♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Misc Giveaway by Fatin , Fitrah dan Aina

Misc Giveaway by Fatin , Fitrah dan Aina

eyka | 3:54 PM | 0Comments |


GA timmeeeee !! Aku ni terlebih rajinlah pulakkan, macam-macam GA aku join...
Maklumlah, tak busy.....
So, bila tak ada kerja, ini jelah cara untuk menghilangkan boring, dengan mengJOIN GA...
Just cuba nasib, mana tau ada rezeki ke kan... INSYAALLAH, AAMIN... 
Tanpa membuang masa, aku nak penuhi syarat-syarat yang adik ni berikan... hihihihihiii....

--------------------------------------------------------------------------------------------------
 PENGALAMAN ANDA SEMASA MENGEDIT BLOG

BLOG ni adalah sesuatu laman sosial yang dah ramai sangat orang tau dan dah ramai yang famous sebenarnya... Tapi, kita nak berblog ni bukan sebab nak kejarkan POPULARITI, tapi, berkongsi pendapat,cerita dan juga berkongsi cara-cara nak edit blog ni bagi nampak kemas,cantik dan menarik... Bila cerita pasal edit blog ni, bermacam-macam pengalaman yang dapat kita ceritakan... Sebelum kita ada blog, pasti kita akan kata "SENANG JE NAK EDIT BLOG NI,BUKAN SUSAH MANA PUN'... Tapi, bila kita dah ada akaun BLOG ni, barulah kita tau erti susah tu, MEMENINGKAN KEPALA, BLUR, TENSION, adakala tu kita sampai hampir BERPUTUS ASA... Semangat untuk berblog tu kene lah kuat... Dengan adanya blog-blog yang ada TUTORIAL ni seperti Lyssa FaizureenHafizzy Aziz a.k.a Apit dan banyak lagi blogger yang ada buat tutorial ni, mereka dapat membantu kita dalam mencantikkan blog serta bagi blog nampak kemas.... Aku banyak belajar edit blog ni daripada tutorial Lyssa dan Apit... Alhamdulillah, ni je yang mampu aku buat untuk blog aku ni... Memang tak dinafikan, memang susah sangat untuk faham kod-kod yang ada dalam blog ni... Sampaikan DEMAM pun aku sanggup hadap laptop ni, semata-mata untuk belajar edit blog.... 

 TENTANG KELUARGA ANDA

ALLAH ciptakan semua manusia yang ada di muka bumi ini dengan sebuah keluarga... Masing-masing pasti ada cerita yang menarik tentang keluarga mereka.... Bagi aku, keluaraga amat penting dalam sebuah kehidupan... Kalau kita ada masalah, kita boleh kongsi dengan mereka semua dan minta pendapat mereka... Keluarga aku biasa-biasa, just sederhana je... Mak dan ayah aku pesan "biar kita hidup bersederhana, janji kita ada keluarga yang bahagia".... Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada.... Aku ada 7orang adik-beradik, tapi, seorang dah meninggal... So,tinggal 6orang je lah... Aku ada 4orang kakak dan 2orang abang, kakak-kakak aku semua dah berkahwin dan dah ada anak, abang aku bulan 11 pada tahun ni, dia akan menamatkan zaman bujangnya... Anak buah aku pula ada 14orang.... Sekarang ni tinggal aku seorang je yang belum kahwin... Bila aku terkenangkan arwah abang, aku akan menangis sorang-sorang, tengok gambar dia... Kehilangan orang yang kita sayang, memang sukar untuk kita lupakan... Lagi-lagi bila dia darah daging kita... Susah untuk cari pengganti, sebab semua yang aku kenal sebagai ABANG, tak sama dengan abang kandung aku.... Dah 8tahun dia meninggalkan kami semua, terasa macam sekejap je... Rindu sangat dekat dia.... Aku sentiasa mendoakan supaya rohnya tenang disana.... Walaupun jauh dimata, tapi, dia sentiasa dekat dihati... Satu hari nanti, kita pasti akan bertemu jua, disana nanti.... :')

NOTA JARI : Kepada owner yang buat GA ni, sorry ye dik, akak terFEELING labih pulak... Kapada korang-korang semua yang sudi baca entry GA aku kali ni, apa lagi, jom lah join sekali... Hadiahnya ada LOMO CAMERA , CAMERA CANON , IPAD , OWL SLING BAG , SILICONE WATCH , SAMSUNG GALAXY S III , NECKLACE , EARING , SHAWL , TOPUP RM20 , FELT NAME . Haaaa... menarikkan... JOM JOIN !! Tarikh tutup 22/11/2012.... 

No comments: