♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: February 2013

PROBLEM !! PROBLEM !!

eyka | 11:28 PM | 4Comments |
Bermacam-macam PROBLEM ada...
Handphone rosak satu hal, lepastu, laptop tak ada SOFTWARE MICROSOFT OFFICE EXCEL 2007 pulakkk... Hhuhuhuu...
Dugaan, dugaan... *Sabaq eyka...
Bila bincang dengan akak, ALHAMDULILLAH, orang IT dekat office TNB akak aku tu, boleh masukkan SOFTWARE yang aku nak...
Bersyukur sangat-sangat...
So, bila laptop dah setel, nak kene setelkan handphone pulak...

Handphone aku ni PROBLEM nya, orang hantar mesej kat aku, aku tak boleh baca langsung...
Tapi, bila aku bagi mesej dekat orang tu, orang tu boleh dapat...
Hhhaaaiiissshhh !! Macam-macam hal lah...
Hhhhaaaaaaaaaaaaaaa!! Nak mintak baru ler tuuuu !! HAHAHAA!
Insyaallah, kalau ada rezeki lebih, adalah yang baru tu...
Kalau tak, pakai je lah handphone ni...

Maklumlah, handphone dah 5tahun pakai...
Biasalah, macam-macam ragam ada...
Bukan manusia je tau yang ada banyak ragam, handphone pun ada...
Jangan terkejut pulaaakkkkk !!
Eeerrrmmmm !! Lepas ni, pakai PUBLIC PHONE je lah...
Puas hati !! HAHAHAA!!! 


NOTA JARI : Good night everyone... Mau tidur sudaaahhh !! Esok nak siapkan kerja... Byyeeeee... Assalamualaikum... 

Photo Contest: Aku dan Dia by Blog Paly

eyka | 5:37 PM | 3Comments |


Petang ni, aku nak JOIN CONTEST dari BLOG PALY...
Iaitu PHOTO CONTEST...
Jom tengok gambar yang aku pertandingkan...

Gambar diatas ni SAYA bersama EMAK TERCINTA... Gambar ini diambil masa RAYA 2012... Beliau lah yang telah melahirkan saya selama 9bulan dan telah menjaga ku sehingga kini... Saya bersyukur sebab mempunyai emak yang sentiasa mengambil berat tentang saya dan sentiasa beri semangat kepada saya walau dalam apa jua kerjaya yang saya lakukan... Sentiasa beri dorongan, bimbingan dan juga mendidik saya dalam HAL EHWAL AGAMA... Terima kasih emak,jasa dan pengorbananmu akan ku kenang hingga ke akhir hayatku...

"Seorang ibu jika menangis kerana melihat anaknya menjadi seorang yang soleh/solehah, maka, setitis airmata itu akan memadamkan api neraka... Tetapi, jika seorang ibu mengalirkan airmata kerana perbuatan anaknya yang tidak baik, maka, airmata itu akan menjadi api neraka... CIUMAN seorang IBU dapat mengugurkan DOSA.. "

NOTA JARI : Sayangilah IBU anda selagi mereka masih ada... Jangan sia-siakan pengorbanan yang telah mereka lakukan... Bila sekali kita sakitkan hatinya, maka selama-lamanya kita akan menjadi ANAK DERHAKA...

Mari tolong klik SAYS !!

eyka | 2:00 PM | 3Comments |
Sejak busy dengan kerja, aku dah lama tak buka SAYS...
Sekali dia bagi iklan, banyak ggiillllaaaaa beb...
Aku pun sampai tak ada masa nak PROMOT IKLAN tu kat orang...
Tiba-tiba tergerak pula  hati ni nak buka SAYS...
Bila open je says, ni lah hasil nyaaaa...
  1. KLIK
  2. KLIK
  3. KLIK
  4. KLIK
  5. KLIK
  6. KLIK
  7. KLIK
  8. KLIK
  9. KLIK
  10. KLIK
Hope korang boleh tolong aku KLIK semua LINK kat atas tu...
Jasa baik anda amatlah aku hargai...

NOTA JARI : Kalau korang dah KLIK LINK kat atas tu,bagitau aku yeee,nanti aku tolong KLIK korang punya pulak... TERIMA KASIH.... LOVE YOU ALL!! ♥♥

Berwuduklah Dengan SEMPURNA

eyka | 8:28 PM | 2Comments |
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Tenaga Wuduk Sembuhkan Kebutaan:

Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW kepada kita dalam usaha penyembuhan. Salah satunya adalah seperti dalam hadis seorang buta yang meminta Nabi SAW untuk memulihkan pandangan matanya..
Baginda SAW berkata kepada orang buta itu, “Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wuduk dan ambillah wuduk.” Ini bermaksud wuduk adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika tidak memiliki wuduk, usaha untuk menyembuhkan penyakit itu akan menjadi minima.
Empat belas abad yang lalu Rasulullah SAW menyembuhkan kebutaan melalui energy. Jadi apa yang kita pelajari dari peristiwa ini? Ambil wuduk dan sucikan dirimu.
Rasulullah SAW berkata, “Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wuduk.”
 
Kekuatan wuduk juga boleh digunakan bagi menentang keegoan. Ketika energy negative meninggalkan tubuh, maka energy positive akan bertambah. Dengan berwuduk, energy ribuan kali lebih kuat daripada biasanya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyarankan; “Pergilah ambil wuduk.”

SUNAT-SUNAT WUDUK:
  1. Baca Bismillah
  2. Bersugi atau berkumur-kumur.
  3. Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
  4. Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
  5. Memasukkan air ke hidung.
  6. Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
  7. Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
  8. Menyelati janggut yang tebal.
  9. Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
  10. Dahulukan anggota kanan.
  11. Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
  12. Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
  13. Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
  14. Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
  15. Berdoa selepas wuduk.
BATAL WUDUK:
  1. Tidur baring dan tidur mengiring.
  2. Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
  3. Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
  4. Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
  5. Bersentuh kulit  berlainan jantina yang bukan muhrim  tanpa berlapik.
  6. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.
HIKMAH WUDUK:

1.  Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.
2.  Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.
3.  Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.
4.  Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.
5.  Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.
6.  Menghilangkan rasa letih dan malas.
7.  Wajah menjadi  lebih cerah, ceria dan berseri.
8.  Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.

NOTA JARI: Sebagai umat ISLAM, mengambil WUDUK itu adalah salah satu ibadah harian dan akan dilakukan pada tiap-tiap waktu apabila hendak SOLAT...
Apabila kita berwuduk, kita akan rasa tenang dan AIR WUDUK itu juga lebih SEGAR daripada MANDI...
CREDIT TO: Shafiq Qolbu

BR1M oh BR1M !!

eyka | 5:05 PM | 4Comments |
Bila dah dapat REZEKI, maka, kita hendaklah bersyukur kehadrat ilahi...
Ucapkanlah ALHAMDULILLAH...
Taskirah pulookkkk petang-petang ni... Hihihihiihi...
Aku sebenarnya kan bukan apa tau, aku teruja sesangat nyeeee !! *tangan kat atas bahu,mata pandang atas..HAHAHA!

Jumaat 22/02/2013, selepas selang beberapa hari birthday aku, aku telah pun mendapat BR1M 2.0 sebanyak RM250...
Maklumlah baru umur 21tahun dan masih BUJANG... Hhiihhihiihihii.. 
Bila dah dapat SURAT PENGESAHAN nya tu, aku pun cek lah berapa haribulan pulak tarikh untuk ambil baucar tu...

