♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: 2013

Kisah Menarik : Al-Hin - Makhluk Sebelum Nabi Adam A.S

eyka | 1:22 PM | 3Comments |

*Gambar hanya sekadar hiasan

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.
Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.
Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..
Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..
Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..
Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...
Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..
Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...
Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?
Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.
Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?
Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?
Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..
Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..
Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.
Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?
Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....
Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?
Pesakit: Agama Monoteisme
Saya: Agama apa tu..?
Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?
*Terkena jugak RIDAM..
Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....
*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...
Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari
*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..
Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?
Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..
Saya: Ceritakan...aku nak tahu..
Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..
Kemudian dia menangis teresak-esak..
Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....
Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..
Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?
Seraya itu dia mengangguk..
Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....
Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..
Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...
Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?
Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...
Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?
Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..
Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?
Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..
Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?
Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...
Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..
Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..
Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?
Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?
Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...
Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...
Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56
Maksudnya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.. 

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?
Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...
Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?
Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..
Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..
Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?
Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?
Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?
Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?
Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?
Saya: Aah...kenapa?
Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...
Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..
Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...
Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?
Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..
Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..
Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..
Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?
Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?
Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...
Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?
Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..
Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..
3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..
Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

*Gambar hanya sekadar hiasan

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....
Sekian..

- Fakul innamal ghaibulillah.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

NOTA JARI : Wallahua'lam.. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang lebih mengetahuinya.. Aku dapat cerita ni daripada Email.. Dikesempatan ini juga, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.. :)

Where are you Eyka??

eyka | 12:53 PM | 2Comments |


Hhhoollllaaaaaa... Salam Ceria... 
Salam 14 Ramadhan 1434Hijrah...
Fffffuuuhhh.. Dah lama jugak rasanya tak update blog ni... 
Last aku update pada 26/6, BACA SINI...
Dah naik berlumut dah blog ni...  Huuhhuuhuhu...
Nak kene cat baru ni, agak-agak warna apa ye?? Hiihihhihiihihi.. 
Jeeeennnggg.. Jjjeeeenngggg... Jjjjeeeennnggg! 
STOP IT!



Okay, aku nak mohon maaf sebab aku dah lama sangat tak update blog ni..
Maaf kepada warga blogger yang dah jadi follower aku paling setia...
Walaupun aku tak berupdate, tapi, masih lagi ada yang sudi TERJAH blog aku ni dan baca benda yang sama...
Ribuan TERIMA KASIH kepada anda, anda, anda dan anda juga...
Eeehh! Berapa banyak anda ni?? HAHAHAH!
Ni nak kene buat PENGHARGAAN ni kepada follower yang selalu berkunjung ke blog aku...
Kene bagi HADIAH special edition punya kat mereka...
Nanti aku cek lah, siapa yang paling setia tu... Hihihihihiihhii...

Gambar sebelum bulan Ramadhan... HARAP MAKLUM... Hihihihihii...

Pertengahan tahun ni aku agak sibuk sikit dengan urusan kerja...
Turun naik dari JB ke KL, KL ke JB... 
Alhamdulillah, iu semua rezeki... Thanks ALLAH...
Seriously, nak update blog pun tak sempat..
Kat HATI ni memang SEDETIK LEBIH nak update blog, tapi, tak berkesempatan untuk update..
Huhuuhhuhuhuu... Dapat rehat Sabtu Ahad pun, aku tak sempat nak meng-UPDATE...
Sebab, berbuka puasa dekat luar dengan family, Shopping barang-barang Raya...
Nak cat bilik pun tak cat lagi ni... Huhuhuhuhuhu...


NOTA JARI : Nanti aku akan fikirkan HADIAH apa yang perlu aku bagi dekat FOLLOWER yang setia tu... Sekarang ni tak sempat nak cek... Ni pun UPDATE sebab tengah rehat.. Hiihihhii.. Curi-curi masa sikit... Nanti aku ada masa lagi, aku akan UPDATE okay! Bbbyyyyeeee! THANKS TO ALL MY FOLLOWERS !!

Kisah Benar : Wanita terselamat dari dirogol kerana amalannya membaca ayat Kursi

eyka | 10:58 AM | 5Comments |

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan.Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

RENUNGAN :

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.
Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam, InsyaAllah.
Wallahu’alam….


Credit to : Kisah Seorang Pengembara Jalanan

Beg clutch Chanel berbentuk Lego

eyka | 11:34 PM | 1Comments |

Siapa sangka pereka terkemuka Karl Lagerfeld bekerjasama dengan syarikat permainan terbesar dunia Lego untuk menghasilkan beg clutch Chanel.


Inspirasi Lagerfeld untuk musim bunga Chanel supremo 2013 ini semestinya dapat mengembalikan memori zaman kanak-kanak. 

Lagerfeld telah mereka beg clutch plastik Chanel berbentuk Lego pelbagai warna iaitu hijau, kuning, pink dan biru yang mempunyai logo Chanel pada beg tersebut. Bentuk geometri dan konsep dinamik beg clutch ini sangat berbeza dengan rekaan beg Chanel yang sebelumnya. 

Beg yang diperbuat daripada Plexiglas ini berharga AS$5,730 atau lebih dari RM25,000 setiap satu dan dijual dengan harga SGD3,500 di Singapura. Selebriti pertama yang mempamerkan beg ini di laman sosial Instagram adalah Kim Kardashian. 

Pujian boleh diberikan kepada Karl kerana mampu memberi inspirasi kepada dunia dengan mencipta aksesori yang menarik dan tidak malu untuk mengetengahkan idea kreatifnya dalam mencipta koleksi begnya.

Kemeriahan di Padang Merbok Semalam

eyka | 9:40 PM | 0Comments |

Lebih kurang 300 orang mahasiswa dan anak muda berada di sini semenjak perhimpunan semalam - dihadiri oleh puluhan ribu orang yang percaya terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 dan mahukan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakan jawatan.
Mereka yang berkhemah telah mengisytiharkan akan bekhemah sehingga sidang Parlimen ke 13 Malaysia bermula esok.
Mereka mahukan perubahan.
Kumpulan aktivis itu termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan tetapi lebih ramai adalah anak muda yang mahukan perubahan dan melakukan aksi ke arah itu.
Ramai menemui kawan-kawan baru di sini yang mana sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain.
The Malaysia Insider bersama mereka sepanjang malam dan melihat ianya dipenuhi dengan gelak tawa, nyanyian lagu, terdapat juga tangisan anak-anak sambil menghabiskan hujung minggu yang luar biasa.
Peniaga-peniaga telah mendirikan gerai di padang menjual minuman, makanan ringan dan burger. Terdapat juga yang menjual lencana Blackout 505, t-shirt dan cenderahati lain berkenaan dengan perhimpunan itu.

Sekretariat juga menyediakan pentas untuk berucap diatas trak yang dilengkapi dengan pembesar suara. Pengumuman dibuat kepada setiap khemah untuk mengambil makanan dan minuman percuma.

Sekumpulan anak muda berkumpul bersama rakan-rakan menyanyikan lagu-lagu mengutuk SPR dengan sambil diiringi gitar.

Kereta polis melalui tempat letak kereta Padang Merbok sekali-sekala untuk memastikan keadaan terkawal tetapi tidak mengganggu.

Marshal berkawal untuk memastikan aktivis-aktivs yang berkhemah dalam keadaan baik.

Lawatan mengejut dari aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim yang singgah di Padang Merbok pada pukul 1.05 pagi disambut oleh mereka yang berkhemah dan mereka bergambar dengannya.

Haris memberitahu The Malaysian Insider beliau gembira melihat demonstran tenang dan santai.

Akan tetapi keadaan tidak tenang apabila mereka mula mendirikan khemah petang semalam. Terdapat pertengkaran diantara mereka yang mahu mendirikan khemah dengan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Padang Merbok berada di bawah seliaan DBKL dan penguatkuasanya mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang.

Ini sebabnya mengapa polis tidak bertindak terhadap sekumpulan 300 orang itu. Selagi tiada laporan polis dari DBKL, polis tidak mempunyai kuasa untuk mengusir demonstran itu.

Walau bagaimanapun, demonstran mempunyai cara mereka sendiri.

 “Mendirikan khemah bukan satu kesalahan. Ia bukan satu struktur kekal,” kata Mohd Kamil Abdul Munim, 23 pelajar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Pemerhati dari Majlis Peguam Malaysia yang berada di sini semalam melihatnya dengan berbeza akan tetapi menyokong kumpulan 300 orang itu.

“Saya mahu menggesa pihak berkuasa bertolak ansur,” kata Andrew Khoo, pengerusi bersama jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam kepada The Malaysian Insider semasa perhimpunan semalam.

 “Terdapat undang-undang berkenaan ini akan tetapi lebih baik jika mereka lebih terbuka demi demokrasi.”

