♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: ‘Saya rakam untuk dedah’ #Metro

‘Saya rakam untuk dedah’ #Metro

eyka | 12:54 PM | 0Comments |


KUALA LUMPUR: “Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa.”
Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.

“Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.

NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa
NOOR...dipukul ketika cuba selamatkan mangsa


NOTA JARI : ramai yang dah salah anggap tentang kes ni ..... orang yang rakam video ni tak besubahat ,, tapi ,, kita main pakai tebas je cakap yang orang ni bersubahat dengan perempuan yang kejam tu .....  so ,, disini aku cuma nak cakap ,, JANGAN SUKA BUAT ANDAIAN ,, SIASAT DULU BARU CAKAP .... pesanan ni untuk aku jugak ...... maklumlah kadang-kadang kita tersalah cakap ,, kita manusia biasa yang mampu meminta maaf je .... 

No comments: