♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Berwuduklah Dengan SEMPURNA

Berwuduklah Dengan SEMPURNA

eyka | 8:28 PM | 2Comments |
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Tenaga Wuduk Sembuhkan Kebutaan:

Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW kepada kita dalam usaha penyembuhan. Salah satunya adalah seperti dalam hadis seorang buta yang meminta Nabi SAW untuk memulihkan pandangan matanya..
Baginda SAW berkata kepada orang buta itu, “Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wuduk dan ambillah wuduk.” Ini bermaksud wuduk adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika tidak memiliki wuduk, usaha untuk menyembuhkan penyakit itu akan menjadi minima.
Empat belas abad yang lalu Rasulullah SAW menyembuhkan kebutaan melalui energy. Jadi apa yang kita pelajari dari peristiwa ini? Ambil wuduk dan sucikan dirimu.
Rasulullah SAW berkata, “Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wuduk.”
 
Kekuatan wuduk juga boleh digunakan bagi menentang keegoan. Ketika energy negative meninggalkan tubuh, maka energy positive akan bertambah. Dengan berwuduk, energy ribuan kali lebih kuat daripada biasanya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW menyarankan; “Pergilah ambil wuduk.”

SUNAT-SUNAT WUDUK:
  1. Baca Bismillah
  2. Bersugi atau berkumur-kumur.
  3. Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan.
  4. Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
  5. Memasukkan air ke hidung.
  6. Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
  7. Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
  8. Menyelati janggut yang tebal.
  9. Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
  10. Dahulukan anggota kanan.
  11. Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
  12. Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali.
  13. Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering.
  14. Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
  15. Berdoa selepas wuduk.
BATAL WUDUK:
  1. Tidur baring dan tidur mengiring.
  2. Tidur duduk yang tidak tetap punggungnya.
  3. Hilang ingatan disebabkan gila, mabuk, atau pengsan.
  4. Keluar benda pejal, cecair atau angin dari dubur atau qubul.
  5. Bersentuh kulit  berlainan jantina yang bukan muhrim  tanpa berlapik.
  6. Menyentuh kemaluan atau dubur dengan tapak tangan atau perut anak jari.
HIKMAH WUDUK:

1.  Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk.
2.  Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat.
3.  Dapat menghadap Allah SWT. dalam keadaan suci, bersih dan sempurna.
4.  Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya.
5.  Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk.
6.  Menghilangkan rasa letih dan malas.
7.  Wajah menjadi  lebih cerah, ceria dan berseri.
8.  Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.

NOTA JARI: Sebagai umat ISLAM, mengambil WUDUK itu adalah salah satu ibadah harian dan akan dilakukan pada tiap-tiap waktu apabila hendak SOLAT...
Apabila kita berwuduk, kita akan rasa tenang dan AIR WUDUK itu juga lebih SEGAR daripada MANDI...
CREDIT TO: Shafiq Qolbu

2 comments:

Ainim Suju said...

Nice sharing..perlu perbaiki amalan wuduk seharian

eyka said...

@Ainim Suju Thanks Ainim..Yup,betul tu.. :)