♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: June 2012

Opick feat Melly - Takdir (lyrics)

eyka | 11:55 AM | 0Comments |



dihempas gelombang dilemparkan angin
sekisah bersedih bahagia
di indah dunia yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencananya

semua berjalan dalam kehendaknya
nafas hidung cinta dan segalanya

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi

bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
bila mungkin tawa coba bersabarlah
karena air mata tak abadi
akan hilang dan berganti ( hilang kan berganti )

bila mungkin hidup hampa dirasa
mungkinkan hati rindukan dia
karena hanya dengannya hati tenang
damai jiwa dan raga

dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
dan tertakdir menjalani segala kehendakmu ya robbi
ku berserah ku berpasrah hanya padamu ya robbi
hanya padamu ya robbi

NOTA JARI : Lagu ni feveret aku... Mengikut apa yang aku faham,,lagu ni menceritakan tentang kejadian yang dah berlaku kat Dunia ni ...... Seperti TSUNAMI..... So,,korang dengarlah lagu yang berkumandang kat BLOG aku ni..... Hayati betul2 setiap ayat yang ada di atas ni..... Kalau tak suka just klik button PAUSE..... :)

Berat hati melepaskanmu :'(

eyka | 11:36 PM | 2Comments |

Today is my last day jaga dia .....
OH NO !! i miss you so much baby .....
Lepas ni,,aku akan kembali bekerja seperti biasa ....
Baby ni akan dihantar ke rumah pengasuhnya .....
Hope die okay je nanti .....
Tak sangka sangat2,,sebab aku dah jage die selama 4bulan .....
Dari pantang lagi,,aku dah jage die,,so bila dia nak kene hantar kat rumah pengasuh,,berat pulak hati ni nak lepaskan die ......
Anyway,,aku dapat jumpe die just hujung minggu je......
Nasib baik rumah mak ayah aku ni dekat dengan rumah akak aku ni .....
Selang berapa rumah je,,dah sampai rumah die .... hahahhahhaaaa ... 

Now,,aku nak cari kerja part time lah pulak rasa nye.....
Apa salahnye nak cari rezeki lebih sikit .....
Boleh lah aku hulur2 kat mak ayah aku lebih sikit .....
Insyaallah aku akan dapat kerja part time yang okay and sesuai dengan aku ..... 
Aminnnnn ~~

NOTA JARI : hope everything gonna be okay .... 

Blog berubah lagi ?? (_ _")

eyka | 12:52 PM | 10Comments |

Hhhyyyeee korang ,, ape khabar ,, sihat tak ??
Aku alhamdulillah sihat saje .....
Rinduuu sangat kat BLOG ni and Rinduu sangat kat korang ......
Firstly ,,i'm so sorry because dah lama sangat tak update and beberapa hari aku PRIVATE kan blog ni dengan secara SILENT mode ......
Eehheeemmm2 ,, bagi sesiapa yang cari blog aku tak jumpe2 tu,, sorry sangat2 ......
Bukannye aku dah tak berblogging okay ,, aku masih sayang lagi kat BLOG aku yang tak berapa nak CUN macam blog korang tu ....... hiihhihihihihiiii ........
Thanx sangat2 kat korang yang still lagi jadi FOLLOWERS aku .....
Walaupun aku private untuk sementare waktu .....



Setelah beberapa hari edit blog ni ,, ni je yang mampu aku buat .....
Aku edit blog ni atas bantuan daripada tutorial blogger terhebat Apit and Lyssa Faizureen ..... :)
Kalau korang nak edit blog ,, boleh lah pergi ke blog apit and lyssa tu okay ......
Diaorang nye Tutorial memang senang nak faham ,, diaorang akan terangkan satu persatu ....
Agak2 korang tak faham jugak ,, ape lagi ,, tanya lah kat diaorang ....
Insyaallah mereka akan jawab pertanyaan korang tu .....
Diaorang tak sombong tauuuuu ,, tapiiii ,, diaorang ni BESSSTTTT sangat2 ....
Kalau berbalas komen kat FB tu ,, memang tergolek2 lah kalau baca .... hahahhahhaa !!

Korang nilai lah BLOG aku ni sama ade okay atau tak ....
Blog ni tak siap lagi sebenarnya ....
Tappppiiiii ,, demi korang ,, aku buat apa yang sempat je .....
Aku punye kerja banyak sangat ,, tak boleh nak edit sangat blog ni .....
SORRYYYYYYYYY !!

NOTA JARI : Wahai kaum ADAM ,, jangan lupe pergi SOLAT JUMAAT okay ..... SOLAT lah kamu sebelum kamu di SOLATkan..... Pesanan khidmat masyarakat ni ikhlas daripada aku EYKA .... hahhahah .... :))))))))))

This Girl is Good in Becoming Anyhting

eyka | 7:55 PM | 0Comments |
























Segmen : Mari Berhijab

eyka | 3:12 PM | 1Comments |




Dah lama tak update blog sebenarnya .... hihihiihihii ... sorry kwn2 ....
Busy sikit lah sejak akhir2 ni ....
Banyak sangat kerja yang nak kena setelkan ....
Walaupun busy ,, tetap nak jugak join segmen dari apit ....
JOM JOIN !!
KLIK BANNER je okay .... :)

Nama : Eyka
Warna : Pink 




Waspadalah terhadap bahaya yang menanti kita

eyka | 5:59 PM | 0Comments |


Menurut akhbar harian metro, sekarang ni ada satu trend penculikan yang diikuti dengan samun dan rogol, dihadapi wanita seawal-awal pagi hari di bandar raya Kuala Lumpur dan sekitarnya. Sudah ada rentetan peristiwa yang berlaku. Perhatikan:-

1. Pada 22 Februari, 2012, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki untuk bertemu sebelum dia diculik dan kemudian dirogol bergilir-gilir.

2. Pada 24 Mac, 2012, seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi.

3. Pada 30 Mac, 2012, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Dan terkini...

4. Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas,  kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau. Dia diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.

Yang sedihnya, kejadian rogol itu dirakam oleh lelaki-lelaki itu konon untuk koleksi peribadi. Selepas jadi habuan nafsu buas mereka, mangsa dibebaskan  lantas membuat laporan di Balai Polis Travers, Bangsar.

Apa yang terjadi sebenarnya?


Mangsa jalan sorang diri ke kedai. Masa tu, dia dihampiri dua lelaki tidak dikenali. Kedua-dua suspek kemudian pegang tangannya. Yang sorang, lepas tu, letakkan pisau di lehernya.

“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,”

Di dalam kereta, kepala mangsa ditutup menggunakan kain. Dia dirogol di situ, dalam kereta itu!
“Mangsa dibawa ke sebuah rumah kosong. Di rumah itu, penderitaan mangsa berterusan. Dia terus dinodai kumpulan berkenaan, dengan dirogol secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga haiwan bertopeng manusia itu. Dah puas, baju mangsa diserahkan. Episod berakhir dengan penculik, perogol dan penyamun itu mengambil telefon bimbit dan wang tunai RM100 miliknya. Kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan,"

Mangsa ditemui orang awam yang membantu dan menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi belum ada tangkapan dibuat setakat ini.


Polis berusaha keras memburu kumpulan itu. Kami masih meneruskan siasatan. Dan, polis tidak menolak kemungkinan kes-kes di atas saling berkaitan.

Kesimpulan

Culik, rogol dan samun - serangan ‘tiga serangkai' digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka ‘tawanan’ melampiaskan nafsu.


Awas, wanita!

Kumpulan ini bergerak dengan kereta Proton Waja hitam, berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana anda yang berjalan sendirian.


Jadi, berhati-hati, ya!
 Sila inform kpd yg tersayang juga kawan2....


GIVEAWAY {3-9 JUNE 2012}

eyka | 4:49 PM | 5Comments |


Hye ,, hari ni nak join GA .....
Cantikkan tudung-tudung kat atas tu ....
Tapi tu bukan hadiahnya ye ..... hihihihiihii ..... 
Jom kita join GA ni ramai-ramai ,, bagi memeriahkan lagi GA ni .....
KLIK BANNER je okay .....


Kelebihan Bulan Rejab

eyka | 12:57 PM | 2Comments |


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.  Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di
hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah
di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi
Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.  Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada
umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim
di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti
puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,
dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah
jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta
ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi
ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana
kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,
70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan
Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada
bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Segmen : Up followers blog dan twitter

eyka | 5:36 PM | 21Comments |



BLOG : http://thisismylife-eyka.blogspot.com (431 followers)
TWITTER : @Siti_Nuratika92 (257 followers)

TAG :