♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Kemeriahan di Padang Merbok Semalam

Kemeriahan di Padang Merbok Semalam

eyka | 9:40 PM | 0Comments |

Lebih kurang 300 orang mahasiswa dan anak muda berada di sini semenjak perhimpunan semalam - dihadiri oleh puluhan ribu orang yang percaya terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 dan mahukan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakan jawatan.
Mereka yang berkhemah telah mengisytiharkan akan bekhemah sehingga sidang Parlimen ke 13 Malaysia bermula esok.
Mereka mahukan perubahan.
Kumpulan aktivis itu termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan tetapi lebih ramai adalah anak muda yang mahukan perubahan dan melakukan aksi ke arah itu.
Ramai menemui kawan-kawan baru di sini yang mana sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain.
The Malaysia Insider bersama mereka sepanjang malam dan melihat ianya dipenuhi dengan gelak tawa, nyanyian lagu, terdapat juga tangisan anak-anak sambil menghabiskan hujung minggu yang luar biasa.
Peniaga-peniaga telah mendirikan gerai di padang menjual minuman, makanan ringan dan burger. Terdapat juga yang menjual lencana Blackout 505, t-shirt dan cenderahati lain berkenaan dengan perhimpunan itu.

Sekretariat juga menyediakan pentas untuk berucap diatas trak yang dilengkapi dengan pembesar suara. Pengumuman dibuat kepada setiap khemah untuk mengambil makanan dan minuman percuma.

Sekumpulan anak muda berkumpul bersama rakan-rakan menyanyikan lagu-lagu mengutuk SPR dengan sambil diiringi gitar.

Kereta polis melalui tempat letak kereta Padang Merbok sekali-sekala untuk memastikan keadaan terkawal tetapi tidak mengganggu.

Marshal berkawal untuk memastikan aktivis-aktivs yang berkhemah dalam keadaan baik.

Lawatan mengejut dari aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim yang singgah di Padang Merbok pada pukul 1.05 pagi disambut oleh mereka yang berkhemah dan mereka bergambar dengannya.

Haris memberitahu The Malaysian Insider beliau gembira melihat demonstran tenang dan santai.

Akan tetapi keadaan tidak tenang apabila mereka mula mendirikan khemah petang semalam. Terdapat pertengkaran diantara mereka yang mahu mendirikan khemah dengan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Padang Merbok berada di bawah seliaan DBKL dan penguatkuasanya mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang.

Ini sebabnya mengapa polis tidak bertindak terhadap sekumpulan 300 orang itu. Selagi tiada laporan polis dari DBKL, polis tidak mempunyai kuasa untuk mengusir demonstran itu.

Walau bagaimanapun, demonstran mempunyai cara mereka sendiri.

 “Mendirikan khemah bukan satu kesalahan. Ia bukan satu struktur kekal,” kata Mohd Kamil Abdul Munim, 23 pelajar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Pemerhati dari Majlis Peguam Malaysia yang berada di sini semalam melihatnya dengan berbeza akan tetapi menyokong kumpulan 300 orang itu.

“Saya mahu menggesa pihak berkuasa bertolak ansur,” kata Andrew Khoo, pengerusi bersama jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam kepada The Malaysian Insider semasa perhimpunan semalam.

 “Terdapat undang-undang berkenaan ini akan tetapi lebih baik jika mereka lebih terbuka demi demokrasi.”

Semalam kira-kira 20,000 orang berhimpun di sini berarak dari tujuh lokasi berbeza untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malam tadi, terdapat juga aktivis yang melihat video perhimpunan itu melalui telefon pintar atau tablet mereka.

Bagi yang perlu menggunakan tandas, surau berdekatan banyak membantu. Akan tetapi selepas tutup, terdapat sebuah lagi surau sejauh 1km berdekatan dengan Tugu Negara. Terdapat yang berjalan ke surau itu untuk mandi sambil tuala digantungkan di tiang rugbi.

Lebih kurang jam 2.00 pagi, kebanyakkan aktivis mula tidur dan memadamkan lampu generator. Bulan menemani mereka sehingga fajar pagi muncul. - 23 Jun, 2013.

No comments: