♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Peminat kecewa Shila Amzah mencarut di Instagram

Peminat kecewa Shila Amzah mencarut di Instagram

eyka | 8:56 PM | 0Comments |


Selepas kontroversi foto baju senaman yang menampakkan bahagian dada, penyanyi Shila Amzah sekali lagi dikritik apabila memuat naik ungkapan berbaur mencarut di laman foto sosial Instagram semalam.
"If someone hate you for no reason, give that motherf**ker a reason," begitulah ungkapan yang dimuat naik olehnya.
Tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh penyanyi yang sedang menempa nama di Tanah Besar China ini nyata mengundang rasa kecewa dan kesal di kalangan peminatnya, begitu juga ada segelintir yang menyokong.
Rata-rata peminat merasakan tindakan penyanyi lagu "Patah Seribu" memuat naik ungkapan tersebut yang dipercayai diambil dari internet itu tidak sesuai dengan penampilannya yang bertudung.
"Tak sesuai ayat tu..tolonglah ubah..makin lama makin teruk pula ayat Shila..Saya peminat setia Shila...kecewa dengan Shila, tolonglah jadi matang.
"Jangan disebabkan mereka, kita jadi macam mereka. Jangan dikenangkan masa lampau, pandang depan dan terus maju," antara komen yang ditulis oleh peminat-peminat Shila Amzah.

NOTA JARI : Saya peminat Shila juga.. Kecewa dengan apa yang kak Shila dah lakukan.. Hhuuhuhu.. :'(

Credit to : Yahoo! Malaysia

No comments: