♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: What??!! Tak tau Follower Widget tu apa??!!

What??!! Tak tau Follower Widget tu apa??!!

eyka | 9:03 PM | 4Comments |
Bila dah menjadi warga blogger, mestilah kita tau serba serbi tentang blogkan...
Tak tau banyak pun, tau sedikit tentang blog pun jadilah...
Jangan sampai tak tau langsung dah lah...
Kita buat blog ni perlu ada tujuan yang utama...
Ada setengah orang buat blog untuk berkongsi ILMU, ada setengah lagi buat blog untuk SHARE cerita tentang kehidupan masing-masing dan ada juga yang nak SHARE TIPS-TIPS kepada para pembaca...
Tak kisahlah apa jua cara penyampaiannya, yang penting sekali, kita perlu tau BASIC dalam blog ni...

Firstly, kita kena belajar serba sedikit mengenai blog ni dengan para blogger yang hebat dan telah lama berkecimpung dalam DUNIA BLOG ni...
Seperti Lyssa FaizureenHaffizy Aziz/ApitBen AshaariYuyu ZulaikhaMyra VeaFatin Liyana dan ramai lagi....
Mereka semua telah menyediakan TUTORIAL dan juga TIPS-TIPS untuk para pembaca terutama sekali untuk para blogger yang baru buat blog....
Banyak manfaatnya jika kita baca tips-tips mereka ni...
Kita juga bolehlah meningkatkan daya ingatan kita dalam dunia yang serba canggih sekarang ni...

Entry aku kali ni, ada kena mengena dengan blog sebenarnya...
Aku punya blog pun taklah HEBAT mana, blog aku just simple je, ALHAMDULILLAH, blog ni pun masih boleh berfungsi lagi dengan baik....

Hari tu, ada seorang blogger NEWBIE tanya kat aku, macam mana nak masukkan FOLLOWER WIDGET dalam BLOGSKIN...
Aku terus teranglah ye, aku tak pandai langsung edit blog yang menggunakan BLOGSKIN... HAHA!
Sebabnya, blogskin tu kena pandai main kod...
Aku ni kalau template biasa tu, bolehlah lagi aku tolong editkan, tapi, kalau blogskin, SORRY BEB !!
So,aku pun bagitaulah budak ni yang aku tak boleh editkan blog dia...
Aku pun tanyalah kat dia before ni siapa yang editkan blog dia...
Dia cakap kawan dia tolong editkan, tapi, kawan dia tu pun tak tau apa itu FOLLOWER WIDGET...
Walaupun aku baru setahun menjejakkan jari jemari aku dalam dunia taip-menaip ni, tapi, baru first time aku dengar ada blogger tak tau apa itu FOLLOWER WIDGET !!
Nak cakap blogger ni seorang NEWBIE, tak jugak...
Blogger ni siap boleh editkan blog orang lagi tauuu...
Cara dia edit tu memang cantik dan kemas, gaya macam dah lama dalam dunia blog ni...
(Blog aku pun tak cantik macam yang dia edit! HAHAHA!)
Tapi sayang seribu kali sayang, dia tak tau apa itu follower widget...

Inilah FOLLOWER WIDGET sayaaannnggg!!

Sekarang ni dah banyak blogger yang buat tutorial, kita kena rajinlah BLOGWALKING ke blog mereka ni...
Kalau kita buat blog, tapi, langsung tak nak belajar mengenai blog, lebih baik tak payah buat blog.. KAN!
Nak belajar sendiri tu boleh, tapi, hang tau kah dari mana nak dapatkan sidebar yang kiut miut, cara nak buat header yang gempakkkk, dan lain-lain lagi...
Aku sendiri pun belajar buat blog dari tutorial blog diaorang jugak...
Nak cakap seratus peratus belajar sendiri tu tak adalah !!
Permulaan yang awal, kita perlu ada guru, belajar serba sedikit, bila dah PRO, tak nak tengok tutorial pun tak apa....
Hang nak buat ikut suka hang pun tak apa....
Follower widget tu penting untuk blog, itu memudahkan para pengunjung follow blog korang...
Tak ada lah blogger lain kelam kabut nak cari button follow...

NOTA JARI : ILMU itu perlu dicari dan dipelajari, ia tidak datang bergolek-golek dengan sendirinya depan kita... PLEASE TAKE A NOTE newbie!! Pppsssttt! Aku update blog ni sambil tengok bola, so, kalau ada ayat yang terabur tu, sorry lah yeee!! Agak emo sikit tengok Gajah Putih ni main bolaaa... Kang kalau Harimau dah mengganas, tau lah nasibnya... Gggggrrrr!! Aaaauuuummmm!! Aaaauuummmm!!

4 comments:

Cik Comey said...

hai eyka...

ni harimau yang mengganas, atau eyka yang tengah mengamuk masa tulis entry ni?? hiihii..

few months x datang singgah sini.. dah berwajah baru la... Header dah xde vespa...hiihii..

✿A I N A A✿ said...

boleh ye update blog smbil tgok bola.. ena tak berani, takut, lappy2 ni sekali ena campak.. hahahah..

btw, ena pun tak reti guna blogskin ni, ramai juga tnya ena mcm mana nk masukkan follower widget tu dlm blogskin.. serius xdpt nk bantu.. huhu

najwa atiqah said...

wah..panday aja akak gunakan ayt ya?!haha..ajarkan adek ye dlm selok belok blog nieyh...

Dunia Wilma said...

Setuju 100%...
Kalau hendak serius dalam dunia blogging, kena tahu serba sedikit tentang dunia blog...
Plus, rajin-rajinkanlah belajar dari otai2 bloggers ^_^
Wilma pun masih baru dan masih dalam proses pembelajaran...