♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Zain Saidin Bersikap Kurang Ajar ??

Zain Saidin Bersikap Kurang Ajar ??

eyka | 10:27 PM | 0Comments |

.

.

Sesiapa yang menonton episod terbaru MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 2) yang bersiaran malam tadi (Ahad) pasti tahu apa yang berlaku dan bagaimanakah perangai yang ditunjukkan oleh Zain Saidin.
Sebelum ini Zain Saidin dikatakan suka buat perangai di set MasterChef Selebriti Malaysia namun ramai yang menganggap kisah itu sebagai strategi melariskan program.
Malam tadi, ketika proses penyingkiran berlaku satu Malaysia boleh melihat sendiri sikap kurang ajar dan memperbodohkan diri sendiri yang ditunjukkan Zain Saidin terhadap juri-juri dalam program tersebut. Tak pasal-pasal juri yang tak pernah mengamuk, terus 'naik hantu'.
Sementara, peminat di laman sosial rata rata menyokong penyingkiran bakal suami Rozita Che Wan itu daripada MasterChef Selebriti kali ini kerana tidak sanggup melihat perangai tidak matang beliau sebagai seorang selebriti.
Malah ada antara mereka yang membandingkan Zain Saidin dengan Azwan Ali yang mana juga lantang bersuara dalam program itu sebelum ini tetapi tidak pernah sekali pun bersikap biadap.
Tapi mungkin juga 'adegan' Zain itu satu lakonan untuk menaikkan rating program terbitan Astro ini. Boleh jadi. Nantikan 'drama-drama' seterusnya pada episod akan datang.


Credit to : Malaysiandigest.com

No comments: