♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: May 2012

DOA untuk Anak-Anak

eyka | 2:02 PM | 2Comments |
Hari ni aku dapat lagi email mengenai Doa untuk anak-anak ....
Bila sebut je pasal doa ,, mesti korang akan ingat yang doa ni sangat panjang ....
Betul tak ??
Ada seorang akak ni kongsikan ilmu dengan kita semua ....
Tentang doa untuk anak-anak ...
Jom baca ....


"Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.

Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan ? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.
Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak) 
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan .. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):
 1- ASSALAM : SEJAHTERA. 
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
 2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH. 
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankah rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?
 3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH 
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
 Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
 Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
 Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
 Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.
Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah "....

NOTA JARI : Mudahkan ,, bagi yang dah ada anak tu ,, bolehlah amalkan selalu ayat2 seperti diatas tu ....
Aku hanya ingin berkongsi je untuk semua blogger2 tak kira muda atau tua .... Dah ada anak ke belum .... Tak kisah lah ,, ini hanya untuk panduan kita semua ..... :)


Natural Beauty Contest II - Abg Stalker

eyka | 11:35 PM | 2Comments |


KATEGORI 1:
1. Hanya gambar nampak muka dan berhijab SAHAJA.(badan,kaki,tangan x payah) Lelaki muka je.
2. Gambar TANPA MEKAP or pakai lens/spec.Wajib la muka asli dan TAK EDIT.

Dah lama sebenarnya tak join contest ,, sorry guys ,, aku busy sangat ...
Tonight ,, aku nak join contest daripada abe stalker .... hhhhihiihii ... 
Dalam contest ni abang stalker bagi kita dua kategori ,, so aku pun pilih lah kategori seperti di atas tu ....

(inilah gambar yang nak dipertandingkan tu ...)

Ini lah gambar yang tak bermekap ,, tak edit ....
Ini muke yang asli ye .....
Hope menang dalam contest ni ,, korang kalau nak join ,, klik je banner tu okay .... 

TAG : 

Kisah Benar yang diceritakan oleh seorang Sahabat

eyka | 9:10 PM | 2Comments |
Kisah dibawah ini ,, adalah benar dan bukan rekaan semata-mata ....
Aku mendapat cerita ni daripada akak aku ,, dia hantar kat Email aku ,, kalau sesiapa antara korang ada story yang menarik ,, bolehlah share kat email aku okay  .....
Bila aku dapat story yang boleh bagi kita pengajaran ,, bagi manfaat aku akan SHARE dengan korang .....
------->>> eyka.paiman@yahoo.com
Jom sama-sama kita baca artikel yang ada di bawah ni .....




Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar ) 

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya. 


Sewaktu beliau koma 


Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya . Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau  yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad. 


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah 
. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian. 

Apa yang disesalkan: 


1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
 


Sahabat: 


Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.


NOTA JARI : Semoga kita mengambil iktibar untuk memperbaiki diri untuk mencapai kecemerlangan diakhirat kelak .....  AMIN ~~



WORK or GAME ??!!

eyka | 8:30 PM | 3Comments |


Dah lama rasa nya tak update blog ni .....
Dah berlapuk dah blog VESPA aku ni ....
Kesian nya ,, now ,, nak bersihkan blog ni ,, nak mop ,, kasi bersih ,, suci & murni ....
Cccceeeehhh ,, ayat tak leh bla kan .... hahahhaha ....!

Entry aku kali ni ,, bertajuk 'WORK or GAME' .....
Kalau korang buat kerja ,, time rehat tu ,, korang buat apa ??
Maybe ada setengah orang main game ,, online dan ada setengah orang lagi ,, maybe tidur or whatever ....
Maklumlah ,, kita semua rehat tak sama ....
Ada 1jam ,, ada yang 2jam ....
Tapi ,, kalau yang rehat sampai 3jam tu , memang untung sangat lah kan .....
Baik sungguh bos anda itu ....!! hahhahah ....

