♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Ibu hamil bawa 63.5kg heroin ditahan #Metro

Ibu hamil bawa 63.5kg heroin ditahan #Metro

eyka | 11:07 PM | 0Comments |


LONDON: Seorang wanita hamil Britain boleh dikenakan hukuman mati di Pakistan selepas dia ditangkap cuba menyeludup heroin bernilai 3.2 juta pound (RM15.7 juta).
Khadija Shah, 25, cuba untuk pulang ke Birmingham bersama dua anaknya ketika dia ditahan polis di Lapangan Terbang Islamabad yang menemui 63.5 kilogram dadah itu yang disembunyikan dalam tiga beg pakaian. Dia mendakwa membawa beg itu atas permintaan beberapa lelaki yang ditemuinya di Pakistan dan tidak tahu apa kandungan di dalamnya. Pihak berkuasa di Islamabad mengesyaki lelaki berkenaan adalah geng samseng.

Rampasan itu dipercayai yang terbesar bagi dadah kelas A yang pernah ditemui di Lapangan Terbang Islamabad untuk diedar ke jalan raya sekitar Britain.
Di bawah undang-undang Pakistan, sesiapa yang ditahan membawa dadah melebihi 10 kilogram berdepan sekurang-kurangnya hukuman penjara seumur hidup dan maksimumnya hukuman mati. Khadija yang bercuti di Pakistan selama sebulan setengah tinggal bersama saudara di Mirpur sebelum menetap di rumah tamu di Islamabad.

Anaknya, Aleesha Munir, empat dan Ibrahim Munir, enam tahun adalah hasil daripada hubungan terdahulu dan dia kini hamil hasil hubungan dengan teman lelakinya, Amar Ali. - DM

NOTA JARI : astaghfighrullahhalazim .... ini kes dadah di luar negara ..... bayangkanlah ,, rakyat MALAYSIA yang telah terperangkap kat sana disebabkan kes dadah jugak ..... kesian mereka yang telah menjadi mangsa .... kita sama-sama doakan supaya rakyat MALAYSIA yang study kat sana tak terperangkap dalam kes dadah ni ..... AMIN .... pesanan ringkas JANGAN JADI KELDAI DADAH !!



No comments: