♥.- VESPA and ME -.♥ ♥.- VESPA and ME -.♥: Wanita tampil nafi perangkap Shah Jaszle

Wanita tampil nafi perangkap Shah Jaszle

eyka | 8:30 AM | 5Comments |

Sebulan yang lepas industri hiburan dikejutkan dengan berita aktor popular, Shah Jaszle telah ditangkap khalwat di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang dengan seorang wanita yang bukan tunangnya.
Walaubagaimanapun aktor tersebut mendakwa dirinya telah menjadi mangsa perangkap orang kerana dia bukan berada dalam keadaan berdua-duaan, sebaliknya terdapat lima orang yang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan.
Namun seorang wanita yang dikatakan ditangkap khalwat dengan Shah telah tampil membuat pengakuan dan menafikan dakwaan diperangkap menerusi program hiburan "Melodi" yang disiarkan semalam.
"Semua orang dah tahu pasal kes seorang pelakon lelaki yang ditangkap khalwat dan wanita yang ditangkap khalwat dengan dia ialah saya.
"Ini bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa pun yang nak perangkap dia. JAIS tidak akan tangkap satu jam selepas dapat maklumat. Mereka mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk melakukan intipan, baru buat serbuan. 
"Kami telah diintip. Dia cakap jangan beritahu apa-apa tentang kami, hanya cerita yang ada lima orang di rumah dan saya sedang bersihkan baju konti manakala dia tertidur dalam bilik. Kalau tidur takkan dalam keadaan macam itu? Takkan JAIS akan umumkan ia sebagai kes khalwat?," kata wanita berkenaan yang dirahsiakan identitinya.
Menurut wanita itu lagi, mereka sudah tinggal bersama beberapa minggu dan sering menemani Shah di lokasi penggambaran dari malam sehingga ke pagi.
Tambah wanita itu lagi, dia tampil kerana sudah banyak perkara yang mereka lakukan bersama, namun kini Shah menafikan hubungan mereka. Malah Shah pernah berjanji untuk menyelesaikan perkara ini, tetapi telah berdiam diri dan tidak berjumpa sehingga kini.
"Dia cuba lepas tangan, menafikan semua yang terjadi. Tak apalah, saya ada bukti semua. Saya datang untuk menceritakan hal sebenar kepada masyarakat dan mempertahankan maruah saya. Saya tiada niat langsung untuk menjatuhkan karier dia, tetapi dengan cara dia yang begitu, saya terpaksa.
"Dia langsung tidak ada rasa tanggungjawab, dan hanya mahu melepaskan diri saja," ujar wanita itu lagi.
Katanya lagi, walaupun aktor itu sudah bertunang dengan Redzwani Puteri, ia tidak menghalang mereka menjalinkan hubungan serius. Malah jelas wanita itu lagi, Shah terpaksa bertunang atas kehendak keluarga.

NOTA JARI : Biasa lah dah nama pun artis, cakap benar sekalipun, orang yang ada ditempat kejadian tu tetap akan cari kesalahan kita... ARTIS OH ARTIS! Pagi-pagi lagi aku dah buat Gosip Mosip Mak Jemah... AHHAHHAA! Apa mimpi beb malam tadi ?? HAHAHA! :D

Credit to : Yahoo! Malaysia

5 comments:

Mysara Ab Rahman said...

xtau la mana yg btul..tp shah jaszle ni mmg dh mcm2 hal pn

Farah Waheda Wahid said...

macam2 dunia artis sekarang...

ieka farhana said...

jom join contest sulumg kami http://kmliahshm.blogspot.com/2013/05/heart-contest-by-ki.html

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Hurmmm, macam2 cerita yg kita dapat dari artis ni... sama ada betul atau tak, tak tahu la....

boni kacak said...

macam2 sekarang ni lah.. adeh..