♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Parlimen dibubar hari ini

Parlimen dibubar hari ini

eyka | 7:56 PM | 2Comments |


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan  sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu.

Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu.

Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.

Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat.



Credit to : HarakahDaily.Net

NOTA JARI : Kepada para BLOGGER, yang boleh mengundi tu, jadilah pengundi yang BIJAK.... Yang sebaya aku 21 tahun, kita baru je masuk ke alam undi-mengundi ni... So, buatlah pilihan dengan BIJAK ye kengkawan... Jangan mengundi melulu jeee.... Hihhihihihihiiii.... ^_^

2 comments:

Nao Mei said...

jemput baca

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/04/blog-post.html

anis Sk said...

belum 21 tahun lagi. Hihi +D