♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: September 2012

Kisah Ini Mesti Dibaca Oleh Semua Remaja Bergelar Pelajar

eyka | 11:27 PM | 4Comments |

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut….

Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.

“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi
“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.

Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.
Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”

“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”
Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…

mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.
“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….

“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”

“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”
“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”

Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…

kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”

“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.

Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.

Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”

Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….

Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”.

Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?

Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….

Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??

Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….
Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.

Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelkang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……

CREDIT TO : Ranting Patah

NOTA JARI : Kita sebagai anak, tak kisah sama ada kita masih study atau kerja, kalau kita harapan ibu bapa, kita kenelah bahagiakan mereka dengan kejayaan yang kita janjikan padanya... Jangan buat mereka menangis, lagi-lagi IBU yang dah melahirkan kita, "SETITIS AIR MATA IBU JATUH KE TANAH, KITA AKAN JADI ANAK DERHAKA SELAMANYA".... 

CELCOM oh CELCOM !!

eyka | 10:02 PM | 4Comments |


Ambbooiiii,,cantik LINE CELCOM tu kan... 
Laju je speed dia... Tu yg seronok bila online....
Nak update pun tak sangkut-sangkut.... 
Time tu,memang sayang lebih lah kat CELCOM.... hiiiihihhihihihhihii... 
Nak download pun syok jeee... Lagi-lagi bila download cerita OST ADAM HAWA...
Kat rumah aku ni ASTRO ada, tapi, tak beli pun MUSTIKA HD tu....
So,dengan jasa baik CELCOM, aku pun download lah cerita ADAM HAWA tu.... 
Best layan cerita tu,, jiwang saaattt... hhhihihiii... 
Okay,tu bila line cantik....

Ttttaaaaaaaaaaaaaaappppppppiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.........................
Amboiii,,panjang na tapi tuuuu... hiihhiihhiihii...
Aku paling geram bila LINE CELCOM ni bertukar menjadi seperti dibawah....


Memang aku hangin satu badan bila LINE jadi macam niiii....
Line tu dah macam nyawa-nyawa ikan jeee....
Ikan punya degupan insang lagi laju kotttt....
Huuuhhhh ! Kesabaran aku dah tahap IMPAK MAKSIMA dah niii !
Kalau meletup ! BOMMMMMM !!
Terus laju kot LINE ni... Hiihihihihihi... (poyo seketika)

Sebelum daftar masuk CELCOM ni, diaorang dah cakap, kalau speed dah cukup 4GB, then kita terus bayar, automatik, diaorang terus akan tambahkan speed....
So, aku bayarlah cepat-cepat, sampai je BIL, aku terus pergi bayar, tapi, speed dia sama jeeee....
Tak berubah pun SATISTICS dia tuuuu...
Iiiiiisssssssssssshhhhhhhhh ! TENSION gilaaaa.... 
Tergendala segala kerja-kerja yang ada.... >,<

Misc Giveaway by Fatin , Fitrah dan Aina

eyka | 3:54 PM | 0Comments |


GA timmeeeee !! Aku ni terlebih rajinlah pulakkan, macam-macam GA aku join...
Maklumlah, tak busy.....
So, bila tak ada kerja, ini jelah cara untuk menghilangkan boring, dengan mengJOIN GA...
Just cuba nasib, mana tau ada rezeki ke kan... INSYAALLAH, AAMIN... 
Tanpa membuang masa, aku nak penuhi syarat-syarat yang adik ni berikan... hihihihihiii....

--------------------------------------------------------------------------------------------------
 PENGALAMAN ANDA SEMASA MENGEDIT BLOG

BLOG ni adalah sesuatu laman sosial yang dah ramai sangat orang tau dan dah ramai yang famous sebenarnya... Tapi, kita nak berblog ni bukan sebab nak kejarkan POPULARITI, tapi, berkongsi pendapat,cerita dan juga berkongsi cara-cara nak edit blog ni bagi nampak kemas,cantik dan menarik... Bila cerita pasal edit blog ni, bermacam-macam pengalaman yang dapat kita ceritakan... Sebelum kita ada blog, pasti kita akan kata "SENANG JE NAK EDIT BLOG NI,BUKAN SUSAH MANA PUN'... Tapi, bila kita dah ada akaun BLOG ni, barulah kita tau erti susah tu, MEMENINGKAN KEPALA, BLUR, TENSION, adakala tu kita sampai hampir BERPUTUS ASA... Semangat untuk berblog tu kene lah kuat... Dengan adanya blog-blog yang ada TUTORIAL ni seperti Lyssa FaizureenHafizzy Aziz a.k.a Apit dan banyak lagi blogger yang ada buat tutorial ni, mereka dapat membantu kita dalam mencantikkan blog serta bagi blog nampak kemas.... Aku banyak belajar edit blog ni daripada tutorial Lyssa dan Apit... Alhamdulillah, ni je yang mampu aku buat untuk blog aku ni... Memang tak dinafikan, memang susah sangat untuk faham kod-kod yang ada dalam blog ni... Sampaikan DEMAM pun aku sanggup hadap laptop ni, semata-mata untuk belajar edit blog.... 

 TENTANG KELUARGA ANDA

ALLAH ciptakan semua manusia yang ada di muka bumi ini dengan sebuah keluarga... Masing-masing pasti ada cerita yang menarik tentang keluarga mereka.... Bagi aku, keluaraga amat penting dalam sebuah kehidupan... Kalau kita ada masalah, kita boleh kongsi dengan mereka semua dan minta pendapat mereka... Keluarga aku biasa-biasa, just sederhana je... Mak dan ayah aku pesan "biar kita hidup bersederhana, janji kita ada keluarga yang bahagia".... Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada.... Aku ada 7orang adik-beradik, tapi, seorang dah meninggal... So,tinggal 6orang je lah... Aku ada 4orang kakak dan 2orang abang, kakak-kakak aku semua dah berkahwin dan dah ada anak, abang aku bulan 11 pada tahun ni, dia akan menamatkan zaman bujangnya... Anak buah aku pula ada 14orang.... Sekarang ni tinggal aku seorang je yang belum kahwin... Bila aku terkenangkan arwah abang, aku akan menangis sorang-sorang, tengok gambar dia... Kehilangan orang yang kita sayang, memang sukar untuk kita lupakan... Lagi-lagi bila dia darah daging kita... Susah untuk cari pengganti, sebab semua yang aku kenal sebagai ABANG, tak sama dengan abang kandung aku.... Dah 8tahun dia meninggalkan kami semua, terasa macam sekejap je... Rindu sangat dekat dia.... Aku sentiasa mendoakan supaya rohnya tenang disana.... Walaupun jauh dimata, tapi, dia sentiasa dekat dihati... Satu hari nanti, kita pasti akan bertemu jua, disana nanti.... :')

NOTA JARI : Kepada owner yang buat GA ni, sorry ye dik, akak terFEELING labih pulak... Kapada korang-korang semua yang sudi baca entry GA aku kali ni, apa lagi, jom lah join sekali... Hadiahnya ada LOMO CAMERA , CAMERA CANON , IPAD , OWL SLING BAG , SILICONE WATCH , SAMSUNG GALAXY S III , NECKLACE , EARING , SHAWL , TOPUP RM20 , FELT NAME . Haaaa... menarikkan... JOM JOIN !! Tarikh tutup 22/11/2012.... 

Pen Yang OHSEM !

eyka | 10:59 PM | 2Comments |

Macam-macam benda pelik yang ada kat dunia ni sebenarnya...
Cuma kita perlu rajin mengGOOGLE benda-benda ni...
Malam ni, aku nak tunjuk kat korang tentang pen yang sangat ohsem,unik dan FANTASTIK BAYBEH... Hhhhahhahaha... (tiba-tiba K-POP mucul !)
Jom cuci mata kejap....

Selesa ke pakai pen macam ni... eerrrrkkkk !! (_ _")

Agak-agak korang, pen ni bentuk apa?? hiihihihihi... BLUR tak ?? Pen ni berbentuk KULIT NENAS lah.... Aku pun mula-mula BLUR jugakk sebenarnya... hihihiii... 

Wow,aku minat sangat kat pen ni, sebabnya, pen jenis ni boleh SCAN macam-macam colour yang kita nak.. Kalau ada jual kat MALAYSIA, aku nak beli lah... OHSEMMMM !!

Pen ni pula penutupnya ada bentuk pisau, garfu dan sudu...... 

Haaaaaa,, pen ni sesuai sangat untuk student.... Sebab student kan kene bangun malam-malam buta untuk study... So, kalau tak nak ganggu orang lain tidur, pakailah pen ni... :)

Tak silap aku, pen ni berbentukkkk, eeerrrkkk, okay BLUR disitu.... hahahha...

Pen or GINCU ?? Bagi wanita yang suka bermakeup, mesti korang suka kan bila tengok pen ni berbentuk GINCU... hhiihihii... Jangan sampai tersalah guna sudahlah... Confius mana satu GINCU, dan mana satu pen... aaayyooyyoo !!

NOTA JARI : Itu sahaja yang dapat ku paparkan pada malam ni... Tak boleh update panjang berjeler macam kereta api, sebab esok nak kene bangun awal-awal... Mau bergerak pergi ke MUAR... Ada kerja sikit... Byyyyeeeeeeeeeeeeee.... 

GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com

eyka | 9:51 PM | 10Comments |

AbgferOz - 
Mia Liana - 
BlogFyna -
Myravea -
Cik Pjaz -
Dkna Abza -
 -CeritaKini -
-  Diana Store -
Luna Lee -
MahaMahu -
Kampung Kameq - 
Si Pipi Merah - 
Leen Najib -
Muaz Faris -
TAG :

Follower yang ke-500

eyka | 4:30 PM | 5Comments |
Alhamdulillah, dah nak hampir setahun aku berblogging...
30/10/2012 ni blog aku ni akan mencecah umur yang ke setahun...
Sekejap je dah nak masuk bulan10...
Tarikh keramat ku itu, korang kene ingat yeeee.... huhuhhuhuuu... 
Walaupun isi kat dalam blog aku ni tak berapa nak padat lagi, tapi aku akan cuba untuk menarik perhatian korang serta aku akan mantapkan lagi cara penulisan aku dalam blog ni....
Syukur sangat-sangat yang tak terhingga kepada semua follower-follower yang setia dan rajin blogwalking ke blog aku ni....
Dan sekarang ni, follower aku dah masuk yang ke 501....
Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi.... Teraharunya kejap.... :'(


Nampak tak gambar yang aku letak kat atas ni?? 
Nampak tak gambar yang ada bulatan tu ??
Sebenarnya, petang ni, aku nak story sikit tentang follower aku yang ke-500...
Aku just terangkan sikit je lah ye.... 
Nama blog dia IZZATY HEDRY.... Of courselah nama dia pun izzaty kan...
Umur izzaty ni, aku tak tau lah pula, sebab, izzaty punya biodata aku tak boleh nak open....
Maybe ada problem sikit kot.... Tapi, tak apalah.... 
Blog dia memang cun gila seeyyhhhhh....
Dah lah cun, comey pulak tu.... Hihhihihihihii...
Izzaty, blog kita temanya samalah, warna pink gitu...
Maklumlah nama pun WANITA.... Kan,kan,kan.....
Walaupun follower izzaty ni sebanyak 1286, tapi, dia still lagi rajin blogwalking and follow blog-blog yang baru nak naik macam aku ni haaaa....
Ha, nampak tak ayat merendah diri disitu... hiihhihihihiihi...

Inilah header blog izzaty... Comel je, macam tuan empunya blog juga.... Peace sikit... 

Sorry izzaty sebab kita PRINTSCREEN header izzaty yang kiut miut ni....
Comel sangat sampai tak terkata.... Hiiihihhihihiihi....
Kat blog izzaty ni ada macam-macam, TUTORIAL, TEMPAHAN HEADER dan paling menarik sekali, blog izzaty ni siap ada dapat AWRAD lagi tau....
Waaaahhhhh,, kira boleh tahan juga follower aku ni yeee....
Tiba-tiba rasa semangat nak berblogging ni semakin membara-bara....
Sebab ada award lagi tu....
Hihhiihhiihi.... Nak dapat award tu bukan senangkan, kita kene merajinkan diri untuk sertai pelbagai segmen ke GA ke, contest ke, serta kene rajin blogwalking..... 
Kalau tak rajin, macam manalah blogger-blogger lain nak kenal kitaa.....

NOTA JARI : Aku ni taip panjang-panjang sampai tak tengok jam, nasib baik kerja tinggal sikit je... hihiihhiihi... Korang yang rajin blogwalking tu, jomlah terjah blog izzaty ni, macam-macam ada.... (macam astro lah pulak)..... Anyway, thanx izzaty, sebab sudi follow blog kita ni.... (Sambil senyum sampai ke telinga... hihiihhihii... )

Vector oh Vector ♥

eyka | 3:05 PM | 6Comments |
Agak-agaknya dah berapa hari aku tak update blog ni yee??
Hhiihihhiihiii... Lama tu tak lah lama sangatkan...
Adalah dalam lebih kurang seminggu gituuu.... (ayat nak mintak kene baling selipar.. hahah !)
Walaupun dah lama tak mengUPDATE blog ni, tapi, still ada orang yang sudi kunjung ke blog aku yang kurang cun ni....
THANKS kepada semua yang rajin BLOGWALKING ke sini... 
KLIK SINI ....

Hujan-hujan ni mesti korang rasa nak landing je atas katilkan...
Aaaammmbbooii, kerja tetap kerja tau... hiihihhihihiii...
Hari ni aku nak share sikit dengan korang, sepanjang aku tak UPDATE blog ni, aku ada buat VECTOR....
Wwwwoowww, bunyi macam GEMPAK, bagi aku GEMPAK lah, sebab ni first time aku buat VECTOR tau.... 
Rajin sangat aku ni nak menggodeh photoshop, so, open youtube, cari tutorial nak buat VECTOR...
Bila dah open, line berukband aku ni pulak buat hal, line macam apa je....
Kalau race dengan GARY (siput spongebob), confirm, GARY tu yang menang... Hahahahahaa... 
KLIK SINI JUGAK....

Dengan penuh semangat, dapatlah tengok separuh-separuh...
Tunggulah sampai LOADING kat youtube tu habis.....
Agak-agak hati dah panas, aku tutup terus youtube dan aku mengambil keputusan untuk belajar buat VECTOR dengan cara aku sendiri....
Hiiiihhihiihii... Ayat bajet bagus lah pulakkan....
Aku guna PEN TOOL untuk draw gambar tu...
Pandai-pandailah adjust sendiri....
Alhamdulillah, walaupun tak CANTIK macam VECTOR korang semua, tapi, aku dah cuba apa yang aku mampu buat....
Nak tengok hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa...........
Jeeennnggggggggg, jjjeeeennnnngggggggggg,, jjjeeennnnnnnnnngggggg..... (bunyi suspend sikit, hihihihii... )

TAAAADDDAAAAAAAAA...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Inilah hasilnya yang aku dapat.... Ini vector yang pertama....


Ini pula vector yang kedua.... Agak comot sedikit....

NOTA JARI : Aku saja nak cuba sesuatu yang baru... Bak omputih kata "Practice can make perfect".... Ha,fahamkan lah ayat tu.... Hihhihiihiii.... So, apa pendapat korang tentang vector aku ni ye?? Bolehlah tinggalkan comment korang tu kat ruangan bawah ni yee... THANKS... 

Gambar Lukisan yang sangat Kreatif

eyka | 12:30 AM | 5Comments |
Hyeee warga blogger....
Kali ni aku nak ajak korang lihat gambar-gambar lukisan yang sangat menarik dan sangat kreatif...
Memang AWESOME bebbbb !!
Before tu, klik SINI dan SINI dulu.....
Okay,sekarang, jom kita lihat gambar yang sangat awesome tu....






NOTA JARI : Bagi aku lukisan mereka ni sangat kreatif... Sebab lukisan diaorang ni memang betul-betul nampak REAL... Macam benda tu seolah-olah hiduplah pulak kan... Anyway,korang nilai lah sendiri yeee..... Peace for the world... assalamualaikum... ^^v

Bangunan Pelik dan Unik #Part 2

eyka | 12:11 AM | 1Comments |
Hoolllaaaaaaa....
Semalam aku ada buat entry berkenaan dengan Bangunan Pelik dan Unik #Part 1....
Hari ni, aku nak buat #Part 2 pulak...
Sebelum tu,tolong klik SINI dan SINI...
Tanpa membuang masa lagi,jom kita tengok bentuk bangunan apa lagi yang pelik yeee...

Guggen Heim Museum Bilbao SPAIN...

Habitat67_Montreal CANADA....

House-Attack Vienna Austria...

Kansas City Library Missouri USA...

Kunsthaus Graz Austria...

Lotus-Temple-Delhi INDIA....

Montreal-Biosphere CANADA...

National-Theatre Beijing,China...

Olympic Stadium Montral Canada...

Stone House Guimarales Portugal...


The-Basket-Building Ohio USA..

Wonderworks Pigeon-Forge USA...

Wooden-Gagster-House Archange lsk Russia...

NOTA JARI : Sorry ye blogger sebab terlalu banyak sangat gambar... Maklumlah line punya speed malam ni macam F1.. Lebih baik menggunakannya dengan sebaik mungkin, betul tak ?? hihihhihi... Sebelum korang hala anak panah ke PANGKAH atas tu, tolong klik SINI dan SINI kejap.... Terima kasih daun keladi, kalau masuk, tolong KLIK LINK lagi... hihhihihihihiii... :D

Bangunan Pelik dan Unik #Part 1

eyka | 4:13 PM | 0Comments |
Hari ni mood nak bagi korang tengok gambar-gambar bangunan yang agak pelik tapi unik...
Haaaaa,, bunyi pun macam pelikkan....
Memang pelik pun, pelbagai bentuk bangunan yang akan aku paparkan pada hari ini....
Korang pasti teruja melihatnya,, hiihhihihihiiii.... 


Rotating Tower DUBAI...

Atomium Brussels BELGIUM...

Bibliotheca-Alexandrina EGYPT...

Casa-da-musicaporto PORTUGAL...

Contemporary Art Museum Niteroi Rio-De-Janeiro BRAZIL...

Crooked House Sopot POLAND....

Eden-Project UNITED KINGDOM...

NOTA JARI : Sungguh pelik dan unikkan... Pelbagai bentuk bangunan yang pelik diluar negara sana rupanya... Bangunan di BRAZIL tu paling susah nak sebut,terbelit-belit lidah nak menyebutnya tu.... Haa,, nak tengok lagi bangunan yang pelik dan unik seperti diatas ni, tunggu part yang ke-2 pulak yeee.... Jeng,jeng,jeng.... Hihhihihiihi...