♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: May 2013

Bahaya Pemakaian Headphone/Earphone

eyka | 11:04 PM | 3Comments |

Kebiasaan mendengar portable music player (PMP) seperti MP3 player, boleh menyebabkan  kecederaan telinga. Ini berlaku jika kita sering memakai earphone atau headphone bervolume tinggi. Berdasarkan kajian yang dibuat, kesan-kesan buruk datang jika menggunakan earphone selama lima jam dalam seminggu. Kesannya adalah kerosakan kekal pada telinga. Ada kemungkinan hal itu boleh terjadi pada usia muda. Mendengar melalui earphone dengan kenyaringan yang tinggi boleh menyebabkan kemampuan pendengaran merosot. Kenyataan itu diberikan sembilan penyelidik dariCommittee on Emerging and Newly Identified Helat Risks. Bahkan, mereka juga menyatakan bahawa risiko kehilangan pendengaran akan dirasai pada pertengahan usia 20-an. Bagaimanapun, mendengar muzik melalui media mudah alih juga menimbulkan kesan lain. Muzik boleh mengasingkan pendengarnya dari khalayak ramai. Misalnya, ketika memandu, muzik boleh meningkatkan risiko kehilangan pendengaran terhadap situasi persekitaran.


Ia juga bergantung juga pada usia seseorang. Bunyi terbahagi kepada beberapa peringkat. Bunyi rendah untuk dewasa adalah antara 25 hingga 40 dB, sedangkan untuk anak-anak 20 hingga 40 dB. Bunyi terkuat yang mampu didengar oleh manusia ialah 90 dB.

Selain itu, gelombang elektromagnetik daripada headphone atau earphone juga mempengaruhi kesan elektrik di otak, namun kesannya terhadap kerosakan otak masih dalam persoalan. Sehingga kini masih belum ada bukti perubatan yang kukukh untuk membuktikannya. Walaupun gelombang elektromagnetik memberi kesan terhadap otak tikus, tetapi belum lagi terbukti terhadap otak manusia. B
eberapa kajian di Eropah tentang kesan gelombang elektromagnetik terhadap tumor otak tidak dapat membuktikan kesan tersebut, Namun mengenai kesan terhadap telinga, mendengar muzik dengan earphone boleh mempengaruhi pendengaran, terutamanya apabila mendengar dalam kenyaringan dan kelangsingan (amplitud dan frequency) yang tinggi.


Beberapa cara untuk mengurangkan kerosakan pendengaran adalah dengan mengurangkan volume dan mengurangkan masa untuk mendengar melalui earphone. Beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan sampingan adalah seperti menggunakan headphone yang besar, supaya suara lebih tertumpu dan lebih menutup suara bising dari luar berbanding earphone yang kecil. Jenis earbuds yang kecil mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang diletakkan di dalam lubang telinga sudah pasti memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai pada telinga luar.


NOTA JARI : Bagi yang kerap sangat pakai Earphone/Headphone, bila dah tau fakta mengenai Bahayanya pemakaian Earphone/Headphone ni, kurangkanlah memakai Earphone/Headphone tu... Okay... :)


Credit to : BlogSanaSini

Sinopsis Protect The Boss - Ellyne Alyana

eyka | 10:38 PM | 2Comments |

SINOPSIS :

Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, ‘melipat’ orang. Jika diberi pilihan , dia lebih rela digelar ‘teruna tidak laku’ daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci! 

Nurafifah Alia Aqilla. - Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki meninggal akibat kepupusan, otaknya dan hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad! 

Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah –olah pantulan Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti ‘cukup’ dalam hidupnya. 

Tetapi dapatkah mereka menolak takdir? Kehidupan rumahtangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari …

“Jet’aime!”

“Hah? Jeti Amer?” Aku dah ketawa sakan. Apa masalah Hafiz pagi-pagi ni? Dia nak pergi ajak aku memancing ke sampai pergi jeti? 

“I’m sorry I can’t stop loving you. And I’m promising you, I will stay by your side as long as you willing to be my Superman sayang” – Nurafifah Alia Aqilla

“ Well I’m no superman, but I’ll always be your man …” - Tengku Hafifi Hafiz 

Ketika sedang asyik dilamun cinta yang membara …Mereka diuji dengan dugaan yang hampir-hampir memusnahkan masjid yang sudah kukuh dibina. Dapatkah mereka bersama sehingga akhirnya? Adakah takdir bakal menyebelahi mereka?



NOTA JARI : Novel yang AWESOME! Kepada semua yang memang KAKI NOVEL, jangan lupa dapatkan novel ni di PASARAN sekarang! Bagi yang hatinya lembut macam aku, korang pasti tidak akan perasan bahawa korang telah pun mengalirkan airmata ketika membaca novel ni... Hhuuhuhuh.. Sangat-sangat menusuk kalbu...

Kelebihan dan Khasiat pada Kacang

eyka | 8:00 PM | 1Comments |

Terdapat pelbagai jenis kacang yang boleh anda beli di pasaran. Ia bukan saja dapat memberi rasa enak dalam makanan malah mempunyai banyak khasiat yang boleh dimanfaatkan.
Kacang adalah biji dan buah yang tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah dan boleh dikeluarkan daripada buah. Contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya.

Oleh kerana kacang secara umumnya mempunyai kandungan minyak yang tinggi, ia merupakan makanan yang menjadi sumber tenaga.


Sejumlah besar kacang boleh dimakan dan digunakan dalam masakan, dimakan mentah, dipanggang sebagai makanan ringan atau diperah untuk mendapatkan minyak yang digunakan dalam masakan dan alat solek.


Kacang badam atau nama saintifiknya prunus dulcis berasal dari Asia Barat dan Asia Selatan merupakan bijian daripada buah drup.
Ia mengandungi (lapisan luar iaitu buah, tempurung atau cengkerang yang melindungi bijinya (kacang badam). Cengkerang yang melindungi biji badam harus dipecahkan untuk mendapatkan kacang badam.
Badam boleh dimakan mentah atau dipanggang. Ia juga satu komponen bahan untuk aneka hidangan. Badam boleh didapati dalam banyak bentuk, seperti sebiji penuh, dihiris, dan sebagai mentega badam, susu badam dan minyak badam.
Badam manis mengandungi lebih kurang 26 peratus karbohidrat (12 peratus serat pemakanan, 6.3 peratus gula, 0.7 peratus kanji dan karbohidrat).
Badam kaya sumber vitamin E iaitu mengandungi 26 miligram (mg) setiap 100 gram (g). Ia juga kaya dalam serat pemakanan, vitamin-vitamin B, mineral-mineral penting dan lemak tidak tepu) yang mana berpotensi untuk mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) .
Badam juga mengandungi phytosterols yang dikaitkan mampu merendahkan kolestrol.


Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.
Pistasio adalah biji-biji yang dibalut dalam buah yang keras, yang tidak terbuka secukupnya untuk melepaskan biji-biji tersebut mengandungi lutein dan zeaxanthin iaitu dua jenis karotinoid yang membantu melambatkan penuaan.


Kacang walnut dari genus Juglans ialah tumbuhan dalam keluarga Juglandaceae dan merupakan bijian dari buah drup yang boleh dimakan. Isinya yang keras dibuang ketika penuaian.
Perkataan walnut berasal dari bahasa Inggeris lama wealhhnutu, bermaksud 'kacang asing', wealh bermaksud 'asing'.
Nama Latin untuk walnut adalah nux Gallica. Kacang walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu melindungi jantung dan memelihara kesihatan otak.
Pada tahun 2010, satu laporan dalam the Journal of the American College of Nutrition mengatakan kacang walnut boleh melegakan stres (tekanan).
Berbanding dengan kacang-kacang lain seperti badam, kacang tanah dan kacang hazel, walnut (terutama sekali dalam bentuk mentah) anti oksida yang tinggi yang mampu mengawal penyakit barah.


Credit to : Utusan Online
Gambar : Mr.GOOGLE

NOTA JARI : Aku suka makan kacang Pistachio tu.. Pistachio tu memang leceh, sebab nak kena kopek/buka kulitnya yang keras tu dulu baru kita boleh makan isinya... Tapi,bila dah makan.. Pppeerrgghhh! Tak cukup 1 tupperware.. HAHAHA!

