♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: April 2013

Berubahlah kerana ALLAH

eyka | 12:02 AM | 0Comments |


Dalam kehidupan seharian, pasti kita tidak dapat lari dari perubahan, dalam setiap saat, mesti ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Kita perasan atau tidak hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Mungkin juga akan ada kehadiran kawan kawan kita yang perasan perubahan tersebut.
"Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya."
Namun, adakah kita berubah itu mengikut perubahan semasa ataupun memang kita hendak berubah demi kebaikan bersama?
Jelas apa yang kita lihat sekarang, kebanyakan di antara kita, berubah mengikut perubahan semasa. Jika mengikut trend yang happening sekarang contohnya k-pop band, ramai di antara kita mula mengikut jejak langkah mereka dengan berpakaian, bergaya, bercakap seperti mereka. Namun adakah perubahan tersebut hanya untuk kepuasan sendiri ataupun untuk mendapat redha Allah semata-mata?
Jika kita mengikut konteks peradaban dunia sekarang, mungkin ramai akan mengata, kita bukanlah seorang yang "up to date" atau tidak mengikut trend sekarang dan pelbagai lagi trend yang ada. Malah tidak sedikit pula yang akan menganggap kita sebagai mundur ke belakang jika tidak peka dan ikut dengan peredaran zaman yang sentiasa berubah.
Alhamdulillah, pada yang masih berpandangan jauh dan bijak'sana' lebih melihat daripada sudut pandangan yang jauh. Pandangan mereka bukan setakat senario yang bakal berlaku di 'sini' tetapi lebih melihat kepada senario dan kesan di 'sana' iaitu di alam yang lebih kekal tiada yang fana. 
Perkara sebegini dipandang ringan oleh kerana mereka hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT apabila hendak berubah. Maka kefahaman mereka terhadap perubahan inilah - berubah kerana Allah akan membawa hati mereka lebih cenderung dalam mencapai nikmat iman dan redhaNya.
Demikianlah bagi mereka yang berubah bukan kerana Allah. Perubahan yang hanya mengikut trend terkini tanpa ada terselit kerana Allah akan membawa hati mereka lebih jauh dari mengingati Allah. Perubahan demi kepuasan sendiri hanya sementara, tidak kekal.
Berubah kerana manusia, kita tak akan dapat apa apa faedah, dari segi agama, ilmu dan juga pemikiran. Manusia itu adalah kita, dan telah diterangkan oleh Allah SWT hanyasanya manusia itu hanyalah sekadar hamba yang disifatkan dengan lemah dan sering berputus asa. Maka, apakah yang bakal terjadi sekiranya perubahan itu kerana manusia, bukan kerana Allah? Fikirkan lah sejenak.
"Aku kena berubah, kalau tak putera idaman aku tak nak dengan aku lagi.. Dia nak aku pakai tudung."
"Kalau nak dapat suami soleh, aku mesti berubah jadi solehah."
"Ayah tak izinkan kamu keluar rumah kalau kamu gagal lagi kali ni"
Seringkali kita dengar, ramai di antara kita apabila bercouple, akan berubah semata-mata untuk mengambil hati pasangannya. Kononnya ingin menjadi seorang yang memahami apa yang diingini oleh pasangannya. Agar merasa sehati dan sejiwa. 
Ada pula yang teringin untuk jadi muslimah yang terbaik buat isteri demi lelaki pilihan, nak jadi anak yang soleh demi kebahagiaan keluarga, nak jadi student yang cemerlang demi Dean List dan bermacam macam lagi. Hakikatnya perubahan itu hanya semata-mata kerana manusia. Berubah hanya untuk mencapai apa yang diinginkan di hati. 
Perlulah difahami, niat untuk berubah amatlah senang kerana niat itu hanyalah lintasan hati. Namun, untuk merealisasikan apa yang diniatkan perlunya suatu tindakan.
Jika niat itu semata-mata kerana Allah SWT,  dan apabila azam itu telah tertanam seiring dengan niat yang ada, insyaAllah kita dapat berubah. Yakinlah sesuatu niat yang hanya dipersembahkan semata-mata kerana Allah sudah pastilah akan mendapat petunjuk dan bantuan dariNya.
Namun, jika berubah kerana manusia dan untuk manusia, siapa yang akan memberi petunjuk kepada kita sedangkan manusia itu  (yang kita berubah kerananya) juga memerlukan petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT.
Kesimpulannya, berubahlah kerana Allah SWT semata-mata untuk meraih redhaNya. Lakukanlah perubahan itu secara terus kepada Allah tanpa memerlukan orang tengah iaitu manusia lain untuk kita berubah. Buat kerana Allah pasti akan kekal akan tetapi jika kerana manusia, akan sia-sia dan bersifat sementara.
Jika takut untuk diterima masyarakat, usah risau dan gelisah kerana kita berubah untuk kebaikan bersama. Jangan takut kepada masyarakat kerana mereka adalah makhluk namun takutlah kepada Allah SWT kerana dia adalah Pencipta Agung kita.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri " 
(Surah Ar-Rad ayat 11)
Credit to : Artikel iluvislam.com

Zain Saidin Bersikap Kurang Ajar ??

eyka | 10:27 PM | 0Comments |

.

.

Sesiapa yang menonton episod terbaru MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 2) yang bersiaran malam tadi (Ahad) pasti tahu apa yang berlaku dan bagaimanakah perangai yang ditunjukkan oleh Zain Saidin.
Sebelum ini Zain Saidin dikatakan suka buat perangai di set MasterChef Selebriti Malaysia namun ramai yang menganggap kisah itu sebagai strategi melariskan program.
Malam tadi, ketika proses penyingkiran berlaku satu Malaysia boleh melihat sendiri sikap kurang ajar dan memperbodohkan diri sendiri yang ditunjukkan Zain Saidin terhadap juri-juri dalam program tersebut. Tak pasal-pasal juri yang tak pernah mengamuk, terus 'naik hantu'.
Sementara, peminat di laman sosial rata rata menyokong penyingkiran bakal suami Rozita Che Wan itu daripada MasterChef Selebriti kali ini kerana tidak sanggup melihat perangai tidak matang beliau sebagai seorang selebriti.
Malah ada antara mereka yang membandingkan Zain Saidin dengan Azwan Ali yang mana juga lantang bersuara dalam program itu sebelum ini tetapi tidak pernah sekali pun bersikap biadap.
Tapi mungkin juga 'adegan' Zain itu satu lakonan untuk menaikkan rating program terbitan Astro ini. Boleh jadi. Nantikan 'drama-drama' seterusnya pada episod akan datang.


Credit to : Malaysiandigest.com

Segmen : Blogger Pinkish and Purplish

eyka | 8:31 PM | 8Comments |



Aku memang minat gila dengan warna pink ni... 
Apa sahaja yang aku ada, sure warna pink...
Ccchhhoopp! Aku nak pertaruhkan gambar apa ye? 
Blog aku ni dah lah bertemakan PINK TURQUOISE, nak PRINTSCREEN macam lari daripada tema jeee... Hhhuuhuhuhu... :(
Tapi, tak apa, jangan risau, akan ku pertaruhkan jua satu gambar...
Yang bertemakan PINK COLOUR! 



NOTA JARI : Haaaaa, tadaaaa.. Itulah gambar yang aku nak pertaruhkan... Maaf kalau gambar tak berapa Clear.. Huhhuhuhuuh... :(

Dulu SAYS.COM kini 8SHARE.COM

eyka | 7:37 PM | 0Comments |


Tengoklah tarikh yang Yuna from Says tu bagi kat aku...
15 April, sekarang ni dah 29 April... Ppppeerrgghh! Nampak sangat aku dah lama gila tak open Email aku yang ni dan juga dah lama gila aku tak open akaun SAYS.COM aku...
Macam mana lah duit dalam blog aku nak masuk... Hhhhaaiisshh!
Sampaikan Says bertukar ke 8Share pun aku baru tau sekarang...
Dan baru sekarang aku open 8Share tu check akaun aku... HAHAHA!
Apa nak jadilah dengan aku ni, mengabaikan Says pulak... 


Disebabkan aku dah abaikan Says tu terlalu lama, jadi, pada malam ini, saat ini dan ketika ini, aku nak PROMOT iklan yang says bagi kat aku...
Tolong KLIK yeeeee sahabat-sahabat yang ku kasihi sekalian...! *Jangan TIPU, tolong JUJUR...


NOTA JARI : Kalau korang dah KLIK aku punya LINK tu semua, bagitau aku yeee.. Nanti aku akan Klik link NUFFNANG ke CHURP-CHURP or whatever... I PROMISE !

Masalah bila BLOGWALKING!

eyka | 10:46 PM | 3Comments |

Malam ni aku rasa macam nak luahkan perasaan kat korang lah..
Yang sudi baca tu TERIMA KASIH sangat-sangat...
Nanti saya belanja COKLAT CADBURY okayyyy!! *Ammbbooii.. Suka ler tuuuu! HAHA!
Mari,mari,marrrrriiiiiiii, yang jauh didekat-dekatkan...
Yang dekat tu, jangan terlalu dekat sangat dengan lappy, kang MATA ROSAK tak tauuuu! HAHA!
Ala-ala buat jualan kat PASAR MALAM lah pulakkan... 
Okay, kembali pada tajuk entry malam ni...
HOT sangat tajuk tuuuuu !! Apa masalah aku bila BLOGWALKING??


1. Tak ada FOLLOWER WIDGET DAN BUTTON FOLLOW!


Masalah yang ni memang besar sangat bagi aku... Sebab, bila kita masuk salah satu blog then kita punya lah semangat nak follow blog dia ni, tengok kat sidebar tak ada... Then SCROLL bawah dan bawah sampai habis, tak ada jugak FOLLOWER WIDGET tersebut... Okay, penuh kesabaran, kita cari pulak BUTTON FOLLOW, memang still tak ada dan tak jumpa langsung BUTTON FOLLOW tersebut... Macam mana lah nak suruh orang follow blog... Ajak satu kampung suruh follow pun memang tak boleh nak follow sebab FOLLOWER WIDGET atau BUTTON FOLLOW tak ada... Sebagai seorang blogger, FOLLOWER WIDGET atau BUTTON FOLLOW ni memang WAJIB sangat-sangat! Kita memang manusia biasa yang selalu buat kesilapan, tapi, diatas kesilapan tersebut, kita perlulah ubah dan berusaha untuk memperbetulkannya... Tak kisah lah korang nak tempek benda tu kat mana pun, yang penting ADA! Dah banyak BLOGGER yang bagi TUTORIAL cara-cara nak masukkan FOLLOWER WIDGET atau BUTTON FOLLOW ni... NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU _ _ _ _ _ !! *Sila isikan tempat kosong tersebut...HAHAHA!


2. Tak ada COMMENT BOX dan SHOUTBOX/CHATBOX


Macam mana kita nak tinggalkan JEJAK kalau COMMENT BOX dan SHOUTBOX/CHATBOX tak ada dalam blog?? Eeeerrrmmmm.. Fikir-fikirkan lah yeee.. COMMENT BOX dah ada, tapi, tak boleh berfungsi, maybe ada SOMETHING yang korang perlu check... Kalau kita ada join segmen yang jenis kena BLOGWALKING semua peserta, macam mana kita nak bagitau dia yang kita dah singgah blog dia?? Kita pun mestilah nak bagitau detail kan tentang segmen yang dia sertai... Kalau tak nak buat SHOUTBOX/CHATBOX pun tak apa, tapi,, COMMENT BOX tu perlu ada dan perlu berfungsi dengan mudah! Bagi memudahkan semua blogger yang blogwalking ke blog kita itu untuk tinggalkan pesanan... Mana tau korang menang GA ke, bila tak ada COMMENT BOX dan SHOUTBOX/CHATBOX tu, diaorang nak bagitau yang kau menang tu macam mana? ppeeerrgghhh !! RUGI sangat-sangat wwwoooo !! Memang rezeki orang lain lah kan... RENUNG-RENUNGKAN LAH...


3. IKLAN yang tiba-tiba muncul tanpa di KLIK!


Haaaaaa!! Iklan yang aku maksudkan ni bukan iklan SAYS,CHURP-CHURP,ALEXA,NUFFNANG or whatever... Tapi, ini iklan percutian yang tiba-tiba sahaja muncul dan menghilangkan segala benda yang kita telah KLIK di NEW TAB! Automatik kita punya GOOGLE CHROME tu akan hilang dan keluar terus iklan ni... Boleh terangkan kat aku tak IKLAN apa ni?? Aku masih tengah blur... Sebab aku masuk blog someone, follower widget dan comment box dah ada, tapi, bila klik kat tempat Post Comment tu, tiba-tiba keluar benda alah ni... Hhhhaaaiiissshhh !! Potong mood aku betullah benda ni.. Disebabkan iklan ni, aku dah rasa fedup gila nak BLOGWALKING...  Sesiapa yang tau tentang iklan ni,tolong bagitau aku yeee... Kalau korang bagitau dengan lebih lanjut tentang benda ni, aku bolehlah berhati-hati lepas ni... Stress aku dibuatnyaaa! Nasib baik kerja-kerja yang aku buat dalam internet ni, aku dah save, kalau tak, memang menangis tak berlagu aku...


NOTA JARI : Apa yang aku cerita ni, bukan nak JUDGE blog tersebut atau sesiapa sahaja yang terasa, tapi, aku nak korang lebih FOCUS lagi tentang blog ni.... Blog aku pun bukan PERFECT sangat macam blog korang... Nak jadi seorang blogger tu boleh, tapi, kalau tak tau sesuatu, pergilah tanya kepada para-para blogger yang dah PRO dalam blog ni...  Malu bertanya, sesat jalan.... Kita sebagai seorang blogger, kita perlulah nasihat-menasihati dan mengajar sesiapa yang tak faham dalam blog ni.. MAAF kepada sesiapa yang terasa... 

Segmen : Hey ! blogger asal mana?

eyka | 5:18 PM | 3Comments |



Saya bersasal dari JOHOR... Selamat berkenalan Bloggers !! ^_^

Mini Giveaway By NurulFHMT

eyka | 4:06 PM | 5Comments |



TAG :

Segmen Topup 24 Jam by Emas Putih Part #2

eyka | 2:54 PM | 9Comments |


JOM JOIN....
KLIK BANNER okay.... GOOD LUCK !!

Cara-Cara Nak Semak Lokasi Tempat Mengundi Anda

eyka | 2:37 PM | 1Comments |

Korang dah tau kat mana tempat yang perlu korang pergi untuk mengundi PRU-13?
Mungkin ada yang dah tau tempat-tempatnya...
Tapi, bagi yang tak tau lagi, aku akan ajar korang, cara-cara untuk check tempat untuk korang mengundi...

CARA-CARA :

1. Korang klik link ini -->> http://daftarj.spr.gov.my/... Nanti dia akan keluar satu page macam ni..


2. Korang masukkan No.KAD PENGENALAN korang dan nanti akan keluar macam ni...


3. Kalau korang nak cetak, kat situ ada button untuk cetak... SELESAI...

Itu sahaja yang aku nak ajar pada petang ni... Hihhihihihiihi...
Senangkan... So, lepas ni, korang boleh lah checkkan untuk orang lain...
Untuk parents korang ke, kakak,abang,adik,makcik,nenek,atok,jiran sebelah rumah korang ke atau sesiapa sahaja yang korang suka...
Sebab cara nak check ni memang mudah sangat...
Sekarang ni kan semua nya di hujung jari... Huhhuhuhuu...
Okay lah, SELAMAT MENCUBA....

NOTA JARI : Check jangan tak Check... Hhhiihhihiihi... :D

Mendapat Anak Kembar (LAWAK)

eyka | 8:36 PM | 2Comments |

Al - Kisahnye.....
Di sebuah hospital 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak...

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"..

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.

Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"...


NOTA JARI : Hahahahaha! Kalau dapat kembar 11 orang, dah boleh buat pasukan bola sepak... Hihihii...

Lukisan Yang Kreatif Dengan Imej Yang Tersembunyi

eyka | 8:17 PM | 1Comments |





NOTA JARI : Korang tengoklah gambar-gambar tersebut, agak-agaknya lah kan, korang nampak tak apa yang aku nampak? HAHAHA! :D

Segmen Free Button Badge Nametag #2 by Huda

eyka | 7:32 PM | 1Comments |
Nama : Eyka
No Button Badge : 1
ID Follower : Siti Nuratika

Sunnah Nabi Setelah Majlis Akad Nikah

eyka | 2:52 PM | 0Comments |


Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:

‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

eyka | 2:00 PM | 1Comments |
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Credit to  : islam2u.net

Islam tidak melarang umatnya bergaya atau berfesyen

eyka | 1:17 PM | 2Comments |

BERFESYEN kini dilihat satu kemestian. Ia begitu sinonim dengan golongan hawa. Memang menarik sekali apabila melihat seorang wanita tampil berjubah atau bertudung kepala dengan pelbagai rekaan menarik.Namun, bertudung bukan sekadar berfesyen, tetapi niat si pemakai adalah menutup aurat.
Islam tidak menetapkan syarat khusus etika berpakaian asalkan bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan (memakai) perhiasan dikeluarkanNya untuk hambaNya dan rezeki (makanan) yang baik-baik? Katakanlah: Semua itu untuk orang yang beriman ketika hidup di dunia dan khusus untuk mereka pada hari kiamat. Demikian Kami terangkan ayat itu untuk kaum yang mahu mengetahuinya. Katakanlah: Sesungguhnya yang diharamkan TuhanKu, hanya semua yang keji, baik zahir atau yang batin, maksiat dan melampaui batas tanpa kebenaran atau kamu sekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diberi keterangan kepadanya dan kamu katakan terhadap Allah sesuatu yang tidak kamu ketahui”. (Surah al-A’raaf ayat 32 hingga 33).

Memakai perhiasan (pakaian yang baik dan bersih) sangat besar faedahnya untuk menjaga kesihatan manusia. Begitu juga menjaga kehormatan.
Memakai pakaian yang baik itu melahirkan nikmat Allah dan terima kasih kepada-Nya. Orang mukmin diberikan pahala menerusi niat atas pekerjaan baik itu.
Perhiasan menjadi tidak baik jika ia berlebih-lebihan, seolah-olah hidup hanya untuk tujuan berhias
Malah, tidak keterlaluan dikatakan melihatkan perkembangan fesyen semasa kini ia turut tempias kepada golongan lelaki yang semakin bijak bergaya.

Lelaki metroseksual. Itulah istilah yang digunakan bagi menggambarkan lelaki moden yang menjaga setiap inci penampilan mereka.

Namun, di sebalik perubahan yang dilihat menuju pemodenan adakah Islam melarang umatnya bergaya atau berfesyen?
Jika diteliti setiap orang pasti ingin tampil menarik apabila menghadiri majlis keraian seperti hariraya, perkahwinan, ke tempat kerja atau bersantai.

Islam memandang cara berpakaian mengikut gaya semasa diharuskan asalkan menutup aurat serta sopan, tidak terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuh, bersederhana, dapat membezakan antara lelaki dan perempuan serta jangan nipis hingga menampakkan warna kulit atau bentuk badan.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman: Hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa nampak daripadanya, dan hendaklah mereka tutupkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak mereka atau anak suami mereka atau saudara mereka atau anak saudara lelaki mereka atau anak saudara perempuan mereka atau perempuan Muslimat atau hamba sahayanya atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (syahwat) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti mengenai aurat perempuan.

Janganlah kamu berjalan sambil menggoyangkan kaki supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”. (Surah An-Nur ayat 31).

Nabi Muhammad ketika hayatnya suka pakaian berwarna putih terutama untuk solat Jumaat dan menghadiri majlis keramaian.

Ini kerana putih itu asal daripada segala warna lain selain dilihat suci dan bersih. Walaupun Nabi amat suka kepada pakaian berwarna putih, apabila hariraya Nabi memakai pakaian berwarna dan baru (bersih).

Dalam soal berpakaian Rasulullah sendiri bersifat terbuka dengan syarat ia tidak melanggar batas syariah.
Baginda memakai pakaian dari Yaman, Najran dan Mesir. Dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata, “Sesungguhnya Nabi Muhammad memakai jubah Rom- dalam sebahagian hadis disebut jubah Syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua-dua tangan bajunya.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai).

Angin peralihan daripada pakaian tradisi seperti baju Melayu bagi lelaki manakala wanita dengan baju kurung dan kebaya yang lebih moden menghakis ciri menutup aurat seperti digariskan dalam Islam.
Dari awal lagi, Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya dan mengikuti aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama.

Yang penting, pastikan pakaian itu daripada jenis kain tebal, tidak nipis, jarang atau terlalu ketat. Jika bertudung, pastikan penampilan kemas.
Elakkan terlalu selekeh, comot atau memakai pakaian sehingga berbau dan mengganggu orang lain terutama ketika bersolat.

Kaum wanita boleh memakai seluar jeans yang dipadankan dengan kemeja atau blaus, tetapi perlu memenuhi syarat.
Bagi lelaki, walaupun aurat mereka dari pusat ke lutut, tidak bermakna mereka boleh berpakaian sesuka hati.

Amalan berseluar pendek atau memakai pakaian koyak tidak sesuai dan melanggar peraturan menutup aurat.
Malah, jika seseorang mahu dilihat seorang yang zuhud sehingga mengenakan pakaian yang buruk, koyak serta kelihatan selekeh, ia turut dilarang.
Dari sudut psikologi, banyak kes rogol berpunca daripada cara berpakaian wanita yang terlalu menghairahkan dan seksi.

Jika wanita menjaga aurat, ia membendung nafsu yang tidak terarah itu.
Menurut Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhamad Shukri, berkata Islam tidak pernah menetapkan kod pakaian terhadap umatnya.

“Namun, wanita perlu memilih pakaian yang menutup aurat,” katanya.
Abdul Salam berkata, wanita boleh bergaya dan berhias dalam keadaan tertentu, tetapi hanya untuk suaminya.

“Secara fitrahnya, manusia sukakan sesuatu yang cantik dan indah, tetapi perlu disesuaikan dengan keadaan.
“Menjalani kehidupan sebagai orang Islam, kita sentiasa terikat dengan adab dan tingkah laku,” katanya.

Mengulas berkenaan fesyen dan gaya terkini terutama wanita yang bertudung tapi masih mendedahkan anggota tertentu seperti dada, beliau berkata ia tidak diiktiraf fesyen menutup aurat.
“Fesyen yang digayakan perlu mengikut tatacara dan adab yang menonjolkan wanita Muslimah iaitu menjaga auratnya.

“Seorang wanita itu tidak hanya menjaga maruah dirinya, malah ia membawa imej dan maruah wanita mukmin,” katanya.ustazcambodia


Credit to : Sumber Islam

Fakta Menarik Mengenai Kad Pengenalan Anda

eyka | 6:57 PM | 3Comments |

Nombor kad pengenalan: Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan. 
 
Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP. Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99. 
Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka. Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia. 
 
Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita. Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.
Sebelum 1990, nombor kad pengenalan warganegara adalah dalam bentuk A####### di mana # merupakan nombor siri 7-digit yang mana nombor terakhir dalam siri nombor tersebut turut sama mempunyai peranan pembezaan jantina lelaki dan wanita seperti sini nombor baru MyKad. 
 
SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN:- 
 
Johor – 01, 21, 22, 23, 24 
 
Kedah – 02, 25, 26, 27 
 
Kelantan – 03, 28, 29 
 
Melaka – 04, 30 
 
Negeri Sembilan – 05, 31, 59 
 
Pahang – 06, 32, 33 
 
Pulau Pinang – 07, 34, 35 
 
Perak – 08, 36, 37, 38, 39 
 
Perlis – 09, 40 
 
Selangor – 10, 41, 42, 43, 44 
 
Terengganu – 11, 45, 46 
 
Sabah – 12, 47, 48, 49 
 
Sarawak – 13, 50, 51, 52, 53 
 
Wilayah Persekutuan (KL) – 14, 54, 55, 56, 57 
 
Wilayah Persekutuan (Labuan) – 15, 58 
 
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) – 16 
 
Negeri Tidak Diketahui – 82 


NOTA JARI : Aku rasa kalau sampai tahun 2020, berkemungkinan Kad Pengenalan kita ini lagi lah lain rupa dan bentuknya... T_T

FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI HAIWAN

eyka | 6:43 PM | 2Comments |
  1. Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang..
  2. Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih..
  3. Siput boleh tidur sehingga 3 tahun
  4. Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa
  5. Seekor kuda mempunyai lebih 18 tulang dari seorang manusia
  6. Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan membunuhnya
  7. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat
  8. Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda
  9. Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.
  10. Deria rasa rama-rama di kakinya
  11. Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen
  12. Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan
  13. Tapak Sulaiman tak ada otak
  14. Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi tak boleh terbang
  15. Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna biru
  16. Ngauman singa boleh didengar sehingga jarak 5 batu
  17. Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang
  18. Ikan Paus Biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 100 kaki dan seberat 150 tan. Dinasour terbesar di dunia hanya seberat 110 tan
Credit to : Cik Yaya

Akhirnyaaaa!! Pembedahan BLOG telah pun SELESAI

eyka | 5:39 PM | 3Comments |


Ampun-ampunnnn kepada semua para bloggers yang ada terjah blog aku tadi tapi, tak boleh open...
Sebab aku tadi tengah meng-ADJUST blog ni...
Tak lama pun, adalah dalam 2-3 jam macam tu... Hhihihihihiii... ^_^

Okay, hari ni, aku nak bagitau kat korang yang aku happy sangat-sangat...
Nak tau KENAPA?
Sebabnyaaaaaaaaaaaaaa blog aku dah berubah wajah...
Cuba korang tengok blog aku ni secara keseluruhannya...
Header je aku tak dapat nak tukar sebab NO IDEA!!



Nak mengubah suai blog ni bukan senang...
Kena godeh kod itulah kod inilah...
Senang cerita, kesabaran itu perlu ada sebelum korang ubah blog ni...
Aku sebenarnya hampir berputus-asa tauuuu! Huuhuhhuu..
Tapi, dalam hati ni dah nekad nak tukar style blog ni sikit.. 

Setelah kita ubah segalanya dan kita dapat apa yang kita nak, kita akan rasa PUAS HATI !!
Tapi, sebelum korang edit tu, bacalah bismillah dulu...
Biar berkat sikit hasil usaha yang kita lakukan itu...
Jangan main pakai DELETE je semua kod-kod yang ada dalam BLOG...
Nanti, tak menjadi, tak dapat den nak menolong nyaaa haaaa! Hiihihihhii..

Aku ubah suai blog ni mengikut TUTORIAL daripada Lyssa Faizureen dan juga Nabila Medan...
Terima Kasih kepada mereka berdua kerana menyediakan TUTORIAL yang mudah difahami...


NOTA JARI : So, inilah HASIL nyaaaaaaaaaaaa! Apa lagi, berilah pendapat dan juga idea-idea yang bernas untuk aku ubah atau tambah apa-apa sahaja kat dalam blog aku ni.....

Segmen: Jom bergegar dalam blog!

eyka | 11:28 AM | 6Comments |
Sebenarnya aku nak keluar ni...
HAHA! Tapi, sebelum aku keluar pergi hangout dengan family, aku nak join satu segmen dari BLOG PALY... ^_^
Hey korang, jom ler join....
Bagi mengeratkan lagi silaturrahim diantara kita dan juga para blogger-blogger yang terhangat di Malaysia...
HAHAHA! Ayat tak boleh bllllaaaaaaaaaaaa kan!
Okay lah, jangan lupa join okay...
My mom dah suruh siap cepat-cepat tu.... Hhihiihhiihihii...
Bbbyyyeeeee... Petang sikit aku update lagi blog ni okay....


NOTA JARI : Assalamualaikum.... ^^v

EDIT HTML Dah berubah ??!

eyka | 6:59 PM | 0Comments |
Semalam petang, mood ni tiba-tiba rasa nak ubah sikit blog ni...
Nak bertukar wajah lah kononnya...
Tapiiii, tak jadi.. HAMPEEHHH saaajjaa!!! HAAHAHA!
Nak godeh2 code, jadi pening seketika...
Sebabbbbbbbbbb, kat ruangan EDIT HTML tu dah bertukar wajah...
OMG !!!!!
Terkejut lihat perubahan tersebut, tapi, tak adalah rasa panic sangat... Hiihhiihiii...
Rilex saajjjaaa!! Jangan panik-panik dan jangan gelabah...
Cccceeeehhh !! INI SEMUA POYYOOOO !!
Rupaku bila terkejut..HAHAA!! 
Kengkonon aku ni nak try pakai SIMPLE template and ikut semua tutorial yang Lyssa Faizureen bagi..
Tapi, tak jadi nak mengEDIT, sebab EDIT HTML yang baru ni, dia boleh detect code yang EROR...
So, aku akan cari masa yang sesuai untuk edit-mengedit ni...
Just waaaaiiit and sssseeeee.... HAHAHAA!
Aku akan buat SURPRISE kat korang semua...
Tapi, bukan sekaranglah yeee...
Nanti-nanti lah... Aku nye jadual padat lorrhhhh.. Huhuhuhhuu.. :'(
Sampai tak sempat aku nak UPDATE blog ni...
Kesian dia.... :'(

Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani

eyka | 3:54 PM | 25Comments |



Segmen ini dianjurkan untuk merapatkan hubungan  silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah “ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama seminggu,bermula pada 12/4/2013 sehingga 11.59 malam 19/4/2013.


Syarat yang perlu dipatuhi:

1)Mempunyai blog.
2)Follow blog ini dan like page blog ini.(kat sidebar)
3)Follow dan like sponsor.
4)Copy coding yang telah disediakan dan pastekan di ruangan HTML.
5)Letakkan URL entri di ruangan komen. 


Sponsor:


Blog :
Vanida/Ismah/Aimi



Page:
   
 



Hadiah yang bakal dimenangi:

Peplum(1),Keychain.(3),Pashmina.(1),Kerongsang.(1),Review blog.(5),Topup RM5(2),Header(1),Cursor(1)
Pemenang akan dipilih melalui top referral dan cabutan
bertuah
oleh saya sendiri.



Segmen Sahabat Selamanya by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanaHani,The Rossele,Ismah, Vanida,dan Aimi

Segmen copy paste ini inspired by Kak Mia Liana.

Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen
ini.

Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.


Apa tunggu lagi..Klik banner dan Join!
p/s: Kalau tak boleh klik banner.Klik kat ayat bawah banner tu k.

Lukisan Yang Menarik Dibuat Dari Pita Kaset

eyka | 5:33 PM | 0Comments |
Biasanya kita tengok orang buat LUKISAN 3D, LUKISAN TEKNIK, LUKISAN POTRET dan juga LUKISAN KREATIF... 
Tetapi, apa yang aku nak SHARE ni sangat-sangat MENARIK!
Iaitu LUKISAN dibuat dari PITA KASET !
Dibawah ini antara Gambar-Gambar Lukisan tersebut...








NOTA JARI : Hebaaaatttt !! Orang yang buat lukisan pakai PITA KASET ni mesti mempuyai daya IMAGINASI yang kuat dan juga KREATIVITI yang sangat-sangat TINGGI...