Semalam kira-kira 20,000 orang berhimpun di sini berarak dari tujuh lokasi berbeza untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malam tadi, terdapat juga aktivis yang melihat video perhimpunan itu melalui telefon pintar atau tablet mereka.

Bagi yang perlu menggunakan tandas, surau berdekatan banyak membantu. Akan tetapi selepas tutup, terdapat sebuah lagi surau sejauh 1km berdekatan dengan Tugu Negara. Terdapat yang berjalan ke surau itu untuk mandi sambil tuala digantungkan di tiang rugbi.

Lebih kurang jam 2.00 pagi, kebanyakkan aktivis mula tidur dan memadamkan lampu generator. Bulan menemani mereka sehingga fajar pagi muncul. - 23 Jun, 2013.

Subhanallah! Di Muar, IPU mencapai 750

eyka | 5:47 PM | 0Comments |


Muar telah diisytihar darurat pagi ini selepas Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap setinggi 750 sementara dua bandar di Melaka dicatatkan pada bacaan 300.
Bacaan IPU tertinggi di Malaysia adalah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata hari ini kedaan jerebu di tiga bandar telah mencapai tahap berbahaya.
Dua lagi bandar adalah Bukit Rambai pada 357 dan Bandaraya Melaka pada 364.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Halimah Hassan pagi ini telah meminta pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat di Muar hari ini.
MKN dijangka akan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk tinggal dalam rumah dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri terus ditutup.
Palanivel juga berkata, MKN akan mengadakan pembenihan awam serta merta untuk memastikan hujan membersihkan asap yang datang melalui Selat Melaka itu.
Bacaan IPU di bandar-bandar terpilih setakat pukul 8.00 pagi tadi adalah Pasir Gudang [123], Kemaman [140], Kelang [189], Balok Baru, Kuantan [137], Petaling Jaya [111], Johor Bahru [114], Shah Alam [104], Port  Dickson[168], Kota Tinggi [137] dan Banting[110]. - June 23, 2013.

NOTA JARI : Sama-sama lah kita berdoa supaya Jerebu di Malaysia ini akan berkurangan... Aamin..

Credit to : Yahoo! Malaysia

Segmen Doodle Comel by Fizgraphic

eyka | 2:01 PM | 1Comments |


1. Buat entry bertajuk Segmen Doodle Comel by Fizgraphic
2. Tempek banner atas tu dan linkkan ke entry nie.
3. Tekan SINIlogin via facebook dan tekan Vote.


4. Jangan lupa follow blog nie. :-)
5. Dalam entry sila sertakan nickmane nama dan warna baju dan tudung utk doodle.
6. Tag 2 rakan baik anda dalam blog untuk join.
7. Copy link dan hantar di ruangan komen di bawah. 
8. Tekan button share facebook di atas. 

Nama : Eyka
Warna baju : Turquoise
Warna tudung : Pink

TAG :

Kata Rafizi, "Himpunan Black 505 sambut baik bantuan PDRM"

eyka | 12:42 PM | 0Comments |

Penganjur Himpunan Black 505 menyambut baik usaha pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan himpunan membantah keputusan Pilihan Raya 2013 berlangsung dengan aman, selagi tidak memusanahkan harta benda awam, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Semalam berlaku ketegangan diantara penganjur dengan pihak polis berhubung dengan perhimpunan bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 itu.

"Saya telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu penganjuran perhimpunan esok hari, selagi peserta tidak memusnahkan harta awam," katanya.

Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan turut melahirkan penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu, termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang walaupun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Kesediaan polis memberi kerjasama dan membantu penganjuran esok disahkan oleh ASP Ananthan Rajoo dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang mengakui telah menerima arahan atasan untuk membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, seketariat penganjur juga telah berbincang dengan pasukan perubatan sukarelawan untuk memperhalusi persediaan perubatan sokongan memandangkan keadaan udara yang membimbangkan.

"Saya mengambil pandangan bahawa sejumlah besar orang ramai akan tetap hadir untuk menyertai perhimpunan pada esok hari tidak kira arahan yang diberikan oleh pihak sekretariat.

"Oleh yang demikian, keutamaan utama sekretariat dan pasukan perubatan sukarela adalah untuk memastikan bantuan perubatan sokongan adalah memadai untuk berhadapan dengan sebarang masalah, termasuklah bersabit kualiti udara yang tidak baik akibat jerebu," katanya lagi.

PDRM sebelum ini berkata pihaknya akan meminta bantuan pasukan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai Pakatan Rakyat (PR) meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid pasukan polis telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya.

Dalam langkah memastikan keselamatan semasa situasi kecemasan, Rafizi berkata seketeriat dan pasukan perubatan sukarelawan dengan 55 anggota terdiri daripada doktor, jururawat dan paramedik akan ditempatkan ibu pejabat markas perubatan di Padang Merbok, manakala empat markas perubatan sokongan akan turut dibuka di sekitar laluan di Kuala Lumpur ke arah Padang Merbok, iaitu di Dataran Merdeka, Masjid Negara, Kompleks Sogo dan Dataran Maybank.

"Sebanyak empat ambulan dan lima motorsikal perubatan akan disediakan sekiranya ada keperluan untuk memindahkan pesakit terus ke hospital. Petugas bermotosikal akan memudahkan mereka bergegas ke kawasan yang memerlukan sokongan.

"Setiap markas perubatan akan dibekalkan dengan 'automated external defibrillator' atau AED bagi operasi menyelamatkan nyawa (jika diperlukan) dan ubat-ubatan/kemudahan 'drip'  bagi tujuan 'advanced life support (ALS)," katanya.

"Dengan persediaan polis dan bantuan sukarelawan perubatan, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turun berkumpul bermula dari jam 12 tengahari esok. Sila bawa sekurang-kurangnya sapu tangan dan air mineral sebagai persiapan sekiranya masalah jerebu berpanjangan," katanya. - 21 Jun, 2013.



Credit to : Yahoo! Malaysia

Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat

eyka | 8:32 AM | 1Comments |

Kebanyakan golongan wanita amat mementingkan penampilan diri mereka untuk kelihatan bergaya sepanjang masa. Namun, adakah pemilihan beg selama ini sesuai dengan imej anda? Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips memilih beg yang sesuai dengan personaliti anda.

Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah memilih beg yang sesuai dengan keadaan atau majlis yang dihadiri. Anda perlu ingat bahawa pemilihan beg yang tepat boleh membuatkan anda nampak kurus namun pilihan beg itu mestilah tepat. 


Jika anda seorang yang berbadan besar, elakkan dari membeli beg berbentuk bulat atau tidak berbentuk 'slouchy'. Gunalah beg yang mempunyai bentuk dan hindarkan membeli beg bercorak. 

Perempuan yang berbadan kurus yang ingin tampak lebih berisi bolehla menggunakan beg 'slouch', berbentuk bulat, atau beg gaya santai. Jika anda mahu kelihatan tinggi, cubalah beg yang panjang. Beg yang lebar tidak sesuai untuk wanita yang rendah. 

Beg yang mempunyai tali yang pendek sesuai digayakan oleh wanita yang mempunyai bentuk badan seperti 'buah pear'. Satchels dan bowler merupakan pilihan yang tepat untuk mereka. Selain itu, beg yang bertali panjang amat sesuai digayakan oleh bertubuh besar di bahagian atas. 


Ramai yang menyangka beg yang sepadan dengan baju yang dipakai merupakan pilihan terbaik namun elakkan daripada mengenakan beg yang mempunyai corak dan warna yang sama dengan pakaian anda. 

Jika anda berpakaian formal, jangan padankan ia dengan beg untuk bersukan, elakkan daripada menambah banyak aksesori di beg, tidak membeli beg tiruan dan jangan meletakkan barang-barang sehingga beg menjadi terlalu padat dan berat.



Credit to : Yahoo! Malaysia

Malaysia Jerebu: Indeks Pencemaran Udara Jam 5.00 Petang

eyka | 9:09 PM | 1Comments |
NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi211*232*291*
JohorLarkin Lama171*181*219*
JohorMuar337*383*#
JohorPasir Gudang190*199*333*
KedahAlor Setar26*29*33*
KedahBakar Arang, Sg. Petani53*52*54*
KedahLangkawi39*42*44*
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu55*55*56*
KelantanTanah Merah71*71*70*
MelakaBandaraya Melaka134*137*150*
MelakaBukit Rambai117*119*129*
Negeri SembilanNilai80*81*88*
Negeri SembilanPort Dickson71*75*82*
Negeri SembilanSeremban76*78*86*
PahangBalok Baru, Kuantan76*76*75*
PahangIndera Mahkota, Kuantan72*71*73*
PahangJerantut52*51*52*
PerakJalan Tasek, Ipoh52*52*52*
PerakKg. Air Putih, Taiping51*51*53*
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh56*55*56*
PerakSeri Manjung64*65*68*
PerakTanjung Malim48*47*52*
PerlisKangar28*30*32*
Pulau PinangPerai51*48*42*
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai54*53*53*
Pulau PinangUSM54*53*52*
SabahKeningau64*66*72*
SabahKota Kinabalu67*74*79*
SabahSandakan42*42*40*
SabahTawau###
SarawakBintulu67*70*72*
SarawakILP Miri66*69*72*
SarawakKapit52*52*55*
SarawakKuching79*80*85*
SarawakLimbang63*65*66*
SarawakMiri63*65*68*
SarawakSamarahan72*72*75*
SarawakSarikei69*72*77*
SarawakSibu78*77*78*
SarawakSri Aman56*57*60*
SelangorBanting85*86*97*
SelangorKuala Selangor65*65*67*
SelangorPelabuhan Kelang70*65*70*
SelangorPetaling Jaya61*61*67*
SelangorShah Alam64*63*69*
TerengganuKemaman84*85*82*
TerengganuKuala Terengganu66*66*65*
TerengganuPaka59*59*56*
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur58*56*63*
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur65*62*65*
Wilayah PersekutuanLabuan67*71*72*
Wilayah PersekutuanPutrajaya76*76*83*
 
Nota / Note 
       *   =  Habuk Halus (PM10)               c =  Ozon (O3)
       a   =  Sulfur Dioksida (SO2)            d =  Karbon Monoksida (CO)
       b   =  Nitrogen Dioksida (NO2)          & =  Lebih daripada satu pencemar


Credit to : AIR POLLUTANT INDEX

Malaysia Jerebu: Indeks Pencemaran Udara Jam 11.00 Pagi

eyka | 2:24 PM | 1Comments |

NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi211*232*#
JohorLarkin Lama171*181*#
JohorMuar337*383*#
JohorPasir Gudang190*199*#
KedahAlor Setar26*29*#
KedahBakar Arang, Sg. Petani53*52*#
KedahLangkawi39*42*#
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu55*55*#
KelantanTanah Merah71*71*#
MelakaBandaraya Melaka134*137*#
MelakaBukit Rambai117*119*#
Negeri SembilanNilai80*81*#
Negeri SembilanPort Dickson71*75*#
Negeri SembilanSeremban76*78*#
PahangBalok Baru, Kuantan76*76*#
PahangIndera Mahkota, Kuantan72*71*#
PahangJerantut52*51*#
PerakJalan Tasek, Ipoh52*52*#
PerakKg. Air Putih, Taiping51*51*#
PerakS K Jalan Pegoh, Ipoh56*55*#
PerakSeri Manjung64*65*#
PerakTanjung Malim48*47*#
PerlisKangar28*30*#
Pulau PinangPerai51*48*#
Pulau PinangSeberang Jaya 2, Perai54*53*#
Pulau PinangUSM54*53*#
SabahKeningau64*66*#
SabahKota Kinabalu67*74*#
SabahSandakan42*42*#
SabahTawau###
SarawakBintulu67*70*#
SarawakILP Miri66*69*#
SarawakKapit52*52*#
SarawakKuching79*80*#
SarawakLimbang63*65*#
SarawakMiri63*65*#
SarawakSamarahan72*72*#
SarawakSarikei69*72*#
SarawakSibu78*77*#
SarawakSri Aman56*57*#
SelangorBanting85*86*#
SelangorKuala Selangor65*65*#
SelangorPelabuhan Kelang70*65*#
SelangorPetaling Jaya61*61*#
SelangorShah Alam64*63*#
TerengganuKemaman84*85*#
TerengganuKuala Terengganu66*66*#
TerengganuPaka59*59*#
Wilayah PersekutuanBatu Muda,Kuala Lumpur58*56*#
Wilayah PersekutuanCheras,Kuala Lumpur65*62*#
Wilayah PersekutuanLabuan67*71*#
Wilayah PersekutuanPutrajaya76*76*#


Nota / Note 
       *   =  Habuk Halus (PM10)               c =  Ozon (O3)
       a   =  Sulfur Dioksida (SO2)            d =  Karbon Monoksida (CO)
       b   =  Nitrogen Dioksida (NO2)          & =  Lebih daripada satu pencemar



Credit to : Jabatan Alam Sekitar