Aku nak jugak tau ,, apa aktiviti korang time rehat ....
SHARE lah sikit dengan aku ....
Tabiat aku bila waktu rehat ,, aku ni suka main game .....
Hahaahhahah ,, nak tau game apa ....
Aku main game kat FACEBOOK je ,, kan ada orang sent game ,, mula-mula tak nak accept ,, last2 ,, boring punya pasal accept lah request yang membuatkan NOTIFICATION aku tu padat .....
Bila dah accept ,, agak-agak best game tu ,, aku main lah sampai esok ,, lusa dan seterusnya ....
Hhhaaaa ,, nak dijadikan cerita ,, aku akhirnya menjadikan game kat FB tu ,, sebagai satu hobi bagi aku ....




Game yang aku maksudkan tu ialah FASHION WORLD ....
Wahai gadis-gadis yang ada MUKA BUKU ,, korang mesti tau kan ni game apa ....
Hihihiiihhiii ,, tak kisahlah lelaki or perempuan ,, korang boleh je main game ni .....
Sebab game ni just jahit-jahit baju ,, seluar and kasut je ....

Kedai aku ni tak besar sangat pun ,, just ada DUA tingkat je ....
Gambar kat atas tu tingkat yang pertama ,, just ada baju and kasut je .....
Tak besar pun kan ,, huhuhuhuuu ,, sedih .... 
Tapi ,, tengoklah duit aku tu ,, banyak tak ??
Tu kalau dapat duit tu betul-betul ,, akan aku belanjakan duit tu ke jalan yang benar ......



Ini pulak tingkat yang kedua ......
Tingkat kedua ni untuk seluar and kasut ....
Korang just nampak seluar je kan ,, sebab ,, kasut nya aku tak jahit lagi .... hahahha !!
Bagi sesiapa yang ada main game ni ,, add lah aku sebagai neighbor korang ....
Kawan aku yang join main game ni just ada dua orang tu je ....
SEDIHHHH !! :'(

So ,, apa pun korang nye aktiviti pada waktu rehat ,, yang penting ,, korang ada masa untuk rehat jugak kan .....
Gunakan lah masa tu dengan sebaik mungkin .....
MASA ITU EMAS ,, masa itu jugak bergerak dengan pantas ....
GAME-GAME jugak ,, kerja jangan dilupakan .....
Tak pasal-pasal kejap lagi bos korang pecat korang ,, jangan salahkan aku ye .....
Kalau aku tak apa ,, aku kerja sendiri ,, tak kisah punya ......
Hihihihiihhihiii ,, jangan mintak kerja dengan aku sudah lah ....
Pengsan den ..... hahhahah !!
Byeeeeeee , enjoy your life.......

Segmen "Saya Blogger Hot" by Chegu Along

eyka | 11:47 PM | 2Comments |


Create your own banner at mybannermaker.com!

Saya blogger HOT !!
HOT ke ,, hahahhah ,, hanya tuhan je yang tahu HOT ke tak HOT ....
Kalau rasa diri anda blogger HOT ,, jom join segmen ni ....
KLIK BANNER kalau nak join okay ,, lagi ramai lagi meriah .... 

TAG : 


Random Giveaway by Yana

eyka | 3:12 PM | 1Comments |



KLIK BANNER untuk join ....

Hye ,, kali ni nak join GA by yana ....
Jom kawan-kawan semua kita join GA ni ....
Hadiahnya sangat-sangat menarik ....
GA ni yang BEST nya ,, tak payah nak TAG kat sape2 ....
Syarat-syarat yang sangat SIMPLE !!
Penyertaan ni terbuka bagi girl or boy ....
So ,, apa lagi tunggu ,, cepat-cepat sebelum tarikh tutup pada 31 May 2012 ....


Segmen : Tambah follower twitter

eyka | 5:37 PM | 7Comments |





Heeyyy korang ,, jom join segmen ni .....
just KLIK je banner diatas tu okay ....

http://twitter.com/#!/Siti_Nuratika92 <---- link twitter ...

