♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Anuar Zain mohon maaf berikutan foto peluk Zandra

Anuar Zain mohon maaf berikutan foto peluk Zandra

eyka | 3:08 PM | 0Comments |

 Penyanyi pujaan Malaya, Anuar Zain memohon maaf kepada kekasih Zandra Aziela Ibrahim Hakimi iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim jika berkecil hati berikutan foto berpelukan dengan Zandra.
"Ia berlaku secara spontan. Dia kawan saya. Kami dah lama sangat tak berjumpa. Jadi kebetulan pada hari itu kami terserempak. Yang lucunya, masa kami berjumpa, reaksi pertama sekali kami menjerit sesama sendiri," ujar Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain seperti dipetik dari Malaysian Digest.
Jelas penyanyi berusia 43 tahun, dia dan Zandra sudah mengenali antara satu sama lain sejak tujuh tahun lalu dan dia hanya menganggap pemain bowling negara itu seperti adiknya sendiri.
"Kami memang sangat rapat. Cuma memang lama tak jumpa. Lagipun dia sibuk dengan latihan dia. Saya rasa gambar itu tak ada apa-apa. Niat Zaza (Zandra) tak kotor. Zaza dah macam adik saya. Mana tahu, mungkin dikalangan kawan-kawan dia yang ambil gambar itu dan sebarkan di internet. Itu biasa." 
Pelantun lagu "Ajari Aku" ini turut mengakui tidak tahu Zandra sudah mempunyai kekasih.
Sementara itu, Anuar turut teruja dan tidak sabar menantikan respon peminat mengenai album terbarunya, "Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas" yang memuatkan 14 buah lagu solo dan duet bersama Dayang Nurfaizah ketika konsert amal anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas pada Mei tahun lalu
. Album yang diterbitkan oleh Anuar Zain Network dan DN & AD Entertaiment Sdn. Bhd. adalah khas untuk peminat-peminatnya yang tidak dapat hadir ke konsert tersebut.
Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album adalah "Bila Resah", "Mana Mungkin", "Perlukan Cinta", "Kembalilah Sayang", "Cinta Harus Memiliki", "Aku Rindu Aku Jemu", "Kua Bunga Cintaku", "Ketulusan Hati" dan "Sedetik Lebih".

Credit To : Yahoo.com

No comments: