♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Alyah sangkal spekulasi bakal berkahwin

Alyah sangkal spekulasi bakal berkahwin

eyka | 11:58 AM | 1Comments |

Pelantun lagu "Kisah Hati", Alyah menyangkal spekulasi yang mengatakan dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS selepas memuat naik gambarnya di hadapan sebuah rumah di laman sosial foto Instagram.
"Saya sedar timbul spekulasi berdasarkan komen berhubung gambar itu. Lokasi dalam gambar itu bukan rumah Ramli. Ia tiada kena-mengena dengan isu berpindah rumah kerana mahu mendirikan rumah tangga," katanya seperti dipetik dari Berita Harian.
Sebelum ini, dalam satu artikel majalah hiburan, Alyah telah merujuk Ramli sebagai teman lelaki dan pengakuan tersebut dikatakan memakan dirinya kerana sebelum itu mereka menafikan dakwaan yang mereka bercinta.
"Disebabkan itulah saya cukup berhati-hati apabila mengulas perkara itu. Ini kerana ramai salah tafsir dan menulis perkara yang bukan keluar daripada mulut saya. Kesudahannya, nama saya buruk. Cukuplah saya buat emak menangis sebelum ini. Saya tak mahu dia menangis lagi. 
"Saya perempuan. Tidak elok saya mengulas perkara ini. Saya tidak mahu dituduh terhegeh-hegeh," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Alyah yang kini sudah tampil bertudung sedang sibuk dengan pembikinan album terbarunya yang dijangka berada di pasaran selepas Aidilfitri.

Alyah sangkal spekulasi bakal berkahwin

Credit to : Yahoo.com

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

nak kahwin dah ker...baguslah...Alhamdulillah...