♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: "Saya tak akan tinggalkan New Boyz" - Tomok

"Saya tak akan tinggalkan New Boyz" - Tomok

eyka | 12:54 PM | 3Comments |


Penyanyi popular, Tomok tetap dengan keputusannya untuk tidak meninggalkan kumpulan asalnya, New Boyz selepas diminta mengulas saranan Datuk Hattan itu.
"New Boyz tetap nombor satu. Saya takkan lupakan New Boyz. Saya masih lagi menyanyi dengan New Boyz. Ini satu perjalanan muzik yang baru buat saya. Manifesto dan New Boyz adalah genre berbeza. Malah karier solo saya pun dengan konsep muzik yang lain.
"Saya tak akan tinggalkan New Boyz. New Boyz tetap di hati saya. Kami pun ada perancangan untuk lancarkan album baru. InsyaAllah," katanya seperti dipetik dari Malaysian Digest.
Hattan yang menjadi juri jemputan pada peringkat akhir pertandingan "Versus" musim kedua Jumaat yang lalu nyata berpuas hati dengan persembahan mantap yang dipamerkan kumpulan yang dianggotai Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail dan menyarankannya meninggalkan New Boyz.
"Kalaulah dulu lagi awak macam ini kan bagus. Daripada awak memikirkan nak kembali kepada kumpulan awak, New Boyz, saya rasa awak lupakan sajalah. Kekallah dengan Manifesto."
Sementara itu, Manifesto telah berjaya membawa pulang RM200,000 dan sebelum ini telah berjaya memenangi sebanyak RM50,000 hasil tiga kali kemenangan 'battle' sewaktu persembahan mingguan.
Dalam perkembangan lain, Tomok berkata mereka kini sedang merancang untuk menghasilkan sebuah album.

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

selagi terdaya dan termampu buatlah... hu hu hu...

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

ena bukan peminat tomok.. hukhukhuk

farHaNa razaLi said...

update la pasal arrian..haha..anak die yg comel tuh