♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Lisa, Yusry Mahu Sepasang Anak Lelaki dan Perempuan

Lisa, Yusry Mahu Sepasang Anak Lelaki dan Perempuan

eyka | 7:56 PM | 0Comments |

Rasanya ramai yang dah tahu tentang pemergian pasangan romantik Lisa Surihani dan Yusry ke Los Angeles  (L.A) dua minggu lalu.

Lisa ketika ditemui beberapa minggu lalu sebelum berangkat ke L.A memberitahu Astro Gempak, dia sebenarnya menemani suaminya ke negara tersebut untuk mempromosikan filem terbaru terbitan KRU Studios, Vikingdom.

“Sebenarnya Lisa teman Yusry bekerja…Tapi dah alang-alang tu, kami ambil keputusan untuk ‘extend’ beberapa hari dan bercuti di sana. Konon-konon ‘honeymoon’lah…Lagipun Yusry dah lama tak berehat, terlalu sibuk dengan Vikingdom,” kata aktres manis ini ketawa.

Adat selepas berumah tangga, soalan yang ditanya pasti tentang cahaya mata. Astro Gempak pun tak terlepas untuk bertanyakan tentang  perkara tersebut kepada Lisa.

“Itulah…Belum ada rezeki lagi ni…Mungkin ramai yang ingat, Lisa dan Yusry merancang keluarga…Sebenarnya kami tak pernah 'plan' pun…Doakan kami supaya cepat-cepat dapat anak ya…

“Ramai juga yang bertanya bila nak timang ‘baby’ tapi Lisa serahkan semua kepada Allah S.W.T. Kalau ikutkan perancangan, kami nak dua orang anak…Kalau boleh sepasang!,” katanya tersenyum.

Mengaku suka kepada kanak-kanak, Lisa dan Yusry akan meluangkan masa bersama anak buah mereka dengan menonton wayang atau beraktiviti di rumah jika ada kelapangan.

Dalam perkembangan lain, Lisa baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie terbitan Astro berjudul ‘Jawa Taiko’ dan ‘Mama, Mama, Mia’.



Credit To : Astro Gempak

No comments: