♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: August 2012

Trend Terkini 'GANGNAM STYLE'

eyka | 6:03 PM | 2Comments |
Gangnam Style, Apakah itu Gangnam Style??
LOGIN je Facebook dan Twitter, semua cerita pasal OPPA GANGNAM STYLE...
Apatah lagi di YOUTUBE, dah berlambak orang upload video gangnam style tu...
Biasalah sekarang ni kan trend K-POP...
So,apa jua yang orang KOREA buat, pasti MALAYSIA pun nak buat jugakkan...
Walaupun gangnam style ni jadi ikutan ramai, tapi, ia tetap best...
Lain negara, lain style diaorang kan...
Tak semestinya diaorang ikut trend KOREA, diaorang buat sebijik macam KOREA jugak...
 
gambar diatas ini ada didalam video malaysia gangnam style.. depan TESCO pun boleh buat gangnam... hiihihihihii....
Cerita je pasal K-POP ni, mesti korang ingat aku ni fanatik sangat dengan K-POP tu...
Nak cakap minat tu, boleh lah, sekadar minat dengan cara tarian diaorang, cara lakonan diaorang...
Tapi, aku bukan minat sampai menjerit sampai hilang suara atau bagai nak pengsan...
Minat tu perkara biasa, yang berlaku kepada semua orang....
Yang menjadi perkara luar biasa tu, macam aku cakap kan tadi, menjerit sampai hilang suara, sanggup berhabis duit untuk mendapatkan segala barang-barang daripada KOREA yang telah ditandatangani oleh Artis Korea disana...
Tak ada apa pun yang berbeza antara artis KOREA dengan artis MALAYSIA...
Yang menjadi bezanya just cara tarian diaorang yang cukup unik tu je...
Berbalik pada tajuk entry hari ini, GANGNAM STYLE di MALAYSIA dah banyak orang yang buat...
Antaranya SUASANA GANGNAM RAYA, GANGNAM RAYA AIDILFITRI 2012, ORANG SABAH STYLE, dan bermacam-macam lagi lah...
Bagi yang tak tau lagi apa itu gangnam style, jom sama-sama kita tengok video gangnam style daripada Malaysia...
Memang terbaaaiiikkkk punyaaa...

NOTA JARI : Video diatas ni antara yang menarik perhatian aku, GANGNAM (SUPER KAMPUNG) STYLE BY FLY FM DJ's... memang LAWAK DER.... Hahahaha... Semoga korang terhibur... 

Raya Sana Sini !

eyka | 2:10 PM | 0Comments |
Salam lebaran kepada semua muslimin dan muslimat tak kira dimana jua anda berada..
Semoga lebaran kali ini dapat beri kita 1001makna yang terindah...
Nampak tak ayat aku yang agak POYO sikit tu... hahahaaa....
Sekarang ni dah pun raya yang ke-7....
Masa berlalu dengan pantas sangat....
So,tanpa membuang masa,,aku pun nak upload banyak2 gambar masa raya pertama sampailah raya yang ke-4...
HUUUHHUUHHUU !! 
Baru sekarang dapat aku menghadap laptop....
Sediiihhhhhh....
RAYA PERTAMA... 
v
v
Sesi bermaaf-maafan bersama emak dan ayahku yang tercinta...

Sesi Photoshoot... This is my BIG FAMILY.... ♥

Sesi menjamu selera.... Nyyuummm2.... hihihihihi...

Inilah baju rayaku... PINK colour.... 

RAYA KETIGA...
v
v
Beraya di rumah kakak yang sulung at Quarters TNB Pasir Gudang....

Raya etiga berbaju biru.... Warna yang penuh keceriaan... 

Bersama emak yang ku sayangi... 

Belakang tu anak buah aku... Sibuk je nak interframe.... HAHA !

RAYA KE EMPAT.... 
v
v
Beraya ke KOTA TINGGI.... 3buah rumah kami serbu.... LETIH wwooo !

Bersama abangku... Inilah satu2 nya abang yang aku ada... 

With amoi kecik... hiihhiihii...

RAYA KE LIMA....
v
v
Birthday party gegirl.... 

Inilah gegirl tu... Anak buah yang ke-13... BALQIS UMAIRAH...

HAPPY BIRTHDAY adik Balqis... 

Main mercun dengan kesemua anak buah dan adik beradik... Malam birthday party.... MERIAHHHH !!
Haaa.... Tu saja gambar yang dapat aku upload...
Tak berapa nak banyak sangat tu....
Sebenarnya ada lagi banyak nak upload,tapi,takut tak ada siapa yang nak tengoklah pulakkan....
Hiihiihhiihi... Korang pasti tertanya-tanya mana gambar raya kedua....
Sorry lah kawan, raya kedua tu aku stay kat rumah je sebab rumah aku kene serbu dengan saudara aku,,sekali datang 10buah kereta...
FFuuuhhhh !! Tu betul-betul serbu....
Penat tak terhingga.... Huhuuuhhuuuu !!
Bersilat kitaorang semua kat dapur.... HAHA! 
Okay lah,tu saja yang aku nak story kat korang semua...

NOTA JARI : Dikesempatan ini aku nak minta maaf dekat semua bloggers kalau aku ada tersalah kata atau buat korang terasa.... Sorry again... Aku manusia biasa yang selalu membuat kesilapan... RAYA DATANGLAH RUMAH... SELAMAT HARI RAYA BLOGGERS.... ^^v

Segmen : Ucapan Aidilfitri

eyka | 10:51 PM | 5Comments |
Warna baju raya tahun ini : Pink...
Nama Doodle lelaki : Faly
Nama Doodle Perempuan : Eyka
Warna baju : Pink (FF6699)

TAG :
Ucapan : Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam, tak kira dimana jua anda berada... Semoga Hari Raya kali ini dapat memberikan kita banyak makna yang cukup indah... Walaupun kita happy, jangan dilupakan juga pada yang telah tiada.. AL-FATIHAH... 

Berubahlah untuk kebaikan

eyka | 9:20 AM | 2Comments |
Semua manusia yang ada dibumi ini inginkan perubahan dalam diri mereka...
Tak kiralah dalam apa jua keadaan, usaha itu penting untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik dari sebelum ini...
Sekiranya kita inginkan sesuatu, kita pasti akan berusaha untuk mendapatkannya....
Jika kita ingin berubah, berubahlah dengan penuh keihlasan serta keinsafan didalam diri...
Bukan sekadar ucap sahaja "AKU NAK BERUBAH", tapi, tidak ada usaha dan tidak berdoa kepada ALLAH s.w.t....
Kalau hanya dengan ucapan sahaja tanpa berdoa dan tanpa usaha kita boleh berubah, hebat sangat ke diri tu??
Jadi manusia tidak perlu sombong...
Allah sahaja yang maha berkuasa di muka bumi ini...
Kita hanya manusia yang diciptakan oleh Nya dan kita juga hanya menumpang sahaja di muka bumi ini...
Senang cerita, semua yang ada di bumi ini milik Allah...
Kita di dunia hanya sementara sahaja, bila kita meninggalkan dunia, yang boleh kita bawa ke kubur hanyalah amalan kita sahaja...
Harta benda, keluarga, orang yang kita sayang juga akan kita tinggalkan...
KLIK  dan KLIK ....
Berubahlah mengikut kata hati, jangan berubah mengikut kata orang lain...
Bila kita berubah mengikut kata orang, dalam diri kita itu automatik akan jadi sifat yang ego, dan kita akan cakap "FIKIR AKU NI TAK BOLEH BERUBAH, ESOK AKU AKAN BUKTIKAN DEKAT KORANG YANG AKU AKAN BERUBAH"... 
Keyakinan dalam diri itu ada, tapi, disebabkan ego, kita punya perubahan itu hanya pada luaran sahaja...
Dalam hati KOSONG, KOSONG ....
Nampak tak ada macam lagu najwa latif... hihihihihhii....
Jika kita berubah mengikut kata hati dan keinsafan dalam diri itu dah ada, cepat-cepatlah kita bertaubat kepada Allah....
Berubah secara perlahan-lahan, insyaallah kita boleh berubah kepada kebaikan....
Allah itu maha mendengar, apa jua yang kita berdoa dan apa jua yang kita mengadu kepadaNya, Allah pasti akan mendengarnya....
Insyaallah doa-doa kita itu akan domakbulkan Allah....

رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعۡنَا مُنَادِيً۬ا يُنَادِى لِلۡإِيمَـٰنِ أَنۡ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمۡ فَـَٔامَنَّا‌ۚ رَبَّنَا فَٱغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَڪَفِّرۡ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلۡأَبۡرَارِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). (3:193)


NOTA JARI : Pada malam lailatullqadar ini, marilah kita semua berdoa serta beribadah kepada Allah supaya dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah... Semoga doa kita itu dimakbulkan oleh Allah.... AMIN ~ KLIK sini juga ye ..... :)