♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Sabun jadi cenderahati #Metro

Sabun jadi cenderahati #Metro

eyka | 9:43 PM | 2Comments |


TAMPIL menarik dengan hiasan kreatif menggunakan sabun untuk dijadikan cenderahati buat tetamu yang hadir pada majlis istimewa.
Biarpun sabun berfungsi sebagai membersihkan tubuh badan daripada kotoran, namun jika kreatif ia boleh menghasilkan sentuhan menarik untuk hiasan mahupun cenderahati. 
Menurut pemilik laman web mysabun.com, Azmawati Zohri, 34, jika ingin sabun kekal tahan lama untuk dijadikan sebagai hiasan atau cenderahati, gunakan bahan kering atau tidak mudah rosak.

“Jika ingin mencampurkan sabun bersama bahan lain agar menarik, seeloknya gunakan bunga kering dan elakkan daripada memilih bahan mudah rosak.

“Antaranya termasuk limau, epal atau apa saja yang mudah rosak yang akan mempercepatkan tarikh luput sabun yang dihasilkan.

“Pilih bahan kering seperti bunga untuk dicampur ke dalam adunan sabun agar lebih tahan lama untuk disimpan. Tidak perlu risau kerana bahan asas membuat sabun boleh tahan sehingga lima tahun,” jelasnya ketika menunjukkan cara membuat sabun hiasan.

Tambah Azmawati, ketika menyediakan bahan untuk membuat sabun, penggunaan ketuhar gelombang mikro diperlukan bagi mencairkannya agar mudah dibentuk.

Namun, suhu yang digunakan haruslah paling minimum dan tempoh tidak lebih dari lima minit atau sehingga gliserin menjadi cair.

“Menghasilkan sabun hiasan tidak mengambil masa lama asalkan tahu cara yang betul dan ia juga menggunakan bahan asas sama jika ingin hasilkan pelbagai bentuk digemari.

“Selain itu, bagi mempercepatkan acuan sabun menjadi beku, masukkan ke dalam peti sejuk selama sehari. Harus diingat dalam pembuatan sabun, penggunaan semburan alkohol penting bagi memastikan acuan tidak berbuih sekali gus merosakkan hasilnya.

“Semburkan alkohol selepas memasukkan gliserin yang cair ke dalam bekas acuan bagi mengelakkan ia berbuih dan digunakan sekali lagi sebagai pelekat jika menggunakan teknik lapisan,” nasihatnya kepada sesiapa yang ingin mencuba menghasilkan sendiri sabun hiasan.

Bagi mereka yang ingin mencuba menghasilkan sabun lolipop, ikuti langkah mudah ditunjukkan oleh Azmawati.


Terima kasih: mysabun.com

NOTA JARI : orang yang mempunyai bakat kreatif ,, bolehlah cuba buat SABUN ni ..... nanti boleh bagi hadiah kat orang dengan hasil kreativiti sendiri ,, tak apayh susah-susah nak beli kat kedai .... jimat kos .... hahahhahahahaa .....


2 comments:

CikFi said...

kreatif sungguh la.. macam rumit je nak buat..

ShahKB said...

boleh order set asas buat sabun di sini. shahkb.blogspot.com