♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Antara DUIT dan KAWAN,mana yang penting ??

Antara DUIT dan KAWAN,mana yang penting ??

eyka | 10:31 PM | 3Comments |
Topik yang aku nak kupaskan malam ni berkaitan dengan KAWAN....
Didalam dunia yang serba canggih ni, dengan alat komunikasi yang semakin canggih, sentuh je, terus boleh call, boleh mesej... 
Senang cerita, SEMUANYA DIHUJUNG JARI ANDA.... HAHAHA!
Sehinggakan ada setengah manusia dimuka bumi ini, nak berkawan pun kene pilih dulu...
Diaorang nak pilih kawan yang sama LEVEL dengan diaorang jugakkk...
Kalau yang tak sama LEVEL, mulalah kene BASH, kene HINA!
Zaman sekarang ni, susah nak jumpa kawan yang boleh sehidup semati dengan kita..
Kebanyakannya jenis yang suka TIKAM BELAKANG atau KAWAN MAKAN KAWAN...
Semua orang yang berada disekeliling kita ni, boleh mengaku yang kita ni kawan dia dunia dan akhirat....
Tapi, jangan mudah percaya dengan begitu jeee...
Kita kene siasat dulu latar belakang someone tu sebelum kita berkawan dengan dia...
Bukannya kita tak percaya dengan dia, tapi, kita cuma nak pastikan sahaja bahawa dia memang benar-benar ikhlas nak berkawan dengan kita....
Sebab, ada orang yang nak berkawan dengan kita hanya kerana kita ni berDUIT...
Dan ada juga yang nak berkawan dengan kita sebab kita boleh buat dia HAPPY, sentiasa beri dia NASIHAT yang bernas...

Sekarang ni, dah ada bermacam-macam jenis kawan...
Masa SENANG, kawan penuh keliling pinggang...
Tapi, masa SUSAH, batang hidung kawan yang selalu dengan kita tu pun, kita tak nampak...
Walaupun kita dah berkawan dengan dia lama macam mana pun, kalau dia berkawan dengan kita tak ikhlas, nilai persahabatan tu pasti akan terputus bila-bila masa jeee...
Nak berkawan, tak perlulah pilih yang berduit atau yang tak berduit...
Kita semua manusia yang sama, yang telah diciptakan oleh ALLAH....
Kita hidup kat bumi ni pun hanya menumpang je, semua yang ada kat muka bumi ni, adalah milik ALLAH, bukan milik kita selamanya...
So, bila dah nama pun pinjam, kita tak perlulah nak jadi terlalu SOMBONG dengan KEKAYAAN yang bukan jadi hak milik kita selamanya...
Kita hanya perlu bersederhana sahaja...

Nak berkawan pun kene ada adab jugak...
Kita kene jaga hati orang, itu yang paling penting sekali...
Bila kita cakap main lepas je, tak tapis-tapis, esok lusa, kau takkan ada kawan lagi tauuu...
Sebab kau cakap ikut sedap je...
Jangan sebab duit banyak, kita bajet KAYA, then, kita pun boleh buat suka hati kita sampai cakap pun tak berlapik....
Kawan tak boleh DIJUAL BELI tttaaaauuu !!
Kita jugak tak perlulah nak cakap besar dan tak perlu nak bermegah-megah dengan kekayaan yang kita ada...
Kita sebagai seorang sahabat, kita kene fikir hati dan perasaan kawan tersebut....

Nilai seorang kawan bukan terletak pada DUIT, tapi, nilai seorang kawan itu terletak pada HATI yang tulus dan ikhlas...
Bila kawan kita memerlukan pertolongan kita semasa dia susah, kita perlulah menolong dia...
Tak kira waktu susah atau senang, kita perlu sentiasa berada disamping dia...
Itu barulah yang dinamakan SAHABAT SEJATI DUNIA AKHIRAT....
Kita doakan yang baik-baik untuk orang, orang tu juga akan doakan yang baik-baik untuk kita... 
Insyaallah, kalau kita ikhlas berkawan dengan orang tu, kita akan mendapat ganjarannya dari ALLAH...
Walaupun kita tak dapat ganjaran didunia, tapi, kita akan mendapat ganjaran diakhirat kelak...
INSYAALLAH.... 

NOTA JARI : Duit boleh dicari, tapi, kawan yang sejati, susah nak dapat ganti.... 

3 comments:

✿A I N A A✿ said...

teman lah yg akn membawa kita ke syurga kelak.. kekayaan tidak mnjaminkan kebhgian di akhirat kelak... semoga kita mnjadi sahabat yg baik untuk kwn2 kita

Al-Azrul Iqmim said...

hrap flw blk :) http://mimque.blogspot.com/

LaLa mhdnor said...

kawan sejati susah nak cari, duit pun susah nak cari :P hehehe