♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Masalah bila BLOGWALKING!

Masalah bila BLOGWALKING!

eyka | 10:46 PM | 3Comments |

Malam ni aku rasa macam nak luahkan perasaan kat korang lah..
Yang sudi baca tu TERIMA KASIH sangat-sangat...
Nanti saya belanja COKLAT CADBURY okayyyy!! *Ammbbooii.. Suka ler tuuuu! HAHA!
Mari,mari,marrrrriiiiiiii, yang jauh didekat-dekatkan...
Yang dekat tu, jangan terlalu dekat sangat dengan lappy, kang MATA ROSAK tak tauuuu! HAHA!
Ala-ala buat jualan kat PASAR MALAM lah pulakkan... 
Okay, kembali pada tajuk entry malam ni...
HOT sangat tajuk tuuuuu !! Apa masalah aku bila BLOGWALKING??


1. Tak ada FOLLOWER WIDGET DAN BUTTON FOLLOW!


Masalah yang ni memang besar sangat bagi aku... Sebab, bila kita masuk salah satu blog then kita punya lah semangat nak follow blog dia ni, tengok kat sidebar tak ada... Then SCROLL bawah dan bawah sampai habis, tak ada jugak FOLLOWER WIDGET tersebut... Okay, penuh kesabaran, kita cari pulak BUTTON FOLLOW, memang still tak ada dan tak jumpa langsung BUTTON FOLLOW tersebut... Macam mana lah nak suruh orang follow blog... Ajak satu kampung suruh follow pun memang tak boleh nak follow sebab FOLLOWER WIDGET atau BUTTON FOLLOW tak ada... Sebagai seorang blogger, FOLLOWER WIDGET atau BUTTON FOLLOW ni memang WAJIB sangat-sangat! Kita memang manusia biasa yang selalu buat kesilapan, tapi, diatas kesilapan tersebut, kita perlulah ubah dan berusaha untuk memperbetulkannya... Tak kisah lah korang nak tempek benda tu kat mana pun, yang penting ADA! Dah banyak BLOGGER yang bagi TUTORIAL cara-cara nak masukkan FOLLOWER WIDGET atau BUTTON FOLLOW ni... NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU _ _ _ _ _ !! *Sila isikan tempat kosong tersebut...HAHAHA!


2. Tak ada COMMENT BOX dan SHOUTBOX/CHATBOX


Macam mana kita nak tinggalkan JEJAK kalau COMMENT BOX dan SHOUTBOX/CHATBOX tak ada dalam blog?? Eeeerrrmmmm.. Fikir-fikirkan lah yeee.. COMMENT BOX dah ada, tapi, tak boleh berfungsi, maybe ada SOMETHING yang korang perlu check... Kalau kita ada join segmen yang jenis kena BLOGWALKING semua peserta, macam mana kita nak bagitau dia yang kita dah singgah blog dia?? Kita pun mestilah nak bagitau detail kan tentang segmen yang dia sertai... Kalau tak nak buat SHOUTBOX/CHATBOX pun tak apa, tapi,, COMMENT BOX tu perlu ada dan perlu berfungsi dengan mudah! Bagi memudahkan semua blogger yang blogwalking ke blog kita itu untuk tinggalkan pesanan... Mana tau korang menang GA ke, bila tak ada COMMENT BOX dan SHOUTBOX/CHATBOX tu, diaorang nak bagitau yang kau menang tu macam mana? ppeeerrgghhh !! RUGI sangat-sangat wwwoooo !! Memang rezeki orang lain lah kan... RENUNG-RENUNGKAN LAH...


3. IKLAN yang tiba-tiba muncul tanpa di KLIK!


Haaaaaa!! Iklan yang aku maksudkan ni bukan iklan SAYS,CHURP-CHURP,ALEXA,NUFFNANG or whatever... Tapi, ini iklan percutian yang tiba-tiba sahaja muncul dan menghilangkan segala benda yang kita telah KLIK di NEW TAB! Automatik kita punya GOOGLE CHROME tu akan hilang dan keluar terus iklan ni... Boleh terangkan kat aku tak IKLAN apa ni?? Aku masih tengah blur... Sebab aku masuk blog someone, follower widget dan comment box dah ada, tapi, bila klik kat tempat Post Comment tu, tiba-tiba keluar benda alah ni... Hhhhaaaiiissshhh !! Potong mood aku betullah benda ni.. Disebabkan iklan ni, aku dah rasa fedup gila nak BLOGWALKING...  Sesiapa yang tau tentang iklan ni,tolong bagitau aku yeee... Kalau korang bagitau dengan lebih lanjut tentang benda ni, aku bolehlah berhati-hati lepas ni... Stress aku dibuatnyaaa! Nasib baik kerja-kerja yang aku buat dalam internet ni, aku dah save, kalau tak, memang menangis tak berlagu aku...


NOTA JARI : Apa yang aku cerita ni, bukan nak JUDGE blog tersebut atau sesiapa sahaja yang terasa, tapi, aku nak korang lebih FOCUS lagi tentang blog ni.... Blog aku pun bukan PERFECT sangat macam blog korang... Nak jadi seorang blogger tu boleh, tapi, kalau tak tau sesuatu, pergilah tanya kepada para-para blogger yang dah PRO dalam blog ni...  Malu bertanya, sesat jalan.... Kita sebagai seorang blogger, kita perlulah nasihat-menasihati dan mengajar sesiapa yang tak faham dalam blog ni.. MAAF kepada sesiapa yang terasa... 

3 comments:

Berry Lavynia said...

a'a..knp asyik klua iklan 'take a break' tuu jeee! konpius gak

fiza saiza said...

perkongsian yang bagus...

nurul husna said...

salam perkenalan...sudi la datang ke blog sya...