♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Sinopsis Protect The Boss - Ellyne Alyana

Sinopsis Protect The Boss - Ellyne Alyana

eyka | 10:38 PM | 2Comments |

SINOPSIS :

Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, ‘melipat’ orang. Jika diberi pilihan , dia lebih rela digelar ‘teruna tidak laku’ daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci! 

Nurafifah Alia Aqilla. - Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki meninggal akibat kepupusan, otaknya dan hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad! 

Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah –olah pantulan Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti ‘cukup’ dalam hidupnya. 

Tetapi dapatkah mereka menolak takdir? Kehidupan rumahtangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari …

“Jet’aime!”

“Hah? Jeti Amer?” Aku dah ketawa sakan. Apa masalah Hafiz pagi-pagi ni? Dia nak pergi ajak aku memancing ke sampai pergi jeti? 

“I’m sorry I can’t stop loving you. And I’m promising you, I will stay by your side as long as you willing to be my Superman sayang” – Nurafifah Alia Aqilla

“ Well I’m no superman, but I’ll always be your man …” - Tengku Hafifi Hafiz 

Ketika sedang asyik dilamun cinta yang membara …Mereka diuji dengan dugaan yang hampir-hampir memusnahkan masjid yang sudah kukuh dibina. Dapatkah mereka bersama sehingga akhirnya? Adakah takdir bakal menyebelahi mereka?



NOTA JARI : Novel yang AWESOME! Kepada semua yang memang KAKI NOVEL, jangan lupa dapatkan novel ni di PASARAN sekarang! Bagi yang hatinya lembut macam aku, korang pasti tidak akan perasan bahawa korang telah pun mengalirkan airmata ketika membaca novel ni... Hhuuhuhuh.. Sangat-sangat menusuk kalbu...

2 comments:

Mysara Ab Rahman said...

mai dh baca novel ni..mmg best!

Nour Adieb said...

wahhh, nak baca! nak baca!