♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: TELEMOVIE : AKU BENCI MAMA

TELEMOVIE : AKU BENCI MAMA

eyka | 10:01 PM | 0Comments |
Telemovie AKU BENCI MAMA ni, sebenarnya aku baru je DOWNLOAD semalam...
Disebabkan dengan kesibukan kerja, so, aku tak tahu lah cerita apa yang paling latest kat TV tu...
Aku download sahaja dan terus masukkan ke dalam handphone...
Malam-malam sebelum tidur tu, aku layan lah kejap cerita ni...
Layan punya layan, air mata pun mengalir...
Huuhhuhuuhu.. Cerita ni kalau korang layan pun, mesti malam-malam tu korang tidur ditemani air mata sahaja... *Seperti Aku.. huuhuhuhuh...
Aku tengok cerita ni sampaikan aku tidur jam 1.30pagi wwoooo...
Nampak tak betapa fokusnya aku kepada cerita ni...
Watak yang Hanis Zalikha mainkan dalam cerita ni memang menjadi dan best sangat-sangat-sangat...

SINOPSIS :

Kesibukan kerja dan masalah ibu bapa, menyebabkan Liana terabai. Emosi Liana sering terganggu, tetapi ia tidak pernah menjejaskan prestasi pembelajaran Liana. Keputusan PMR Liana cemerlang dan ibu bapanya setuju untuk menghantar Liana ke sekolah berasrama penuh supaya mereka mempunyai lebih banyak masa untuk diri mereka. Pada waktu ini, surat cerai sudah ditandatangani. Liana tidak bersetuju untuk dihantar ke sekolah berasrama, dia tidak suka dikurung dan dikongkong. Hari pertama Liana di asrama tidak berlalu dengan baik. Dia perlukan perhatian keluarganya. Liana menjadi remaja yang bermasalah di asrama. Dia selalu didenda oleh warden asrama, Pn. Faridah. Hidup Liana kembali bermakna selepas Pn. Faridah banyak memberikan perhatian kepadanya. Mereka menjadi rapat. Pada hari terakhir persekolahan, Liana berjanji akan kembali melawat Pn. Faridah tetapi dia tidak pernah hadir. 

Lakonan, Hanis Zalikha, Afiq Muiz, Wan Sharmilla, Eja, Zila Bakarin.

NOTA JARI : Kepada korang-korang yang tak tengok Telemovie Aku Benci Mama lakonan Hanis Zalikha ni, meh DOWNLOAD telemovie tu --->> http://www.perekacerita.com/2013/03/aku-benci-mama-tv3.html
Best baabbbeee !! AWESOME TELEMOVIE...

No comments: