♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: 10 Tips Hilangkan PANAU

10 Tips Hilangkan PANAU

eyka | 11:37 AM | 2Comments |
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak ada rasa sakit...
Tapi, ia akan membuatkan kita rasa tak selesa dan juga boleh menjejaskan penampilan, lagi-lagi kalau panau tu ada dibahagian muka...
Pelbagai jenis ubat panau yang ada dijual di FARMASI...
Tapi, tak semestinya ubat itu serasi dengan kulit kita...
Ada setengah dari kalangan kita kulitnya tak boleh terima sebarang jenis ubat dari FARMASI..
Mungkin petua yang akan aku kongsikan ini boleh membantu sedikit sebanyak untuk korang hilangkan masalah panau yang korang ada sekarang ini...
Dibawah ini adalah antara tips-tipsnya, pilihlah mana satu yang korang nak okay...
TIPS-TIPS:
  1. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.
  2. Potong bawang putih dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang terkena panau hingga kulit terasa perit dan merah.  Ulangi setiap hari hingga panau beransur pudar.
  3. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.
  4. Tumbuk beberapa helai daun lengkuas, ambil airnya dan sapukan pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali. Untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.
  5. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.
  6. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.
  7. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.
  8. Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulang kali sehingga berhasil.
  9. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.
  10. Tumbuk halia sebesar ibu jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan hingga sembuh.
NOTA JARI : Selamat mencuba... ^_^
                    Credit to : Petua Tradisional