♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Sinopsis Novel : Jiranku Kekasihku (NOVEL TERLARIS)

Sinopsis Novel : Jiranku Kekasihku (NOVEL TERLARIS)

eyka | 10:09 PM | 3Comments |

Pada mulanya, kehadiran Dr. Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu sering mencuri perhatiannya. Lama-kelamaan, bila... lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintanya, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.

Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Dr. Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya. Di tempat kerja pula, Tina yang terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Dr. Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.

Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Sering kali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau-bilau.

Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza? Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan Dr. Sharizal? Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini?


HARGA : Semenanjung Malaysia : RM22.90 
                Sabah/Sarawak RM25.90

NOTA JARI : Terima Kasih kepada akak ku kerana bagi aku pinjam Novel ni... Sejak bila entah aku minat baca Novel... Hahahaha! Selalunya baca Novel tak pernah habis, mesti sekerat jalan, kali ni, baca Novel yang ni, baca satu hari dah khatam... Huhhuhuuu... Jangan lupa baca NOVEL yang terlaris dipasaran ni... Rugi kalau tak baca.. Memang BEST!! 

3 comments:

nida zin said...

mcm best je... :)

eyka said...

@nida zin Memang best.. Hhihihihi.. ^_^

Alia Erfani said...

singgah. tak boleh tido. hehe. btw blog ni cantik^^ i follow here #828
# mylifeisalwayssimple.blogspot.com