TAG TO :


Doodle from Apit ! #5

eyka | 4:24 PM | 3Comments |



Wow ,, kali ni dapat doodle dari apit ,, tapi ,, doodle ni FREEHAIR ....
Aku tak kisah ,, doodle je frehair ,, janji bukan diri kita yang freehair ....
RIGHT ??
Untuk non-muslim tak apa lah ....
Doodle ni smart !!
Aku suka tengok dia nye style pegang nama tu .....
Dah lah Smart ,, Cute pulak tu .....
Suka ,, suka ,, suka ..... !!


Style rambut ala-ala budak Emo gitu ....
hahhahahhaha ,, Smart kan ....
Korang mesti perasan kan ,, doodle aku ni semua nye PINK or PURPLE ....
hhiiihhiiiiihii ,, aku minat colour tu lah ,, nak buat macam mana ....
Lagipun ,, aku tak tau nak pilih warna apa dah ....
Tak apa lah ,, next time kalau apit ada buat doodle lagi ,, aku akan pilih warna lain okay ....

THANKS apit coz buatkan Doodle ni untuk kami semua pemenang2 segmen ni ....
And CONGRATS buat korang yang dah menang dalam segmen ni ....
Bagi yang tak dapat join segmen ni ,, janganlah sedih ke meraung ke ,, RILEX lah ...
Aku pasti apit akan buat segmen yang kedua punya ....
Tak percaya ,, korang tunggu je lah ..... 
Apit tak pernah hampakan korang nya lah .....
hihihihhhihihiiii ...... 



Jika anda seorang umat ISLAM ,, Jom kita buat REPORT tentang penyalahgunaan FACEBOOK !

eyka | 11:28 PM | 0Comments |


Apa kenalah dengan eyka ni kan ,, marah saja ...
OF COURSE i'm angry !!
Korang nak tau kenapa ,, tadi time aku mengLIKE status yang ada kat NEWS FEED aku tu ,, aku ada ternampak salah satu page ada SHARE kat kami semua tentang penyalahgunaan FACEBOOK .....
Diaorang suruh kita semua TUMBANG kan PAGE tersebut ,, sebab ,, PAGE trsebut telah menghina ISLAM ....
NAUZUBILLAH !! memang lah aku angin ....
semua FRIENDS dalam FB pun turut marah ....



JOM guys kita musnahkan PAGE ni dengan cara-cara tersebut ....
Ni antara link page-page yang menghina islam ...

1 - https://www.facebook.com/Murtad.united
2 - https://www.facebook.com/pages/Leaving-Islam-apostates-speak-out/153879201396986
3 - https://www.facebook.com/pages/Muhammad-Speaks/198902856795660
4 - https://www.facebook.com/PretmetMohammed



Aku takkan lega selagi PAGE ni masih wujud lagi ....
Perasaan ni ,, hanya ALLAH je yang tau ,, PAGE ni terang-terang dia menghina ALLAH S.W.T ,, ISLAM dan NABI MUHAMMAD ....
ASTAGHFIGHRULLAHHALAZIM .... 

NOTA JARI : harap-harap page tersebut dapat dimusnahkan .... AMIN~~


Segmen Doodle Part 1

eyka | 8:07 PM | 4Comments |


Nama : eyka
Warna baju : purple 
Warna seluar : putih

TAG TO : 

PELIK !! Batang pokok yang tumbang lalu membengkok untuk selamatkan kereta seorang Ustaz

eyka | 5:05 PM | 4Comments |


Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.
Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan. 

Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat. 
Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok. 




NOTA JARI : ini semua kekuasaan ALLAH .... SUBHANALLAH !! 


Contest Pertama:Contest Pengedit Picture Terhebat By Dieyla and Shasha Ieyka

eyka | 2:00 PM | 0Comments |

today ,, nak join segmen from adik Dieyla and kawannya Shasha Ieyka ....
so ,, now ,, nak upload 3picture yang telah di edit oleh diriku sendiri .....
hahahhahahhahaaa ... :D
walaupun line macam siput ,, tapi ,, aku tetap nak join jugak ....


first picture ....

second picture .....

third picture ....

