♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Kisah Mengenai COKLAT

Kisah Mengenai COKLAT

eyka | 11:55 PM | 4Comments |
Salah satu penemuan terhebat di dunia adalah biji daripada buah Theobroma cocoa atau dikenali sebagai koko, iaitu bahan asli untuk membuat coklat. Dengan teksturnya yang halus, rasanya yang mengasyikkan, aromanya yang lembut, coklat menjadi sumber yang penuh dengan rasa kemewahan dan digemari oleh hampir setiap orang di seluruh dunia.

'Theobroma' yang bermaksud 'makanan dewata' adalah peringkat  pertama dalam pengembaraan coklat. Koko berasal dari bumi Maya di bahagian tengan benua Amerika dan dibawa pulang ke tempat masing-masing oleh pengembara Sepanyol dan negara Eropah lain. Dari situ koko dibawa menyeberangi Lautan Hindi ke Jawa, Sumatera hinggalah ke Malaysia. Ini membuktikan sejak hari pertama ditemui, koko telah menjalinkan hubungan yang intim dengan manusia daripada pelbagai peringkat dan melangkaui sempadan negara, budaya, sosial, ekonomi mahupun rohani. Sejak berkurun-kurun koko digunakan dalam pelbagai cara oleh berbilang bangsa.


ASAL USUL KOKO :

Sejarah koko bermula sejak 600 tahun sebelum Tahun Masihi apabila pokok koko mula ditanam di lembah Amazon. Kaum Maya dipercayai mula-mula menanam koko di dunia. Setelah itu koko diperkenalkan kepada kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan.
Kegunaan koko mula-mula ditemui oleh masyarakat Maya dan Aztec. Ketika itu biji-biji digunakan sebagai minuman yang dikenali sebagai CACAHOTAL. Koko dianggap sebagai makanan dewata. Selain itu, koko juga digunakan sebagai mata wang dalam sistem pertukaran barang.
Koko mendapat nama saintifiknya Theobroma cacao daripada kepercayaan kegamaan orang-orang Maya dan Aztec. Theobroma bermakna makanan dewata. Kedua-dua kaum, Maya dan Aztec, mengaitkan koko dengan Ek Chuah, tuhan  perdagangan, sementara Aztec pula mengaitkan dengan Quetzalcoatl, tuhan pencipta dan penyedia pertanian.
Cacao pula berasal daripada perkataan kaum Maya dan Aztec iaitu Cacahoatl. Mereka menganggap koko sangat istimewa. Minuman coklat hanya disediakan sebagai minuman Maharaja sahaja.


SEJARAH PERKEMBANGAN KOKO :

Sejarah perkembangan koko di luar Amerika Selatan bermula dengan kedatangan pengembara-pengembara Eropah seperti Christopher Columbus. Eropah yang pertama menemui koko dan membawanya balik ke Eropah. Sungguhpun demikian perkembangan koko di Eropah hanya bermula apabila Hernando Cortez seorang pengembara Sepanyol mendarat di Mexico pada tahun 1519.
Kedatangan Cortez telah disambut baik oleh orang-orang Aztec.Cortez yang berkulit cerah dan bermisai itu dianggap kaum Aztec sebagai Quetzalcoatl, jelmaan tuhan mereka. 
Cortez dibawa mengadap Maharaja Aztec bernama Montezuma dan dihidangkan dengan minuman chocolatl, minuman istimewa maharaja   itu. Cortez kagum dengan status yang diberikan oleh kaum Aztec terhadap koko lalu membawanya balik bersama-samanya ke Sepanyol pada tahun 1528.
Pada peringkat awal, koko hanya dinikmati oleh orang-orang Sepanyol menyimpan rahsia kegunaan koko daripada diketahui oleh negara-negara Eropah yang lain selama 100 tahun.
Bagaimanapun, perkahwinan puteri Raja Sepanyol, Puteri Anne dengan Raja Perancis , Louis XIII, pada tahun 1615 telah menyebabkan koko tersebar kepada negara-negara Eropah yang lain. Puteri Anne telah membawa bersama-samanya rahsia membuat minuman daripada koko.
Selepas itu koko terus berkembang ke benua-benua lain, antaranya melalui kegiatan penjajahan serta perdagangan yang dijalankan oleh orang-orang Eropah seperti Inggeris, Sepanyol dan Perancis. Dengan terciptanya mesin-mesin pengisar dan pembuat coklat serta penemuan cara-cara pembuatan coklat yang baru, coklat juga turut berkembang di seluruh Eropah hingga ke Amerika Syarikat.

JENIS-JENIS COKLAT :

1) Coklat Kouvertur (Couverture)
Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan bahan utama, iaitu massa koko dan lemak koko, lebih dikenali sebagai kouvertur atau coklat tulen yang bermutu tinggi. Biasanya coklat jenis ini digunakan golongan profesional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.

2)  Coklat Kompaun (Compound) 
Bagi menghasilkan coklat yang lebih murah, bahan utama seperti massa koko akan digantikan dengan serbuk koko manakala lemak koko gantian (lemak yang diperah daripada kelapa sawit) mengambil tempat lemak koko asli. Coklat yang dihasilkan daripada penggunaan serbuk koko lemak koko gantian ini dikenali sebagai coklat kompaun. Coklat kompaun lebih senang dikendalikan berbanding coklat kouvertur dan mudah ditemui kerana ada banyak dalam pasaran. Sebahagian coklat kompaun yang tinggi mutunya boleh menandingi rasa dan tekstur coklat kouvertur.

3) Coklat Berperisa
Dalam pasaran sekarang tersedia banyak coklat berperisa dan berwarna. Ini adalah coklat putih yang dicampur perisa dan diwarnakan, seperti coklat perisa strawberi yang berwarna merah jambu, coklat perisa oren yang berwarna jingga dan pelbagai perisa lagi.

4) Coklat Tanpa Gula (Coklat Diabetik)
Bagi menghasilkan rangkaian coklat tanpa gula pula, bahan utama iaitu gula biasa (sukrosa) digantikan dengan gula tiruan seperti Maltitol, Sorbitol dan Isomalt. Bahan-bahan lain kekal sama seperti pembuatan coklat kouvertur.

Oleh yang demikian coklat tanpa gula masih lagi mengekalkan rasa manisnya tetapi gula yang digunakan adalah selamat dan sesuai untuk penghidap diabetes atau kencing manis. Biasanya coklat jenis ini agak sukar ditemui di pasaran dan harganya agak mahal berbanding coklat biasa.

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

chocolate is my favourite... ^_^

JUK DIN said...

Daddy suka makan chocolate bar krn ia memberi tenaga tambahan slps senaman,

abgDude a.k.a kai said...

saya hantu cokelat!
tak boleh berhenti bila dah makan....

http://abgdude.com

Nelly Strange said...

nelly suka coklat ! ^^