10 Blogger Comel di Malaysia

eyka | 7:24 PM | 10Comments |
10 blogger yang anda rasa paling comel :
  1. Ainaa Roseberry
  2. Fizgraphic
  3. Nabila Medan
  4. Cik Lyeen
  5. NurulFHMT
  6. Emas Putih
  7. Abang Feroz
  8. Farah Waheda
  9. Eima
  10. Yumida
TAG :

NOTA JARI : Meriahkanlah lagi Cuti Sekolah anda dengan men-JOIN Segmen/GA/Contest dari para blogger... KLIK BANNER untuk JOIN... Mana tau rezeki sempena Cuti Sekolah ni kan.. AAMIN.. Klik,klik okay... :)

It's time to promote! #1

eyka | 3:54 PM | 3Comments |
Selamat Petang dan Salam Ceriaaaaaa! Hhiiihhiihii...
Aku tiba-tiba rasa macam nak promote satu blog ni lah...
Blog kawan baik aku masa sekolah menengah dulu...
Dah lama tak jumpa dia ni, last jumpa masa wedding abang aku tahun lepas... Huhuhuhuhu..
Rindunnnyyyaaaaaa kat diaorang semua, nak jumpa, masing-masing dah belajar dan kerja jauh-jauh...
Susah rasanya nak jumpa diaorang semua ni, reunion pun tak buat-buat lagi... Huuhhuhuuhu.. :'(

Gambar masa majlis perkahwinan abang aku..

Comey tak kami??? Ala-ala iklan Kak Ton lah pullaaaakkk.. Hihihihii...
Heeeeyyyppp, hhhyyeeeeppp! Semua tu dah ada yang empunya tau, tak boleh kacau... :p
Yang berbaju kurung warna oren tu lah yang aku nak promot...
Ada ke dia tujukan kat aku "Dah nak kawin ke??" 
Hhhhaaaiiissshhh! Soalan paling mendebarkan you know... Hiihhihihihihiii...
Mereka ni lah sahabat aku masa sekolah menengah dulu...
Kenal dari tingkatan 1 sampai lah sekarang, tetap hallo-hallo lagi...
Ada lagi kawan-kawan yang lain, tapi, diaorang tak dapat datang masa abang aku kahwin, masing-masing ada hal...


Meh sini, aku nak kenalkan kat korang tentang budak yang berbaju oren tu, dia seorang yang CERIA, PERAMAH, PEMAAF, BAIK HATI dan SUKA BUAT LAWAK...
Rasanya kalau masuk raja lawak, insyaallah boleh menang... *akan ku VOTE beriban-riban..Hiihhihii..
Nama dia Eima, susah nak nampak dia marah, sebab, dia ni sentiasa happy je....
Best kawan dengan dia, tak bosan bila layan kerenah dia ni...
Kalau korang sedih, korang cerita je dekat dia, sure korang tak jadi nak menangis, nanti ada je benda yang dia buat sampai korang gelak terguling-guling... HAHAHAAA!
Tapi, aku tak ada lagi lah gelak sampai macam tu sekali.... WAKAKAKAAA!

Rindu masa zaman persekolahan dulu...
Kalau lah ada pintu Doraemon, yang boleh kembali ke masa lampau, akan ku beli pintu tu...
Kehidupan masa zaman sekolah dan zaman sekarang ni, banyak sangat perubahan...
Jom terjah blog Eima ni http://akusertadia.blogspot.com/
Kalau sekali korang kenal dia, korang pasti tidak akan menyesal mengenalinya sebagai seorang sahabat.. :)

NOTA JARI : "Selemah-lemah mnusia ialah yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" -SAIDINA ALI-

Kelebihan Epal Hijau dan Khasiatnya

eyka | 3:10 PM | 3Comments |


Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. 

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. 



Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah: 

• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz

eyka | 12:14 PM | 1Comments |


Aktres muda Eina Azman tetap mahu meneruskan niatnya untuk menyaman ibu kepada 'kekasihnya', aktor Afiq Muiz, Hasliza Mohamad yang gagal memohon maaf atas tuduhan dilemparkan kepadanya.
Dipetik dari Berita Harian, Eina memberitahu, "Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Mereka akan uruskan dan tunggu saja apa yang akan berlaku seterusnya.
"Sampai sekarang, ibu Afiq masih tidak meminta maaf. Malah keluarga ibunya turut menyerang saya di Twitter. Saya tidak akan meminta maaf dan tiada sebab untuk saya meminta maaf. 
"Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani bercakap begini sebab saya ada bukti di atas segala percakapan saya," ujarnya.
Sementara itu, Afiq mengakui tidak menyesal mengadakan sidang media baru-baru ini dan menegaskan bahawa dia dan Eina, 18, tidak mempunyai hubungan istimewa selain daripada teman rapat.
Kontroversi melibatkan Afiq dan ibunya mula menjadi perhatian umum selepas Hasliza membuat pendedahan bahawa anaknya itu sudah mula lupa diri selepas dikatakan menjalin hubungan dengan seorang aktres yang didakwa adalah Eina.

SINOPSIS NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

eyka | 10:17 PM | 1Comments |


Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad . Bermula dari satu perangkap yang dirancang oleh Raimy dan Raina, kisah cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang dipupuk sejak zaman universiti tidak kesampaian. Benarlah kata orang, cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada hubungan Syafa dan Farish, Farish bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan Syafa lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka..

Sewaktu menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad. Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Farish yang terlewat sampai ke majlis tersebut terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy...


Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah bila diminta untuk bernikah dengan Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah..

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Pada hari pernikahan Firash dan Syafa, Farish meninggal dunia. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina, yang mana masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.)..

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.


Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?



NOTA JARI : Jadi, jangan lupa tonton cerita SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA setiap hari JUMAAT, 9 MALAM, hanya di TV3...

Soalan dari Blogger Baru

eyka | 9:35 PM | 2Comments |
Hhhhyyyeeeee, Selamat Malam wahai para blogger sekalian...
Malam ni, aku nak jawab semua soalan dari seorang blogger baru...
So, apa lagi, JAWAB lah...
Zzzzzzaaaassssss!! HAHAHA! (ala-ala MELODI gitu..)


NAMA PENUH : Siti Nuratika..
UMUR : 21 Tahun..
TINGGAL KAT MANA? : Johor...
BELAJAR DI MANA ? : Tak belajar, tapi, saya kerja...
DAH BERAPA LAMA DALAM DUNIA BLOG? : Adalah dalam setahun lebih gitu... Hihhihii.. Tapi, rasa macam baru je lagi dalam dunia blog ni sebab sekarang ni dah jarang update... Huhuhuhuhu..
EMAIL : eyka.paiman@yahoo.com


Kalau ada nak tanya apa-apa, just email je okay...
Nak tanya kat Facebook atau Twitter pun boleh...
Okay, semua soalan dah terjawab, jadi, JOM TERJAH blog dia kat SINI -->> No More U In My Life

Jatuh Bangun - In-Team (LIRIK)

eyka | 1:42 PM | 2Comments |

Duhai... Tuhanku
Jatuh bangun ku menghambaMu
Kadang cinta, kadang ku melupa...
Tega ku menyiksa hidup sendiri...

Duhai... Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu...

Komposer & Penulis Lirik: Aden Edcoustic

Tuhan...
Aku tanpa Mu, hidup ku menderita..
Sunyi hati, kelam jiwa bagai terpenjara

Tuhan...
Biar kan kini, aku dalam rahmatMu
Meski jatuh dan terbangun...
Ku tetap bertahan...

Afiq Muiz Digelar sebagai Anak Derhaka

eyka | 12:40 PM | 1Comments |

Selepas digelar lupa diri dan anak derhaka setelah menjadi pelakon oleh ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48, pelakon baru Afiq Muiz tampil menafikan dakwaan yang dilemparkan itu termasuklah membuang ahli keluarganya sendiri.
Menurut Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah menerusi sidang akhbar tergempar semalam, dia sebenarnya telah diusir keluar oleh ibunya sejak awal tahun lalu.
"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu.
"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya? Umi sudah tidak sayangkan saya lagi," kata Afiq seperti dipetik dari mStar.
Pelakon berusia 21 tahun ini memberitahu dia sayangkan ibu dan adik-beradiknya dan selama ini dia bekerja mahu menanggung keluarga tetapi mereka tidak faham keadaannya sehingga telah menimbulkan salah faham antara dia dan ibunya.
"Setiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah sehingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah."
Pelakon drama "Mimpi Cinderella" ini akui kecewa apabila pengorbanannya selama ini seperti tidak dihargai keluarga, malah tiada seorang pun ahli keluarganya bertanya tentang keadaan kesihatannya.
Pada masa sama, Afiq turut menafikan pelakon Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman yang dikatakan kekasihnya itu menjadi punca hubungan keluarganya semakin bertambah buruk.
"Saya marah ibu dan adik-adik kerana menuduh Eina berkawan dengan saya sebab mahu kikis duit saya, padahal secara jujurnya tiada apa pun yang saya ada.
"Saya tiada duit atau harta yang nak diberikan kepada dia, dia sendiri mampu kerana dia dari keluarga yang berada. Saya minta adik-adik saya berhenti daripada mengutuk Eina di laman sosial kerana ia menjejaskan nama baiknya," ujar Afiq yang turut memberitahu hubungannya dengan Eina hanya sebagai teman rapat.
Eina, 18, yang turut bersama di sidang akhbar tersebut memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adik Afiq sekiranya mereka tidak tampil membersihkan namanya dan keluarga.
"Saya harap dia akan membuat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di Twitter setiap hari," kata Eina.
Afiq turut meminta agar ibunya berhenti memburukkan namanya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik dan berharap ibunya akan berhenti berprasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga Eina.
Sementara itu, ibunya menyangkal yang mengatakan dia menghalau anaknya dari rumah.
"Demi Allah saya tidak pernah usir Afiq keluar, tetapi dia memilih keluar rumah selepas menyatakan tidak selesa berada di rumah kami yang kecil.
"Saya tidak pernah meminta wang daripada Afiq dan hanya Allah tahu bagaimana susah-payah saya membesarkan dia dan anak-anak lain," jelas Hasliza seperti dipetik dari Harian Metro.

NOTA JARI : Harap Afiq Muiz bersabar dalam menghadapi segala ujian yang Allah beri kepadanya... Allah memberi ujian kepada hamba-hambanya sesuai dengan kekuatan hatinya... 

Alyah sangkal spekulasi bakal berkahwin

eyka | 11:58 AM | 1Comments |

Pelantun lagu "Kisah Hati", Alyah menyangkal spekulasi yang mengatakan dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS selepas memuat naik gambarnya di hadapan sebuah rumah di laman sosial foto Instagram.
"Saya sedar timbul spekulasi berdasarkan komen berhubung gambar itu. Lokasi dalam gambar itu bukan rumah Ramli. Ia tiada kena-mengena dengan isu berpindah rumah kerana mahu mendirikan rumah tangga," katanya seperti dipetik dari Berita Harian.
Sebelum ini, dalam satu artikel majalah hiburan, Alyah telah merujuk Ramli sebagai teman lelaki dan pengakuan tersebut dikatakan memakan dirinya kerana sebelum itu mereka menafikan dakwaan yang mereka bercinta.
"Disebabkan itulah saya cukup berhati-hati apabila mengulas perkara itu. Ini kerana ramai salah tafsir dan menulis perkara yang bukan keluar daripada mulut saya. Kesudahannya, nama saya buruk. Cukuplah saya buat emak menangis sebelum ini. Saya tak mahu dia menangis lagi. 
"Saya perempuan. Tidak elok saya mengulas perkara ini. Saya tidak mahu dituduh terhegeh-hegeh," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Alyah yang kini sudah tampil bertudung sedang sibuk dengan pembikinan album terbarunya yang dijangka berada di pasaran selepas Aidilfitri.

Alyah sangkal spekulasi bakal berkahwin

Credit to : Yahoo.com

SINOPSIS KECOH HANTU RAYA TOK CHAI

eyka | 6:20 PM | 0Comments |

Di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang merendah diri dan membela seekor Hantu Raya. Hantu Raya tersebut memberi Tok Chai hidup yang senang tetapi semua benda yang baik harus berakhir.

Cerita bermula apabila Tok Chai meninggal dunia, yang merisaukan Hantu Raya tersebut kerana pengebumian Tok Chai bererti pengakhirannya. Oleh itu, Hantu Raya cuba menghentikan penduduk kampung dari mengebumikan Tok Chai. Dengan kebijaksanaan Tok Imam dan usaha Ebby, Korporal Lisa, Tok Penghulu, Sarjan dan pengikut mereka, mereka bertekad untuk mengebumikan Tok Chai sebelum fajar menyingsing.

Berjayakah Hantu Raya menghentikan pengebumian Tok Chai? Siapa akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan Hantu Raya? Dan soalan yang penting sekali, siapa yang akan menjaga Hantu Raya apabila semua benda berakhir? 


Bagi yang belum tonton movie ini, Download dekat sini -->> Perekacerita.com

Keluar dengan solekan minimum

eyka | 3:18 PM | 3Comments |
Persediaan Kulit Wajah
Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Di ikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol hanya akan menjadikan kulit kering,malah ia tidak sesuai untuk kuit wajah, ia hanya akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering. 

Cerahkan Wajah
Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukannya berkilat dan berminyak. Untuk kesan begini sapukan "highlighter" di atas tulang pipi, tulang alis dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak. 

Periksa Cela Wajah
Concealer berfungsi untuk menutup cela pada wajah, tetapi jika terlalu tebal dan banyak sangat, ianya akan membuatkan makeup kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan "Concealer" secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak. 

Pilih Bedak Yang Tepat
Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang "Transculent" untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata, lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar. 

Bermain Mata
Tampil dengan makeup tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih wajah kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yang lembut seperti merah jambu (pink) cerah. Untuk mata sebaiknya pilih jenis "Matte". Hindari pembayang mata "Glossy".

Diharap dengan tip yang diberikan ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

Credit to : Sumber

Anuar Zain mohon maaf berikutan foto peluk Zandra

eyka | 3:08 PM | 0Comments |

 Penyanyi pujaan Malaya, Anuar Zain memohon maaf kepada kekasih Zandra Aziela Ibrahim Hakimi iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim jika berkecil hati berikutan foto berpelukan dengan Zandra.
"Ia berlaku secara spontan. Dia kawan saya. Kami dah lama sangat tak berjumpa. Jadi kebetulan pada hari itu kami terserempak. Yang lucunya, masa kami berjumpa, reaksi pertama sekali kami menjerit sesama sendiri," ujar Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain seperti dipetik dari Malaysian Digest.
Jelas penyanyi berusia 43 tahun, dia dan Zandra sudah mengenali antara satu sama lain sejak tujuh tahun lalu dan dia hanya menganggap pemain bowling negara itu seperti adiknya sendiri.
"Kami memang sangat rapat. Cuma memang lama tak jumpa. Lagipun dia sibuk dengan latihan dia. Saya rasa gambar itu tak ada apa-apa. Niat Zaza (Zandra) tak kotor. Zaza dah macam adik saya. Mana tahu, mungkin dikalangan kawan-kawan dia yang ambil gambar itu dan sebarkan di internet. Itu biasa." 
Pelantun lagu "Ajari Aku" ini turut mengakui tidak tahu Zandra sudah mempunyai kekasih.
Sementara itu, Anuar turut teruja dan tidak sabar menantikan respon peminat mengenai album terbarunya, "Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas" yang memuatkan 14 buah lagu solo dan duet bersama Dayang Nurfaizah ketika konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas pada Mei tahun lalu
. Album yang diterbitkan oleh Anuar Zain Network dan DN & AD Entertaiment Sdn. Bhd. adalah khas untuk peminat-peminatnya yang tidak dapat hadir ke konsert tersebut.
Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album adalah "Bila Resah", "Mana Mungkin", "Perlukan Cinta", "Kembalilah Sayang", "Cinta Harus Memiliki", "Aku Rindu Aku Jemu", "Kua Bunga Cintaku", "Ketulusan Hati" dan "Sedetik Lebih".

Credit To : Yahoo.com

Jurugambar Yuna benci media Malaysia?

eyka | 2:57 PM | 5Comments |


Jurugambar rasmi Yuna, Julian Schratter telah bertindak menyelar dan menghentam media Malaysia gara-gara tidak berpuas hati dengan ulasan yang ditulis oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan baru-baru ini mengenai album EP Yuna berjudul "Sixth Street" yang dikatakan kurang mengancam.
Menurut laporan Kosmo!, Julian yang memuat naik gambar salinan artikel terbabit menerusi akaun Instagramnya, throughjuleslens tidak berpuas hati dengan ulasan yang mengatakan muka hadapan album Yuna terlalu 'overdone & uninventive' (keterlaluan & tidak berdaya cipta) telah mengkritik media Malaysia.
"Saya terkesima seketika kemudian saya sedar bahawa saya membenci semua media Malaysia dan saya tidak ambil peduli apa yang mereka ingin katakan." 
Ramai yang memberi pandangan bahawa tidak salah bagi Julian untuk mengkritik jika hasil kerjanya tidak selari dengan penulisan media, namun tidak adil untuk menghakimi media Malaysia atas satu ulasan yang dirasakan tidak enak didengar.
Julian yang pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi "Terukir Di Bintang" itu merupakan jurugambar rasmi Yuna sepanjang berada di Los Angeles. Malah dia pernah berkunjung ke Malaysia pada pertengahan Februari lalu.

Sumber : Yahoo

Nenek tua yang dituduh mencuri Ubi Kayu

eyka | 12:40 PM | 3Comments |

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.


Sumber : Facebook

BLACKOUT 505 !

eyka | 10:03 PM | 0Comments |
Setelah aku tengok Blog Fizgraphic.com dan aku tengok kat facebook, baru aku tau kenapa ada Blackout malam ni... Jom tengok blog Fizgraphic.com..
Balckout tu akan berlaku pada malam ni jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya...
Yeeeaaaaahhhh! Aku punya Facebook pun turut ada BLACKOUT jugaaaa!!
Blog je aku tak blackout, sebab, aku tak pandai nak blackout kan blog ni...
Huhhuuhuhhuhuuu...


Bukan setakat Facebook aku je yang Blackout, facebook blogger-blogger lain pun maybe gelap gelita jugak kot... SEMAAANNNGGGAAATTT!
Hey, bukan setakat FACEBOOK je blackout, GOOGLE pun blackout jugggaaakkk!
Fffuuuhhh! Cayalahhhh! HEBATTTT!



Keterangan tentang Solat Tahajud

eyka | 6:46 PM | 0Comments |
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah
malam  atau  lewat tengah  malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah  tambahan pada waktu malam  begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini. Tunaikan sembahyang pada  malam hari dijanjikan kedudukan terpuji di akhirat


AMALAN solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW: “Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163.
Namun begitu hanya segelintir umat Islam pada masa kini yang prihatin dan mengambil peduli berkaitan pelaksanaan ibadat solat tahajud ini. Majoriti umat Islam lebih memilih untuk tidur.
Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu.
Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra’ pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.” Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203
Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)

Abu Ubaidah menyatakan di dalam Kitab al-Majaz: “Maksud firman Allah kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu ialah berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.” Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202

Dalil solat tahajud lebih utama dilakukan satu pertiga malam terakhir berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir.

Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan memakbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya.”

Ternyata ibadat di dalamnya ada doa, permintaan dan permohonan ampun adalah solat.
Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa.
Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga.
Kisah ini disampaikan Aisyah r.a sendiri dalam sebuah hadis: Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”  Hadis riwayat al-Bukhari.
Justeru, selepas dibandingkan amalan Rasulullah SAW ini dengan diri kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa, mengapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh melaksanakan solat tahajud? Adakah kita menganggap diri kita setanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW?
Allah mengurniakan pelbagai keutamaan besar bagi mereka yang melaksanakan solat tahajud. Mereka mengerjakan ibadat pada malam hari akan dikurniakan kedudukan terpuji di sisi Allah di akhirat kelak yakni menjadi ahli syurga.

Kasih Padamu - Hafiz Hamidun (LIRIK)

eyka | 10:04 PM | 0Comments |

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku




NOTA JARI : Mengalir airmata kalau nyanyi lagu ni... :'(

Hijabista Di Astro Ria

eyka | 8:17 PM | 2Comments |

Berikutan peredaran arus masa dalam zaman globalisasi yang sentiasa maju kehadapan terutamanya dalam bidang fesyen, wanita bertudung turut tidak terkecuali untuk tampil menawan dengan fesyen terkini namun masih mengekalkan ciri-ciri sopan dan berhikmah.
Astro Ria diberitakan akan membawakan sebuah program khusus ditujukan untuk para penggemar fesyen yang bertudung berjudul Hijabista yang akan bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 7.00 malam bermula 12 Mei ini secara eksklusif menerusi saluran 104.
Program Hijabista ini merupakan sebuah program hiburan berinformasi yang mengetengahkan tentang fesyen, gaya hidup dan juga topik isu semasa berkaitan dengan wanita bertudung.
Program yang akan bersiaran sebanyak 13 episod ini akan dikemudikan oleh empat gadis jelita yang berbakat besar iaitu seorang pengacara yang dicungkil bakat menerusi program On Air terbitan Astro iaitu Syakirin Husnal; vokalis utama kumpulan muzik indie, Maddthelin iaitu Yasmin Matthews; blogger terkenal yang juga merupakan penulis lirik, Dayah Bakar dan juga Faatin Akib.


NOTA JARI : Don't forget to watch this program... Mulai 12 Mei 2013, Ahad jam 7.00 malam hanya di Astro Ria saluran 104... 

Credit To : Budiey