♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Afiq Muiz Digelar sebagai Anak Derhaka

Afiq Muiz Digelar sebagai Anak Derhaka

eyka | 12:40 PM | 1Comments |

Selepas digelar lupa diri dan anak derhaka setelah menjadi pelakon oleh ibu kandungnya, Hasliza Mohd, 48, pelakon baru Afiq Muiz tampil menafikan dakwaan yang dilemparkan itu termasuklah membuang ahli keluarganya sendiri.
Menurut Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah menerusi sidang akhbar tergempar semalam, dia sebenarnya telah diusir keluar oleh ibunya sejak awal tahun lalu.
"Saya tidak keluar rumah dan tidak pernah buang keluarga tetapi Umi yang halau saya keluar dari rumah itu.
"Saya juga tidak tahu apa motif Umi cakap saya anak derhaka, apa salah saya? Umi sudah tidak sayangkan saya lagi," kata Afiq seperti dipetik dari mStar.
Pelakon berusia 21 tahun ini memberitahu dia sayangkan ibu dan adik-beradiknya dan selama ini dia bekerja mahu menanggung keluarga tetapi mereka tidak faham keadaannya sehingga telah menimbulkan salah faham antara dia dan ibunya.
"Setiap hari kalau saya balik rumah, dia sentiasa marah-marah dan kata macam-macam tapi saya tetap balik rumah sehingga dia betul-betul halau dan saya nekad untuk keluar rumah."
Pelakon drama "Mimpi Cinderella" ini akui kecewa apabila pengorbanannya selama ini seperti tidak dihargai keluarga, malah tiada seorang pun ahli keluarganya bertanya tentang keadaan kesihatannya.
Pada masa sama, Afiq turut menafikan pelakon Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman yang dikatakan kekasihnya itu menjadi punca hubungan keluarganya semakin bertambah buruk.
"Saya marah ibu dan adik-adik kerana menuduh Eina berkawan dengan saya sebab mahu kikis duit saya, padahal secara jujurnya tiada apa pun yang saya ada.
"Saya tiada duit atau harta yang nak diberikan kepada dia, dia sendiri mampu kerana dia dari keluarga yang berada. Saya minta adik-adik saya berhenti daripada mengutuk Eina di laman sosial kerana ia menjejaskan nama baiknya," ujar Afiq yang turut memberitahu hubungannya dengan Eina hanya sebagai teman rapat.
Eina, 18, yang turut bersama di sidang akhbar tersebut memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adik Afiq sekiranya mereka tidak tampil membersihkan namanya dan keluarga.
"Saya harap dia akan membuat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu dan adik-adiknya yang turut memburukkan saya di Twitter setiap hari," kata Eina.
Afiq turut meminta agar ibunya berhenti memburukkan namanya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik dan berharap ibunya akan berhenti berprasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga Eina.
Sementara itu, ibunya menyangkal yang mengatakan dia menghalau anaknya dari rumah.
"Demi Allah saya tidak pernah usir Afiq keluar, tetapi dia memilih keluar rumah selepas menyatakan tidak selesa berada di rumah kami yang kecil.
"Saya tidak pernah meminta wang daripada Afiq dan hanya Allah tahu bagaimana susah-payah saya membesarkan dia dan anak-anak lain," jelas Hasliza seperti dipetik dari Harian Metro.

NOTA JARI : Harap Afiq Muiz bersabar dalam menghadapi segala ujian yang Allah beri kepadanya... Allah memberi ujian kepada hamba-hambanya sesuai dengan kekuatan hatinya... 

1 comment:

Ainim Suju said...

Semoga mereka dapat selesaikan semua masalah ini dengan cara yang betul. Berbincang secara baik.