Rupanya, tak lama pun, keesokannya pada 23/02/2013, jam 8.30malam, aku kene pergi kat tempat yang diaorang suruh tu, then ambil baucar kat situ...
Aku ingatkan tak ramai orang, sebab aku mula-mula fikir yang datang ni mesti 21tahun sahaja,maybe tak ramailah...
Sekali, sampai sana, AMBIL KAU!! Beratur panjang lah jawabnya...
PADAN MUKA dekat diri sendiri! Siapa suruh datang lambat...
Mentang-mentang rumah dekat dengan tempat tu.... Huhuhhuuhu... *Sadis !!
Aku pun beratur dan menunggu dengan penuh kesabaran...
Dan akhirnya, dapat juga BAUCAR RM250 berikut...
Nasib baiklah makcik tu tak tanya aku UNDI apa... HAHAAHA!!
Kalau depa tanya, mana boleh bagitau, SECRET... 
Hanya kita dan tuhan ja yang tauuuu... Kan, kan, kan... ^_^

Then, pada hari ISNIN 25/02/2013, aku pergi BANK, tukar BAUCAR tu kepada WANG...
Orang padat sungguh, nak lari kat BANK lain pun tak boleh sebab bank lain pun full...
Tak apa, aku akan menunggu dengan penuh kesabaran...
Dah dapat duit tu, aku apa lagi, SIMPAN lah...
Masuk dalam akaun bank...
Simpan untuk masa yang akan datang... Hihihhihii...

NOTA JARI: Menabung sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... BYYYEEE !!

HANDPHONE yang sangat Menarik dan Canggih !!

eyka | 4:12 PM | 10Comments |
GENERASI Y adalah generasi yang CELIK IT...
Memang tak dinafikanlah, sekarang budak-budak yang still bersekolah rendah, semua pakai handphone TOUCH SCREEN...
Kalau bagi handphone 3310, maybe mereka MOGOK...
Haaa, sebut pasal handphone kan, aku nak SHARE sikit dengan korang jenis-jenis handphone yang sangat unik, yang aku jumpa dekat GOOGLE...
Thanks MR.GOOGLE.... ^_^

Bagi lelaki yang suka SMOKE tu, kalau ada jual handphone ni kat MALAYSIA, korang mesti belikan?? Hihhiihihihii...

Haaaa, ni pulak handphone jenis apa ye?? Macam susah je pakai handphone jenis ni... Huhhuuhuu...

2in1... Nak call untuk minta bantuan AHLI GANGSTER yang lain pun boleh, nak terus tembak si MANGSA tu pun boleh... HAHAHAHA!! Bahaya sungguh phone ni..

Wwaaahh... Tak sangka sungguh aku, NOKIA ada buat phone jenis macam ni jugak yeee... Ingatkan NOKIA just cipta phone pistol tu je... Rupanya ada lagi unik... HAHAHA!!

Handphone ni memang sesuai sangatlah dengan zaman yang semakin moden ni... Maybe phone ni akan keluar pada tahun 2020.. INSYAALLAH....

Ni yang aku naik hairan ni.. Macam manalah nak taip mesej kalau screen tu terlalu kecil.. Aduyaaiii!!

Handphone ni, aku USHA dah lama tau.. Nak tau jugak kat manalah ada jual handphone jenis macam ni... Aku suka sebab phone ni TRANSPARENT... Nampak UNIK gitu... Hihhihiihihi..

Kalau anda seorang yang sukakan kelainan, bolehlah beli phone ni... Memang lain sangat-sangat... Nak buat sendiri pun maybe boleh kot... Pi kedai beli playwood,then  conteng je nombor kat atas tu.. HAHAAHAHAA!

Wwwooo, terpukau aku tengok handphone ni... Nak SEBIJI !! SMART wwwooo !!

Kalau pakai handphone ni, then jatuh, korang nyanyilah lagu 'PATAH SERIBU'.... Hhihihiii...

NOTA JARI : Hiihihihihihiii... Pelbagai jenis handphone ada kan... Best tak cuci-cuci mata kat blog aku ni? *Perasan kejap... HAHAHA!!

KENALI JENIS JERAWAT DAN TIP KECANTIKAN

eyka | 10:49 AM | 2Comments |
Akne atau jerawat merupakan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh semua peringkat umur. Walaupun tumbuh dalam pelbagai bentuk namun smuanya bermula dari cara yang sama iaitu dari folikel yang tersumbat. Akne mula berlaku antara 2 hingga 3 minggu sebelum keradangan timbul di muka. Kebiasannya pembentukan akne disebabkan oleh masalah hormone dalam badan, penghasilan minyak pada kulit, perubahan folikel, jangkitan bacteria dan preskripsi ubat yang tertentu.


5 JENIS JERAWAT

(1) BINTIK PUTIH
Bintik putih merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. Keradangan akne berlaku apabila bintik putih dijangkiti oleh bakteria dan menyebabkan ianya membengkak.

(2) BINTIK HITAMBintik hitam merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit.

(3) PAPULESBerwarna merah, sedikit benjol dan bengkak. Papules selalunya timbul dalam keadaan bengkak dan keras yang besarnya kurang dari 5mm.

(4) PUSTULES
Berbentuk kubah, bengkak seperti papules tetapi lebih sensitive. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran sel-sel darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Nanah yang terkumpul di dalam akne ini boleh kelihatan di dalam kulit. Pustules yang sembuh tanpa bertukar menjadi cysts, biasanya tidak meninggalkan parut.

(5) CYSTS
Cysts adalah benjolan tertutup yang boleh menjadi sebesar manik dan sngat sakit. Ia lebih besar daripada pustules dan terjadi jauh ke dalam lapisan kulit, ia boleh merosakkan struktur tisu kulit dan menyebabkan parut. Mencuci muka secara berlebihan akan hanya memburukkan dan melambatkan lagi proses pemulihan kulit.

Bagi memperolehi kulit cantik, langkah pencucian dan melembap adalah amat penting. Pilihan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit amat penting supaya ia tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat. Tanpa penjagaan yang yang baik boleh mengakibatkan jangkitan mikro yang akhirnya akan bertukar menjadi akne. Bagi anda yang mengalami masalah akne seharusnya menggunakan pelembap yang berbentuk gel atau losyen atau krim yang ringan kerana pelembap jenis ini adalah lebih mudah meresap dan tidak akan membuatkan liang tersumbat.

TIP KECANTIKAN
(1) Pastikan anda menggunakan tuala muka yang bersih setiap kali anda mencuci muka bagi mengelakkan pertumbuhan bacteria pada kain yang lembap.

(2) Jika jerawat anda lebih tertumpu pada bahagian dagu dan rahang, telefon anda mungkin puncanya. Bersihkan gagang telefon dengan alcohol atau hydrogen peroxide.

(3) Manjakan wajah sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali dengan melakukan rawatan di salun-salun kecantikan.

(4) Gunakan pencuci muka yang ringan dan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit.

(5) Jangan selalu menyentuh wajah anda kerana ini boleh menyebarkan bacteria di muka anda dan menyebabkan akne.

Follower ke -700 !!

eyka | 11:11 PM | 4Comments |
Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, dah setahun aku berblog...
Aku bersyukur sangat-sangat sebab ada jugak orang yang sudi jadi FOLLOWER aku dan ada jugak yang sudi jejakkan jari jemari anda disini... Huuuhhuuhu.. *Terharu tahap mengalir airmata..
Untuk menghargai jasa orang-orang yang dah follow aku, so, malam ni, aku nak share dengan korang follower aku yang ke-700...
*Sorry dik, sebab akak PRINTSCREEN header adik...Huuhuhhuu..

Thanks adik, sebab sudi jejakkan jari jemari adik kat blog akak yang tak berapa nak comey ni...
Meh, aku kenalkan kat hangpa serba sedikit tentang adik ni...
Nama adik ni NUR ZULAIKHA ZULKIFLE...
Zulaikha ni peminat setia K-POP rupanya....
Adik ni CALON PELAJAR SPM 2012, means, dia berumur 18tahun lah....
GOOD LUCK adik, akak doakan adik dapat keputusan yang terbaik dan juga CEMERLANG... 

Satu je yang membuatkan aku sedih...
Zulaikha tak minat warna PINK!! Hhuuhuhhuhuu... :'(
Adik, blog akak ni bertemakan PINK and TURQUOISE, so, harap adik tak DISLIKE blog akak yeee... Hhihihiihi...

NOTA JARI : Jom terjah blog adik ni ramai-ramai... Kalau nak ke BLOG adik Zulaikha ni, just klik je HEADER tu okay...  HAPPY BLOGGING yaawww... ^^v

CONTEST SENYUMAN PALING MANIS BY SHAZRIZAL SHAHMY

eyka | 9:03 PM | 20Comments |
Dalam minggu ni,aku banyak join CONTEST/SEGMEN dan GA..
Bukan TAMAK ye, tapi, mencuba nasib...
Mana tau ada rezeki diantara salah satu daripada tu... INSYAALLAH...
Now, malam ni aku nak join satu lagi CONTEST daripada SHAZRIZAL SHAHMY...
Ini first contest beliau tau...
Haaa, tengok BANNER kat bawah ni....
Comelkan banner ni, ada PEACE lagi tuuu... I LOIIIKKKEEE ! Hhiihihii.. 
SHAZRIZAL suruh masukkan gambar senyuman yang paling manis sekali... 
*Eeeerrmm, aku ada ke gambar macam tu....
Okay, tak apa, saya try cari yyeeee.... Huhuhuhu..

SENYUM SAYA NAMPAK LEBIH MANIS KALAU saya senyum dengan ikhlas... Senyum itu sebuah sikap ramah termanis yang mudah untuk kita berikan secara tulus untuk orang lain... Sedangkan sifat senyum itu adalah SUNNAH Rasulullah s.a.w... Apabila Rasulullah senyum,maka terpancarlah cahaya senyumannya itu disekeliling dinding... SUBHANALLAH...

TAG :

Hukum Menyambut Valentine Day!

eyka | 9:28 PM | 6Comments |
Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka..
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)
Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)
Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)

 Credit to : myibrah.com

Punca-punca Kenapa Anda Jadi Seorang Yang PELUPA

eyka | 8:15 PM | 2Comments |
Sesetengah orang ada yang bersifat PELUPA...
Bila dah jadi seorang yang pelupa, macam-macam hal boleh berlaku...
Orang kata, kalau kita termakan semut, kita akan jadi seorang yang pelupa.... HAHAHAHA!
Tu orang yang kata yyyyeeeeeeeeeeeeeeee.... :D
Nak tau apa punca kenapa kita boleh jadi seorang yang PELUPA??!!
Jom, baca punca-punca berikut :
1) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.
Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.

2) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan.
Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun.
Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

3) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

4) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

5) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.

6) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.

7) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.

Credit to : PenPatah

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool

eyka | 4:09 PM | 6Comments |
Big GiveAway by CikguFizi, Fizgraphic.com, Kisahemasputih.com, Duniashida.com & Aimancool.com 

Tadi blogwalking lah ke blog Apit... 
So,ternampak BIG GA ni, apa lagi, tanpa membuang masa dan waktu, aku terus join GA ni... 
Mana tau ada rezeki nak menang ke kan... INSYAALLAH, AAMIN... :)

Syarat-syarat GA ini :
1. Buat satu entri dan letak title : Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool
2. Letak banner dalam entri serta backlink kan ke entri ini.
3. Dibawah banner sertakan juga ayat ini *korang copy & paste je! > Big GiveAway by CikguFizi, Fizgraphic.com, Kisahemasputih.com, Duniashida.com & Aimancool.com  *wajib

4. Sila Follow Blog Sponsor :  *wajib
a. Cikgu Fizi
b. Fizgraphic.com
c. Emasputih.com,
d. Duniashida.com
e. Aimancool.com  

5.  Like FP Sponsor :  *wajib
a. CikguFizi 
b. Fizgraphic 
c. Duniashida 
d. EmasPutih 
6. Masukkan Sponsors dalam Bloglist korang  *wajib
7. Tag sekurang-kurangnya 2 rakan *lebih lagi bagus!
8. Dah siap, komenkan link entri GA ke entri ini.
9. Sharekan link GA ke wall facebook masing-masing.

pemilihan pemenang lebih kepada peserta yang tidak meninggalkan syarat-syarat *wajib

Hadiah-Hadiah yang bakal pemenang terima adalah :

Topup RM5 (celcom/maxis/digi) x 32 pemenang (cikgu fizi)
Bizcard (4box) x 2 pemenang (fizgraphic.com)
sticker x 5 pemenang (aimancool.com)
Button badge x 5 pemenang (duniashida.com)
T-shirt Blogger x 2 pemenang (kisahemasputih.com)


Siapa yang bakal Menerima Hadiah Menarik ini :

Top Referrel x 1 (BizCard 2box)
4 Pemenang Utama Berdasarkan entri dan blog
Topup + BizCard 2box
Topup + Sticker
Topup + Button Badge
Topup + T-Shirt Blogger


Selebihnya menggunakan random yang bertauliah dan adil 
Topup RM5 x 28 pemenang
Sticker x 4 pemenang
Button Badge x 4 pemenang
T-Shirt x 1 pemenang

TAG:

SEGMEN:RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT!

eyka | 8:55 PM | 93Comments |
SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua kaum CINA yang menyambut perayaan ini...
GONG XI FA CAI... XIN NIAN KUAI LE... *Haaa,nampak tak aku speaking CINA... Hihihhii.. Ini semua POYO!
Sempena tahun baru cina ni, ada macam-macam segmen yang aku jumpa...
Dan apa lagi, masa tengah lapang ni kan, ONLINE dan terus update blogggg !! Hihihihiii...

Tanpa berceloteh panjang, malam ni, aku nak join satu segmen daripada NurulFHMT...
Dah lama aku follow blog ni, tapi, baru first time join segmen yang dia buat...
Sorry Nurul.... Hihihhiihihi... Peace yyyooooo !! ^^v

NOTA JARI : Jom join segmen ni ramai-ramai bagi memeriahkan lagi segmen ni... KLIK BANNER okay... 

Blogger Belia Blogger Cool

eyka | 2:23 PM | 12Comments |
Nama blogger : Nama full SITI NURATIKA... Nama panggilan just EYKA...
Tagline blog : EXPERATION OF MY HEART...
Umur : 20/2 ni, genaplah 21 tahun... Hihhihiihihi...
Url blog : http://thisismylife-eyka.blogspot.com

Sebab kenapa blogger belia seperti anda adalah seorang blogger yang cool. :

Sebabnya adalah, sifat suka berkawan dalam diri tu memang dah sebati dalam diri... Yang penting orang tu bersifat IKHLAS, JUJUR, TIDAK TIKAM BELAKANG atau KAWAN MAKAN KAWAN... Saya seorang yang HAPPY, CARE, LOVE TO LAUGH, and MESRA ALAM... Hihihihhiihi... Bila ada masa lapang, saya akan BLOGWALKING dari satu blog ke satu blog sehingga mata saya ni mengantuk... Saya suka berkongsi cerita-cerita yang boleh beri kita iktibar supaya kita menjadi insan yang lebih baik... 


NOTA JARI : Jom join segmen ni sebelum tarikh tamatnya pada 8 Februari 2013 Jumaat Jam 3 Petang... Klik BANNER jika anda berminat untuk join segmen ni... BLOGGER BELIA BLOGGER COOL... Adakah saya ni COOL?? HAHAHAHAA!!