♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Adnan Sempit disambung lagi #Metro

Adnan Sempit disambung lagi #Metro

eyka | 1:59 PM | 0Comments |


GANDINGAN empat pelakon utama - Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Norliana Samsudin (Yana) dan Along Raja Lawak 2 - menjadi formula penting kejayaan dua sekuel filem Adnan Sempit.
Menariknya, kedua-dua filem terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mencatat kutipan box-office membanggakan sehingga produser Mejar David Teo berkeyakinan mahu menghasilkan sekuel seterusnya. 
David berkata, lakonan pendukung watak utama, Adnan iaitu Sam paling meninggalkan impak pada penonton yang menggemari filem ini. Selepas kejayaan mengaut kutipan RM7.8 juta untuk filem pertama diikuti RM6.8 juta (sekuel kedua), aksi Sam sekali lagi dapat disaksikan menerusi Adnan Sempit 3.

“Sam adalah bintang paling popular dan impaknya terlampau besar. Kesinambungan filem ini bukan saja untuk sekuel ketiga tapi seterusnya, keempat berkemungkinan akan mengadakan penggambaran di luar negara antara lokasi dalam perancangan, Korea, Australia dan Thailand.

“Filem ini dan Sam sudah menjadi jenama yang kukuh setanding kehebatan adiwira. Mungkin suatu hari nanti, Adnan dijadikan produk animasi selepas sekuel keempat dan kelima dihasilkan,” katanya pada majlis doa selamat dan pelancaran Adnan Sempit 3 di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Positif terhadap jenama Adnan Sempit terus diminati ramai penonton, David percaya andai lima sekuel diterbitkan untuk filem ini, ia bakal mencatat sejarah baru kepada produksi syarikatnya dan industri perfileman tempatan.

“Pada masyarakat yang menonton, Adnan adalah adiwira. Ketika ini skrip untuk sekuel keempat dalam proses menyiapkannya dan sudah tentu plot yang ditunjukkan membawa kelainan.

“Kalau filem pertama mengisahkan Adnan meminati aktiviti rempit tapi dia bukan Mat Rempit, filem kedua pula menyaksikan Adnan menyesuaikan diri dalam bidang korporat sehingga tercetus komedi menerusi penggunaan bahasa Inggeris tunggang-langgang.

“Untuk plot ketiga pula, Adnan memasuki kehidupan berumah tangga seperti menjalankan tugas suami dan menjadi bapa yang perlu menguruskan anak. Situasi yang dilalui Adnan adalah ragam kehidupan seharian berlaku dalam masyarakat,” katanya.

Melihat populariti Sam ketika ini, David menyatakan artisnya itu bukan hanya eksklusif berlakon bersama MIG saja. Sebaliknya, sebagai pihak pengurusan MIG bertanggungjawab menapis dan memilih filem sesuai untuk Sam yang diterima daripada tawaran produksi luar.

“Sesiapa saja boleh panggil Sam berlakon dan harga bayaran mengikut nilai pasaran diterima Sam. Jika Sam mendapat tawaran enam angka bersama produksi luar, MIG juga akan berikan jumlah harga yang sama,” katanya.

Pengarah Adnan Sempit 3, Ismail Bob Hasim (Bob) pula menyatakan risiko menghasilkan sekuel semakin besar apabila penonton akan membandingkan filem baru dengan sekuel terdahulu. Dia percaya penonton selalu meletakkan harapan tinggi.

“Kejayaan filem ini bukan saja pada Sam, tetapi bergantung pada gandingan pelakon lain yang membantu, faktor skrip dan lakon layar. Buat masa ini, saya tidak risau dengan karakter masing-masing kerana pelakon sudah tahu,” katanya.

Along juga berpandangan populariti watak dan jenama filem ini cukup kuat bersama penonton sehingga dia sering dipanggil nama watak Bobby. Sebagai pelakon komedi, Along percaya wujud idea spontan berlaku ketika penggambaran.

“Ada pengarah terlepas pandang apabila fikir pelakon komedi bebas berlawak sendiri. Sebaliknya, Bob mengawal lakonan saya agar tidak merapu. Sebenarnya, watak Bobby dengan Wawa (Yana) mempunyai kesinambungan dalam filem Wawa Semput.

“Jadi, apabila penonton menyaksikan Wawa Semput nanti, mereka akan mendapat jawapan dalam Adnan Sempit 3. Pada saya, kejayaan filem Adnan Sempit sebelum ini adalah sokongan ramai peminat khususnya di luar bandar,” katanya.

Yana pula memuji cara kerja Bob yang bijak menilai karakter pelakon dengan watak yang dijayakan.

“Saya percaya semua karakter dalam filem ini dekat dengan kisah masyarakat. Merujuk kepada filem pertama Adnan Sempit, Sam belum popular ketika itu tapi penonton sebenarnya sukakan karakter yang ditunjukkan dalam filem ini,” katanya.

Filem ini akan menjalani penggambaran pada pertengahan bulan ini di lokasi sekitar Lembah Klang. Filem ini turut memperkenalkan bakat baru, Shima Anuar diberi peluang berlakon sama.

NOTA JARI : pasti ramai yang tak sabar2 nak tengok ADNAN SEMPIT 3 ..... mesti GENPAK punye .... pecah perut semua ada ..... hahhahahha ,, anyway ,, tunggu je lah kemunculan filem tersebut ..... 


No comments: