♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Perbincangan antara DUA GENIUS ! (LAWAK)

Perbincangan antara DUA GENIUS ! (LAWAK)

eyka | 12:02 AM | 4Comments |

Perbincangan Antara 2 Genius! 
Mengisahkan 2 sahabat.. sorg SAM sorg DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh 
bawa maut? 

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah 
minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

=================================== 

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu? 

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 
ringgit. Kata kedai 2 Ringgit 

=================================== 

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? 
Mana kau tau dia mati lemas? 

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati 
dalam air! 

=================================== 

SAM: Semalam aku nampak hantu! 

DOL: Uih! kau terkejut tak? 

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku. 

DOL: Mana kau tahu? 

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer.... 

=================================== 

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin? 

DOL: Gula dah habis! 

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal? 

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

=================================== 

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light 
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. 

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, 
api rumah aku dah kena potong!

=================================== 

SAM: Aku ada AIDS? mana ada... 

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada 
aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau 
orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu... 

=================================== 

SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk! 

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak 
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

=================================== 

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang 
merompak kedai kita. 

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang 
signboard "SILA DATANG LAGI"

credit to : Lawak !

4 comments:

maszull said...

assalamualaikum....lawak nyer...:)

p/s mama suka sangat dengar lagu ni...

cweet pinky said...

wakakaka !! lawak gilerr , heheh , CP mintak share kt FB aw :D

eyka said...

@maszull lagu favourite kita lah mama... hihihhiih... :D

eyka said...

@cweet pinky boleh je CP... mesti ramai yg LIKE... hihihii... :D