♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Bahaya Pemakaian Headphone/Earphone

Bahaya Pemakaian Headphone/Earphone

eyka | 11:04 PM | 3Comments |

Kebiasaan mendengar portable music player (PMP) seperti MP3 player, boleh menyebabkan  kecederaan telinga. Ini berlaku jika kita sering memakai earphone atau headphone bervolume tinggi. Berdasarkan kajian yang dibuat, kesan-kesan buruk datang jika menggunakan earphone selama lima jam dalam seminggu. Kesannya adalah kerosakan kekal pada telinga. Ada kemungkinan hal itu boleh terjadi pada usia muda. Mendengar melalui earphone dengan kenyaringan yang tinggi boleh menyebabkan kemampuan pendengaran merosot. Kenyataan itu diberikan sembilan penyelidik dariCommittee on Emerging and Newly Identified Helat Risks. Bahkan, mereka juga menyatakan bahawa risiko kehilangan pendengaran akan dirasai pada pertengahan usia 20-an. Bagaimanapun, mendengar muzik melalui media mudah alih juga menimbulkan kesan lain. Muzik boleh mengasingkan pendengarnya dari khalayak ramai. Misalnya, ketika memandu, muzik boleh meningkatkan risiko kehilangan pendengaran terhadap situasi persekitaran.


Ia juga bergantung juga pada usia seseorang. Bunyi terbahagi kepada beberapa peringkat. Bunyi rendah untuk dewasa adalah antara 25 hingga 40 dB, sedangkan untuk anak-anak 20 hingga 40 dB. Bunyi terkuat yang mampu didengar oleh manusia ialah 90 dB.

Selain itu, gelombang elektromagnetik daripada headphone atau earphone juga mempengaruhi kesan elektrik di otak, namun kesannya terhadap kerosakan otak masih dalam persoalan. Sehingga kini masih belum ada bukti perubatan yang kukukh untuk membuktikannya. Walaupun gelombang elektromagnetik memberi kesan terhadap otak tikus, tetapi belum lagi terbukti terhadap otak manusia. B
eberapa kajian di Eropah tentang kesan gelombang elektromagnetik terhadap tumor otak tidak dapat membuktikan kesan tersebut, Namun mengenai kesan terhadap telinga, mendengar muzik dengan earphone boleh mempengaruhi pendengaran, terutamanya apabila mendengar dalam kenyaringan dan kelangsingan (amplitud dan frequency) yang tinggi.


Beberapa cara untuk mengurangkan kerosakan pendengaran adalah dengan mengurangkan volume dan mengurangkan masa untuk mendengar melalui earphone. Beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan sampingan adalah seperti menggunakan headphone yang besar, supaya suara lebih tertumpu dan lebih menutup suara bising dari luar berbanding earphone yang kecil. Jenis earbuds yang kecil mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang diletakkan di dalam lubang telinga sudah pasti memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai pada telinga luar.


NOTA JARI : Bagi yang kerap sangat pakai Earphone/Headphone, bila dah tau fakta mengenai Bahayanya pemakaian Earphone/Headphone ni, kurangkanlah memakai Earphone/Headphone tu... Okay... :)


Credit to : BlogSanaSini

3 comments:

Nana Ameer said...

alamak .. sy selalu pakai earphone ni :S

mR.nawza said...

Salam..saya datang buat kunjungan balas.Thanks sudi follow blog saya. Saya follow jugak blog cute nih ^_^

Lissa LaLissa said...

alaaaa.. hobii tuu dengar lagu pakai earphonee.. ohh tidak.. hihi