♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Petua Hilangkan Lingkaran/Kesan Hitam Bawah Mata

Petua Hilangkan Lingkaran/Kesan Hitam Bawah Mata

eyka | 1:48 PM | 3Comments |


WANITA adalah seorang yang suka menjaga penampilan dan juga sentiasa menjaga kecantikan sama ada luar atau pun dalaman...
Lingkaran pada mata atau kesan hitam bawah mata boleh menjejaskan penampilan seseorang...
Berkemungkinan juga, bukan sahaja wanita, LELAKI juga pasti ada yang menjaga penampilannya supaya kelihatan lebih HANDSOME dan MACHO...
Jadi, aku disini ingin kongsikan beberapa tips/petua yang mudah...

  1. Potong sebiji kentang dan hiris kepada beberapa kepingan nipis.Lepas tu lekapkan hirisan kentang tu pada sekeliling dan kedua-dua belah mata. Biarkan selama 10-20 minit lepas tu barulah dibilas dengan air bersih.Cuba amalkan selalu kerana dikatakan kandungan enzim dalam kentang bukan sahaja dapat membantu mengurangkan lingkaran hitam kat mata malah boleh mencerahkan kulit.
  2. Perah lemon dalam cawan. Kemudian sapukan perahan tu perlahan-lahan di kawasan sekitar bawah mata. Sebaik-baiknya amalkan dua kali setiap hari untuk mendapat hasil yang diharapkan atau
  3. Sediakan satu cawan air panas dan sehelai kain yang lembut. Celup kain dalam air panas (pastikan jangan terlalu panas takut melecur pula nanti..huhu..) angkat dan letakkan pada mata. Biarkan selama 15 minit.. Lepas tu barulah disapu sedikit krim pelembam pada sekitar mata. Jika rajin amal, lingkaran hitam atau tanda seakan-akan lebam pada mata tu tidak akan kelihatan lagi.
NOTA JARI : Kenelah rajin-rajin buat benda ni... Kalua tak rajin, tak dapatlah hasilnya.. SELAMAT MENCUBA...

Credit to : Melayukini.net

3 comments:

Ainim Suju said...

thanks for the tips..ambil petua kat siapa ni?

eyka said...

@Ainim Suju Kat situ ada CREDIT..Dari Melayukini.net.. :)

masalifah said...

setuju dengan tips eyka :).
Selain dari itu..boleh check samada ada problem anemia ke tak, sbb ia berkait juge :)
Hilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan vitamin