tempat2 yang dilanda banjir ..... tak kira di bandar ,, di kampung atau pun di highway sekali pun ..... longkang yang tersumbat menyebabkan tempat2 ini dilanda banjir .... kerajaan perlulah mengambil tindakan dengan segera .... 

No comments: