♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: October 2012

SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!

eyka | 5:48 PM | 27Comments |


Aaaaiiiissshhh ! Petang-petang ni tengah syok-syok online, BLACKOUT pullaaakkk kat area rumah aku ni...
Kepanasan melanda diri... Tapi, hati tetap sejjjuukkk.. Alhamdulillah.... hiihihhhiihihi...
Walaupun tak ada ELEKTRIK, aku still nak join SEGMEN jugakk....
Tengah semangat niiii... 

Jom bloggers, join segmen yang dianjurkan oleh ain....
Just KLIK je banner kat atas tu okay....
Ada hadiah tau...
Antara hadiah yang ain janjikan ialah :

2 pemenang - Top up RM 5.
20 pemenang - Bloglist di sidebar Ain selama sebulan.
10 pemenang - Blog review.

Tag :

Dosa dibawah pohon larangan

eyka | 10:49 PM | 2Comments |

Kata orang, api yang marak bermula dengan api yang kecil. Sekecil-kecil api, jika tidak dipadamkan secepat mungkin, akan membesar tanpa disedari. Ketika kecil, api itu amat mengasyikkan. Namun, apabila besar menjadi lawan.
Begitu juga dengan dosa kita. Setiap dosa yang besar bermula dengan dosa yang kecil. Dosa kecil yang tidak disesali dengan taubat nasuha akan meninggalkan titik hitam di dalam hati. Kemudian jika dibiarkan lagi akan memenuhi seluruh hati berkenaan.
Kita seringkali menganggap ringan dengan setiap dosa-dosa kecil, malah hanya memandang dengan sebelah mata sahaja. Seolah-olah tiada apa yang harus dibimbangkan. sebaliknya, tanpa kita sedari dengan dosa-dosa kecil ini, semakin dibiarkan lama semakin membarah dosa itu sehingga boleh menutupi keseluruhan hati yang asalnya suci hingga dicemari dengan titik-titik noda hitam. semakin hari, semakin bertambah tanpa penyesalan kemudian memungkinkan pula untuk melakukan dosa-dosa besar. Tidak mustahil kan? Mengapakah ia terjadi? adakah ia disebabkan hati yang sudah kabur? gelap? semakin dianggap kecil dosa itu, semakin menjadi besar dosa dihadapan ALLAH S.W.T.
Firman-NYA yang bermaksud : “Sebenarnya,(ayat-ayat KAMI tiada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa) disebabkan (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”  -Surah al-Mutaffifin;14
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud: “Ketika seorang mukmin berbuat satu dosa, dosa itu menjadi titik noda hitam pada hatinya. jika ia menyesalinya (memohon keampunan), hilanglah noda itu. Jika ia tidak menyesali, maka noda itu akan membesar dan membesar sehingga menutupi seluruh hatinya.”
Apabila terlalu hitam dan kerasnya hati, kita akan sukar untuk memuhasabah diri sendiri. Gagal memahami sebarang perubahan yang berlaku kepada diri secara rohani dan jasmani. Sedangkan ALLAH S.W.T berfirman di dalam Surah an-Nisaa’, ayat 31 yang bermaksud: “Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, KAMI akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).”
Setiap mukmin tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa. Pasti ada yang dilakukan. Bezanya adalah ia dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Manusia pertama yang tercipta,Nabi Adam dan Hawa sendiri terbabit dalam noda dosa. Dosa yang telah menyebabkan kedua-duanya dihukum oleh ALLAH S.W.T dan kemudiannya dicampakkan kedua-duanya ke bumi dan lebih dasyat lagi mereka dipisahkan.
Sejarah kedua-dua insan mulia ini bermula selepas mereka diciptakan oleh Yang Maha Esa.Nabi Adam dan Hawa hidup senang-lenang di dalam syurga. Kehidupan di syurga adalah abadi kekal selamanya.
Semasa di dalam syurga, Nabi Adam sangat menginginkan kehidupan yang abadi dan itulah yang membuatnya diperdaya oleh iblis. Baginda dihasut supaya memakan buah daripada pohon larangan yang kononnya boleh membuatkan Nabi Adam menjadi penghuni abadi di dalam Syurga. Begitu hebatnya hasutan Iblis yang mahu menyesatkan kita.
Sehingga sekarang keturunan Nabi Adam juga akan mendekati pohon larangan di dalam dunia kerana menyangkakan ia akan membuat mereka hidup kekal di dalam dunia. Pohon larangan yang dimaksudkan di dalam dunia ini adalah hawa dan nafsu.
orang yang merasai buah dari pohon hawa dan nafsu akan merasakan dunia ini bagaikansyurga yang kekal abadi. Timbullah keasyikkan kepada Dunia dan lalailah mereka di dalam arus keseronokkan. Dek kelekaan itulah manusia dijajah iblis! bersorakkan iblis melihatgenerasi Nabi Adam yang leka dengan keasyikkan nikmat keduniaan.
Ketika sedang asyik di dalam kelekaan dan kekuasaan iblis, jatuhlah kemurkaan Allah S.W.T keatas hamba-NYA. Maka hancurlah syurga dunia mereka. Lenyaplah khayalan mereka tentang keabadian dunia dan kelazatan hawa nafsu. Tahulah mereka bahawa hawa nafsu ini merupakan pohon larangan yang membuatkan mereka lupa kepada perintah ALLAH S.W.T.
Credit to : Hasnul Hadi Ahmad

Hadiah GA from DIERA TEKIKUSHIKA

eyka | 9:44 PM | 1Comments |

Salam bloggers... Malam ni mood tak berapa nak ceria...
Sedddiihhhh sangat-sangat bila mengenangkan si Dia yang baru je excident...
Tak dapat nak turun MELAKA, just dapat tengok gambar dia je... 
Kaki dia patah, tengok dalam gambar tu, kaki nye kene masuk besi... 
Pppperrgghhhhhhh !! Teruk sangat-sangat.... :'(

Okay, korang janganlah sedih juga yeeee....
Now, aku nak bagitau kat korang yang blog aku ni tersenarai dalam list pemenang GA yang dianjurkan oleh Feroz Othman dan rakan seperjuangan nya... ihhhihihi...
Memang teruja, terkejut, terharu dan segala tteerrrrrr lah, bila blog aku tersenarai dalam list tuuuu...



Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat hadiah COTTON SHAWL daripada Diera Tekikushika... 
Nampak tak betapa bertuah nya blog aku ni...
Tak pernah-pernah menang GA, buat julung-julung kali ni, first time aku menang GA....
Thanks Diera, thanks Feroz.....
Teruja sampai tak terkata....
Daaaannnnnnnnnnnnnnn, hadiahnya telah pun diera pos kan ke alamt rumah aku....
Kat jalan bla-bla-bla.... hahahhaha... SECRETTTTT !


Tttttaaaaaaaaaaaadddddddddddddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........
Ini bukti bahawasanya COTTON SHAWL tu dah sampai kat rumah aku...
Nak tengok macam mana shawl tu....
Memang cantik sangat-sangat.....
Diera bagi shawl tu mengikut citarasa aku...
Shawl tu panjang, so, maknanya kalau pakai confirm labuh...
I LIKEEEE !
Then, warnanya memang colourful....
Aku memang suka warna tu....


Inilah SHAWL yang aku maksudkan tu...
Colour PURPLE, PINK, BLUE and GREY...
Macam-macam colour ada disitu...
Semuanya colour yang memang aku minat sangat-sangat...
I LOVE PINK and PURPLE....
Hihhihiihihiii.... Pencinta warna-warna yang lembut ni....
Hope lepas ni kalau ada GA, korang invite lah aku yeee...
Aku ni kalau dah rajin join benda-benda ni aku akan join...
Bukan baru sekali ni aku join, sebelum ni dah banyak juga join GA, CONTEST dan apa-apa jeee...
Tapi, aku tak menang, tak ada rezeki....
Aku cuba lain-lain GA pulak, dan inilah hasilnya....
ALHAMDULILLAH....
Usaha tu tangga kejayaan right ??

NOTA JARI : Sorry sebab gambar tak berapa nak clear, maklumlah snap pakai handphone je... hihihihihi... BYEEEE... Good nite guys.... :')

Tangkap Follower !! (Part 2)

eyka | 1:09 PM | 4Comments |
Salam Jumaat kepada semua kaum muslimin dan muslimat...
Kepada kaum ADAM, jangan lupa pergi solat yeee....
Hari ni JUMAAT yang pertama di bulan ZULHIJJAH...
Semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh ALLAH dan juga dirahmati oleh NYA...
Petang ni, aku nak story about TANGKAP FOLLOWER untuk kali yang kedua....
Hoohoohohoho.... Kali kedua tuuuu... Sama juga macam pertama, ramai yang dah kene tangkap dengan aku....
Bila dah kene tangkap tu, 'diam tak perlu kata apa-apa'....
Hahahahhaa, suka suki aku je nak ubah lirik.... 
Walaupun diam, kene lah jejak-jejak kan jari-jari tu kat blog aku yang serba sederhana ni....

Before ni, aku ada story pasal ni juga kan, tapi, tu part 1...
Bagi yang tak baca lagi tu, jom INTAI SINI....
Kali ni, aku nak continue follow blog-blog yang join SEGMEN NABILA tu...
Group terlalu banyak, tapi, ALHAMDULILLAH, aku dah berjaya follow semua yang terlibat dalam SEGMEN tu....
Meh sini, aku bagi tengok group-group tersebut....





Haaaaaaaaaaaaa, banyak tak blog yang aku follow....
Nampak tak betapa semangatnya aku follow mereka-mereka ni....
Hiihhihiihhiii, aku semangat sebab masa tu, aku tengah rajin gila nak follow semua...
Line pun tengah LAJJJUUUUU.... Tu yang cepat-cepat aku follow semua blog....
Tapi, dalam pada masa aku follow blog-blog ni, ada lah juga blog yang mematahkan semangat aku untuk follow blog mereka....
Contohnya :





Yang gambar first tu, aku tengah syok-syok masuk blog diaorang, tapi, benda alah tu pulak yang muncul...
Tak perlu kot nak DELETE entry SEGMEN tu....
Sebab, nanti orang nak tinggalkan COMMENT, dah tak boleh....
Gambar yang kedua tu pula, ada security kod before kita FOLLOW orang tu....
Kalau sekali SUBMIT terus boleh FOLLOW tak apalah jugak...
Aku still boleh accept lagi....
Tapi, ni nak dekat SEPULUH kali aku SUBMIT, tak boleh jugak nak FOLLOW....
So, jawapannya, tak dapat den nak FOLLOW ekau punyo blog....
Gambar yang ketiga tu pulak, aku tak tau lah sama ada dia PRIVATE blog tu or dia dah DELETE blog tu....
Banyak kali jugak aku try masuk, tetap benda yang sama keluar....
TTENNSSIIOONNN cekkk naaaa.....
Line dah lah tengah cun dan handsome, tapi, korang punya blog pulak buat hal....
Next time, kalau aku ada join segmen lagi, hope perkara-perkara ni tak berlaku lagi....

NOTA JARI : Aku bukan nak judge blog-blog tersebut, tapi, aku just nak share masalah-masalah yang ada kat dalam blog ni.... Aku punya blog pun maybe ada masalah juga before atau sekarang ni, tapi, aku akan cuba untuk memperbaiki blog ni supaya jadi lebih baik.... OKAY... byyeeee...

Kelebihan Bulan Zulhijjah

eyka | 6:09 PM | 3Comments |

Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram. 

Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR Al-Baihaqi)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) ? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)


Credit to : Lenggang Kangkung

Badak dan Monyet (LAWAK)

eyka | 9:07 PM | 1Comments |

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seekor jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe. 
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe 
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu.. 
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".

Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

Jin tu pun kelipkan mata, bling....

Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

Perbincangan antara DUA GENIUS ! (LAWAK)

eyka | 12:02 AM | 4Comments |

Perbincangan Antara 2 Genius! 
Mengisahkan 2 sahabat.. sorg SAM sorg DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh 
bawa maut? 

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah 
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

=================================== 

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? 

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit 

=================================== 

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? 
Mana kau tau dia mati lemas? 

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati 
dalam air! 

=================================== 

SAM: Semalam aku nampak hantu! 

DOL: Uih! kau terkejut tak? 

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. 

DOL: Mana kau tahu? 

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer.... 

=================================== 

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin? 

DOL: Gula dah habis! 

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal? 

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

=================================== 

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light 
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. 

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, 
api rumah aku dah kena potong!

=================================== 

SAM: Aku ada AIDS? mana ada... 

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada 
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau 
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu... 

=================================== 

SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! 

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak 
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

=================================== 

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang 
merompak kedai kita. 

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang 
signboard "SILA DATANG LAGI"

credit to : Lawak !

Tangkap FOLLOWER !! (Part 1)

eyka | 12:56 PM | 10Comments |
Hhhooollllllllllaaaaa, Selamat Petang guys....
Selamat menjamu selera, makan tu slow-slow, jangan sampai tercekik pulak yeee... hihihhihii...
Walaupun line memang SLOW, tapi, aku merajinkan diri juga untuk update blog ni sebbbbaaaabbbbbbbbbb aku baru je lepas follow blogger-blogger daripada segmen yang aku join minggu lepas...
Nak tau segmen apa ?? Apa lagi, TERJAH SINI laaaaaaaahhhhh....

Sambutan memang HANGAT, ramai jugak blogger yang baru....
Dalam segmen ni, Nabila bahagikan blogger-blogger semua, masukkan dalam satu GROUP....
Haaaaaaaaa, bila dah ada group, senang sikit nak follow kan.... 
Kesemua sekali ada 20 group.... Banyaaaakkkkkk ttuuuuuuuuuuuuuuu... !!
Korang mesti nak tau kan aku group yang ke berapa....
Hiihhihihiihihii.... Maaaaallllluuuuuuuuuuu nye nak bagitau.... (ok ! gedik kejap!)
Aku group yang ke 19.... hahahhaha.... Bukan main jauh lagi kan? !
Sebab aku join dah lambat, tu pun aku tau sebab ada orang invite kat aku....
Kalau tak ada yang invite, aku tak tau dan tak join kot....
Lupa pulak siapa yang invite tu.... THANKS kepada awak yang invite saya tu... hhiihhiihii...

Anyway, disebabkan terlalu banyak yang perlu aku follow, so, aku baru dapat folllow 10group je.... 
Lagi 10group tu, korang jangan risau, aku akan follow esok-esok.... Kalau aku free... hihihihhii....
Gambar dibawah sebagai BUKTI yang aku dah follow korang-korang semua....
Aku PRINTSCREEN lagi tau.... huuhhuhuuhu.... 




NOTA JARI : Sorry kalau korang tak nampak LINK korang... Aku PRINTSCREEN terkecik pulak... hahhaha... Anyway, next time, i will follow 10group yang lain okay.... Bagi yang aku dah follow dan aku dah terjah tu, apalagi, jemput-jemput lah singgah ke blog aku yang tak seberapa CUTE ni..... OKAY... BYEEEEEEE......

Cium Pipi Ayah sebelum ciuman terakhir

eyka | 3:50 PM | 7Comments |
Aku dapat cerita ini daripada kakak aku.... 
Dia selalu emailkan dekat aku cerita-cerita yang menarik...
Kisah ini yang amat menyedihkan dan menyayat hati...
Jom kita baca kisah tersebut.... 
Semoga bermanfaat untuk kita semua...


Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.

Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman.

Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....

sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan.
Waktu tu abah dah sihat...dah selera makan.

Pastu...

abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer.
Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku,sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.

Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan.

Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....

pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...

aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...

aku dan abang mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.
Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim....
Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....seringkali tidur di peha.

Kelmarin,
aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya .
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....
abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi
aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah catat Kak Se keguguran... ..

Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye.
Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir... aku...bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"...

abah gariskan perkataan ingat kubur....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka.
Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama.
Kini semuanya tiada.


YaALLAH....

aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. ..
abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek...
pastu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....
terlebih tandanya seorang yang pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....


Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari.
Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....


YaAllah...

sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...

"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,

kita yang hidup akan pergi juga....

Lelaki berat tanggungjawabnya. ...

suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .

isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..
Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar.....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.

Tunjukkan...

Segmen : Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

eyka | 9:51 PM | 28Comments |


JUMLAH FOLLOWER :

Tag :