♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz

Eina Azman tetap saman ibu Afiq Muiz

eyka | 12:14 PM | 1Comments |


Aktres muda Eina Azman tetap mahu meneruskan niatnya untuk menyaman ibu kepada 'kekasihnya', aktor Afiq Muiz, Hasliza Mohamad yang gagal memohon maaf atas tuduhan dilemparkan kepadanya.
Dipetik dari Berita Harian, Eina memberitahu, "Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Mereka akan uruskan dan tunggu saja apa yang akan berlaku seterusnya.
"Sampai sekarang, ibu Afiq masih tidak meminta maaf. Malah keluarga ibunya turut menyerang saya di Twitter. Saya tidak akan meminta maaf dan tiada sebab untuk saya meminta maaf. 
"Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani bercakap begini sebab saya ada bukti di atas segala percakapan saya," ujarnya.
Sementara itu, Afiq mengakui tidak menyesal mengadakan sidang media baru-baru ini dan menegaskan bahawa dia dan Eina, 18, tidak mempunyai hubungan istimewa selain daripada teman rapat.
Kontroversi melibatkan Afiq dan ibunya mula menjadi perhatian umum selepas Hasliza membuat pendedahan bahawa anaknya itu sudah mula lupa diri selepas dikatakan menjalin hubungan dengan seorang aktres yang didakwa adalah Eina.

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

haih... makin melarat2 kes ni... moga2 segeralah selesai...