Okay ,, done ,, thats all .....
itu je lah gambar yang dapat ku pertaruhkan ....
tak tahu lah okay ke tak ,, coz aku ni jenis suka edit gambar yang simple2 je ....
harap juri pilih aku ,, hihhhhhhiiii.... :D

TAG TO : 




Jom Menabung !! #Part 1

eyka | 1:57 PM | 2Comments |


Seperti yang korang tau ,, menabung tu kan bagus .....
Kalau menabung ,,sekurang-kurangnya ,, di masa akan datang ,, kalau kita tak cukup duit poket ,, kita bolehlah tukar duit tu kat bank .......
Tak susah pun menabung ni ,, senang sangat ...
Misal kata ,, kita yang kerja ni ,, waktu rehat keluar Rm10-Rm20 untuk beli makanan ,, so ,, balance nya tu ,, kita bolehlah masuk tabung .......
Macam untuk adik-adik yang sekolah lagi tu ,, lagi senang sangat nak simpan duit dalam tabung sebab apa akak cakap senang ,, sebab ,, adik-adik akan dapat duit dari mak ayah tiap2 hari .....
So ,, tak salahkan kalau ada balance ,, simpan kat tabung .....
Tak kisahlah 10sen ke 20sen ke 50sen ke ,, yang penting kita simpan .....
Bak kata pepatah "SIKIT-SIKIT ,, LAMA-LAMA JADI BUKIT".....

Aku start menabung dari sekolah menengah ,, form1 lagi ,, dah start menabung ,, kalau nak menabung masa sekolah rendah ,, memang taklah sebab aku ni BOROS !! hhhaaaa ,, satu pengakuan tu ,, untunglah korang ,, dapat tau yang aku ni seorang pemboros ....
Orang lain tak tau pun ,, tapi ,, korang kan FOLLOWER aku yang paling setia ,, aku bagitaulah ,, hahahha ....
Eerrkkkk ,, confident je aku ni ,, yang aku ada pengikut setia ..... (_ _")

Ayah aku selalu cakap dengan aku ,, "dik ,, kalau ada duit lebih tu simpanlah ,, jangan buat beli benda-benda yang tak berfaedah ,, nanti satu hari bila tak ada duit , kau boleh pakai duit tabung tu .... tak perlu lah sampai nak pinjam kat orang dan sebagainya ....."
Aku anak last ,, so orang yang dalam rumah ni panggil aku ADIK or ika ... hihihihhihihiii .....
Sejak daripada ayah aku cakap macam tu ,, aku pun asal balik sekolah je ,, duit balance masuk dalam tabung ,, dari hasil duit tabung tu ,, form2 ,, aku dah mula beli HANDPHONE sendiri ....
ALHAMDULILLAH ,, tu semua berkat menabung ....
Nak tau handphone apa yang aku pakai dulu ??


ni lah handphone  first aku ..... NOKIA 11110i .... gambar ni aku rembat dari google ....


Sayang sangat kat handphone ni ......
Tapi entah mana pergi handphone ni entah ....
Hahahahhahah !!
Lepas je pakai handphone ni selama 1tahun lebih ,, aku tukar handphone lain .....



ni pula ,, handphone aku yang kedua ..... NOKIA 2600classic ....... gambar ni aku rembat dari google ....

Handphone aku yang ni ,, kena curi sebenarnya .....
Lepastu ,, orang tu dah jual ,, aku kenal orang yang curi tu ,, nak buat report pun tak guna ,, sebab benda dia dah jualkan ....
Tak apa lah ,, ALLAH saja yang boleh bagi balasan atas perbuatan dia tu ......
Time aku pakai handphone ni ,, abang aku ada bagi handphone lain ,, so ,, aku simpan handphone ni baik punya ,, last-last hilang entah ke mana ,, rupa-rupanya ,, ada orang rembat ,, SADIS wwwoooooo !!

Okay ,, dan handphone aku yang last sekali ialah NOKIA 7230 ....
Aku pakai handphone ni time aku dapat gaji first sekali ....
Time tu lepas SPM ,, carilah kerja ,, and aku kerja kat kedai kasut ,, dapat je gaji first ,, beli handphone baru and bg mak ayah ....

handphone ni dah tiga tahun ,, tapi ,, alhamdulillah ,, aku jaga elok2 ,, die still nampak baru lagi ...... just ada calar2 sikit tu normal lah ..... gambar ni aku tak rembat dari google ye , ni gambar sendiri .... hihihiii .... 

Handphone yang aku tunjukkan tu ,, semuanya hasil dari duit aku menabung dan duit aku kerja ....
Aku bukan nye tak berminat handphome yang ada pada zaman sekarang ni ,, contoh BLACKBERRY ,, iPHONE ,, SAMSUNG GALAXY .... 
Zaman sekarang ni handphone terlalu canggih ,, dan akan mudah cepat rosak ...
Aku pakai handphone sekadar boleh buat calling ,, message ,, snap pic dah lah ....
Tapi ,, sekarang aku tengah survey handphone baru ...... insyaallah .... 
And handphone yang aku pakai sekarang ni ,, aku nak bagi mak aku simpan ....
Takut nanti hilang lah apa lah .... hihihhiihihii ....

NOTA JARI : jom menabung ,, insyaallah dengan tabiat kita suka menabung ,, kita akan dapat apa yang kita nak dengan hasil menabung kita sendiri .... 

PM panggil 'haram jadah', ANAK mahu saman

eyka | 9:35 PM | 0Comments |


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kerana menyifatkan golongan peneroka yang membantah penyenaraian Felda Globa Ventures Holdings sebagai "haram jadah."

Ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perdana menteri tidak sepatutnya menyebut kata-kata makian bermaksud "anak luar nikah" itu ke atas rakyat negara ini.

Katanya, golongan peneroka tersebut berhak menentang penyenaraian tersebut, demi kepentingan mereka dan tindakan itu tidak patut menyebabkan mereka dipanggil sedemikian.

ANAK, yang merupakan NGO bawah PAS, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Najib sekiranya tidak menarik balik kenyataan itu dalam tempoh 14 hari, kata Tuan Ibrahim lagi.

Najib membuat kenyataan sedemikian pada 18 Mei lalu ketika mengumumkan bayaran RM15,000 kepada isi rumah Felda, sebagai insentif kepada penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

Credit to : Malaysiakini.com


Sungai Di Dasar Lautan

eyka | 3:25 PM | 0Comments |


Korang pasti pernah dengarkan tentang sungai di dasar lautan ,, dah kecoh satu dunia tentang penemuan sungai tersebut .....
Ini menunjukkan ALLAH itu MAHA KUASA .....
Dalam ayat Al-Quran telah disebutkan tentang bertemunya dua lautan dan ayat itu berbunyi : "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)
"Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus."( surat Ar-Rahman ayat 19-20) 

Selain itu ,, dalam beberapa kitab tafsir ,, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai ,, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut ....
Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan ,, "Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara ....
Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah ,, yang seluruh kandungannya mutlak benar .....
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.










NOTA JARI : SUBHANALLAH !!


Gambar Ombak Yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

eyka | 12:37 PM | 0Comments |


Semalam ,, aku ada share dengan korang tentang Tempat-tempat yang paling menakjubkan dan berwarna-warni diDunia ,, now ,, aku nak share pula Ombak yang sangat cantik dan sangat-sangat menakjubkan .....
Gambar yang paling menakjubkan dalam gelombang ,, diambil oleh photographer Clark Little ... 
Beliau telah mendedikasikan hidupnya untuk menghasilkan gambar-gambar yang menakjubkan dalam ombak .... 












NOTA JARI : Sangat menarikkan ..... Jadi ,, jika korang seorang photographer yang sukakan EXTREME ,,  dan ingin kan gambar korang tu nampak HEBAT ,, apa kata ,, belajar dengan Clark Little .... Confirm korang akan jadi seorang yang AWESOME !!